Sunday, 24 July 2016

Aku Pendendam

Sampai satu tahap, limit untuk aku bersabar telah sampai ke kemuncak tetapi aku masih mampu untuk mangawal pernafasan aku secara normal. Riak wajah menjadi tenang setenangnya. Mulut aku berjaya menguntumkan sebuah senyuman yang paling manis pernah aku pamerkan sepanjang aku hidup.

"Kau dah GILA ke?"

Ye. Aku gila sebab kau.

Aku buka sebuah buku nota bersaiz kecil seakan sama kecil dengan buku nota 555. Aku selakkan satu persatu helaian dengan berhati-hati. Ada pekara mustahak yang perlu aku catitkan. Tanpa berlengah aku capai sebatang pen merah yang berada di atas meja kerana bagi aku warna merah menandakan pekara yang bakal aku tuliskan begitu mustahak dalam hidup aku.

Dengan tarikan nafas yang begitu mendalam secara perlahan-lahan aku mula senyum sehingga menampakkan gigi aku yang tersusun rapi. Aku mula menulis seperti apa yang hati aku mahukan.

CARA MEMBUNUH KAU SECARA KEJAM

1. Ambil semua gambar kau, gambar semua orang yang rapat dengan kau dan gambar orang-orang yang kau sayang untuk ditampal di setiap sudut bilik aku supaya tidak pernah sedetik dalam hidup aku lupa bagaimana raup wajah seorang yang sangat aku benci. Aku takkan lupakan wajah kau dan wajah orang di sekeliling kau kerana wajah ini akan aku susahkan satu persatu.

2. Pastikan kau takkan gembira dan senang setiap hari. Setiap hari aku akan perhatikan semua tindak tanduk kau. Aku akan pastikan kau terseksa dengan gangguan emosi mahupun fizikal. WALAU DENGAN CARA APA SEKALI PUN AKU AKAN PASTIKAN KAU AKAN TERSEKSA

3. Aku akan hantar beberapa orang untuk belasah kau. Belasah tanpa belas kasihan. Belasah sampai kau cacat atau belasah sampai kau lumpuh. Aku takkan biar kau mati senang senang macam tu je. Ikutkan aku boleh je nak upah orang bunuh kau tapi aku tak nak. Aku nak kau menderita sebelum  kau mati. Nak harapkan belas kasihan aku? Pergi mampus dengan kau punya kasihan.

4. Bakar semua harta benda kau. Kalau kau ada kereta aku bakar. Kalau kau ada rumah aku pun bakar. Kalau kau ada kekasih hati, dengan dia sekali aku bakar. Aku nak pamerkan semua kebakaran itu kat depan mata kau. Biar kau tahu erti betapa peritnya benda yang disayangi diperlakukan sedemikian.

5. Setelah kau cacat dan lumpuh aku akan kurung kau di kawasan yang terpencil dalam sebuah rumah  usang yang jauh dari kesibukkan kota tanpa ada belakan air, makanan mahupun elektrik. Aku akan biarkan kau secara perlahan-lahan merintih untuk dilepaskan dan meluntut meminta maaf. Mungkin aku akan lepaskan, tapi aku akan lepaskan di kawasan hutan tebal yang penuh dengan binatang buas.

6. "Kenapa kau buat aku macam ni? Kenapa kau tak bunuh je aku?"- mangsa. Kenapa aku tak bunuh kau? Sebab ambil nyawa manusia bukan tugas aku.

Aku mengesat peluh yang menitik di atas buku nota bersaiz kecil itu. Mungkin ruangan di sekelilingku agak begitu bahang. Rupanya bukan mudah untuk menyampaikan isi hati yang terperap busuk selama ini. Aku tutup buku itu dengan riak wajah yang masih sama seperti sewaktu mula mula aku buka tadi. Aku bergerak ke jendela dan membukanya dengan luas seluasnya. Aku ambil sebatang wingston dan acukan ke mulut. Lighter dalam poket aku seluk. Aku ada dua misi penting. Bakar rokok yang ada di mulut dan bakar buku nota kecil itu.

HAPUSKAN BUKTI SEBELUM AKU TERTANGKAP.

Monday, 2 May 2016

CELAKA

Tak sangka manusia cepat sangat berubah. Ye lah, tiada manusia dilahirkan sempurna dan tidak akan ada manusia yang sama dari awal hingga ke akhirnya.

"Bukan dia dulu kawan baik kau ke?"

"Kalau dia kawan aku, dia takkan tikam aku dari belakang"

"kenapa?"

"Kau nak anggap seseorang tu kawan ke bila susah cari kau, tapi bila senang buang kau jauh jauh. Kawan baik ke macam tu?"

"Hmmmmmmmm"

"Aku tahu ada orang cakap biar orang buat kita, kita jangan buat orang. Tapi hati manusia mana yang sungguh mulia sanggup lupakan secalit tahi yang pernah dilemparkan kat kita"

CELAKA.

Ye, perkataan ni paling sesuai yang patut dikatakan kepada kau yang kecik kecik tak nak mampus tapi bila besar menyusahkan orang. Kau kena ingat hidup ini umpama roda, kejap kau kat atas kejap kau kat bawah. Tak payah sok sok baik bajet alim bajet pijak semut tak mati bajet semua orang pandang kau maksum. Boleh pergi mati.

"Kau nak marah siapa ni?"

"Diri sendiri"

"Kenapa?"

"Sebab aku tak cukup kuat nak hadapi sekeliling"

"Hah?"

"Aku tak tahu kat mana nak cari kekuatan nak teruskan hidup"

"Kau nak bunuh diri?"

"Kalau bunuh diri dapat bagi semua orang puas hati, aku sanggup"

"Sampai begitu sekali?"

"Sebab kita hidup memang nak puaskan hati semua orang kan. Kalau tak, kau akan berada di kasta paling bawah sekali"

"Maksud kau?"

"Bila kau dah besar nanti kau akan faham"

Like hell yeahhh we don't live in this world to give a shit tapi kau kena ingat hidup kat dunia ni bukan sorang sorang, ramai lagi.

BUAT BAIKLAH KEPADA SEMUA ORANG SELAGI NYAWA MASIH DIKANDUNG BADAN.

Wednesday, 10 February 2016

Bajrangi Bhaijaan

Selepas meletop kebaboommmm filem dilwale, muncul lagi satu filem hindustan yang tak seberapa meriah macam dilwale tapi kesan dia menusuk ke jantung hati bebbbbbbb.

BAJRANGI BHAIJAAN

Aku perasan filem ni bila keluar tweet dan post kat facebook dan semua respond best lah sedih lah so aku tak nak ketinggalan lah.

Mula mula aku try search kat youtube ada full movie tapi tak ada subtitle hahahaha tak gila mana ingat aku faham bahasa hindi? Lepas tu aku acah acah nak tengok online tapi masyaallah loadingnya nasib aku ni seorang yang boleh tahan penyabarnya.

Aku ambil satu malam nak khatam filem ni sebab tengok online internet yang semput kan, lepas tu tidur dengan mata bengkak sampai tersedu sedu meleleh air hidung hahahaha lahanat gila sedih namati filem ni oi siapa yang buat filem gini thumb up gila salute gila semua gila lah kesimpulannya.

Tu first time aku tengok tersekat sekat. Nak dijadikan cerita aku tengok filem ni kali kedua kat pawagam, mak aihhhh feel dia lagi terasa sampai menangis kesat air mata kat baju sambil damn aku dah tengok kenapa keluar air mata lagi hahahahaha

Kali ketiga aku tengok kat bilik dengan kawan kawan pakai LCD pancar kat dinding tu pun menangis lagi hahahaha kenapa lembut sangat hati ni alahai.

Kali keempat aku tengok kat rumah dengan family and at the end menangis lagi hahahahahaha seriously sedih sampai ke hati jantung weyyyy kalau tak percaya cuba korang try tengok banyak kali. Lagi tengok lagi menghayati k.

One of the best movie in 2015 dan aku mohon perbanyakkan lagi kualiti filem cemgini okey.

Tak perlu lah nak cerita perjalanan cerita nanti korang boleh tengok sendiri dan yang penting pengambaraan filem semua tempat lawa lawa and i wish i could be there one find day.

Lagu lagu filem ni semua best sampai aku pun boleh hapai bahasa asing omg hahahahaha

Thumb up again.