Sunday, 1 December 2013

power of friendship

kriuk kriuk kriuk.

boleh patah jari aku nak menaip kat keyboard nie. allllloooohaaa lama gila doh aku tak menaip dan mengepost dan merapu dan meroyan kat blog nie. tahu tak betapa aku rindu. aku rindu nak luangkan masa kat sini. hurmmmm by the way hai sekali lagi. :D

apa yang nak diceritakan? banyak sangat sampai tak tahu mana satu yang patut didahulukan. LOL

"the power of friendship"

GILA apa aku nak cakap persahabatan nie. skema doh. hahahahaha. hurmmmm lately banyak sangat yang berlaku melibatkan persahabatan sampai air mata aku nie dah sebaldi kot dokkkkk menangis jer. cengeng!

bukan apa. aku nie bab bab kawan nie senstippp sket.

bermula dengan membaca post blog seorang kawan. hurmmm aku dah menjadi sorang yang sangat kejam. sanggup kau buat kawan kau macam tuh ummi. i'm sooooo soooryyyy.

aku ker yang berubah? aku ker yang mempergunakan kau? aku ker yang memperkotak-katikkan kau? dan aku ker yang patut pergi jahanam?

ALLAH. kau uji lagi aku. aku terkaku. aku terdiam. aku buntu. apa yang patut aku buat supaya kau boleh terima aku sebagai seorang kawan.

aku rindukan erti menjadi seorang kawan.

bagi aku peluang untuk menjadi seorang kawan. aku tahu aku telah membuat kesilapan. aku tak sempurna. aku tak seperti yang kau harapkan. tapi aku akan cuba.

dan aku lagi diuji dengan secara tidak langsung terlibat dengan permasalahan orang lain. kenapa aku? kenapa bukan orang lain?

aku tahu. kau memang langsung tak menyalahkan aku. tapi kau lupa. punca bermula masalah kau adalah berkaitan dengan aku. aku meletakkan diri aku sebagai seorang pesalah. and once again i'm soooo soooorryyyyy.

aku wonder. kenapa kau nak tahu jawapan daripada aku? bagi aku. cukup apa yang aku rasa. cukup apa yang aku tahu. aku tak nak sesiapa pun yang memandai judge aku. adakah jawapan yang aku berikan dapat membantu menyelesaikan masalah kau? aku lebih memilih untuk berdiam diri. you think it's more better?

bukan setahun sekali aku jumpa kau. setiap hari. dan kadang-kadang aku pun tak dapat nak kawal perasaan aku.

kau tak perlu minta maaf. bukan salah kau yang menyebabkan apa yang aku rasa sekarang? benda nie berlaku dengan terlalu pantas dan secara tidak sengaja. bukan nak. bukan boleh dipaksa. suka, sayang, benci, cemburu merupakan sesuatu yang subjektif.

jangan risau. aku dah lama move on. aku dah lama cuba melupakan. aku tahu mungkin susah bagi aku. tapi jangan panggil aku UMMI AFIQAH kalau aku tak boleh.

dan satu lagi. please stop stalking me. common! jangan jadi bebudak. get a LIFE!

kadang-kadang tanpa sedar kita jadi rapat dengan seseorang. hentah. mungkin aku lebih selesa dengan dia even selama nie aku niee paling pantang jumpa dia. asyik nak bergaduhhhhh jer dopolohpatjam. hentah. aku rasa dia bajet hot. aku rasa dia poyo. dan dia suka bangkang apa yang aku cakap sebab dia rasa dia soooorrrrrrrang jer betul kat dunia nie. mungkin selepas "sebuah" kejadian yang berlaku antara kami. kami jadi baik. even aku rasa dia masih bajet hot dan poyo. hahahaha

bila bercakap pasal the first impression. aku cakap dia bajet hot dan poyo. tapi bila bercakap pasal now impression. aku rasa dia sweet. hurmmmm sweet sweet niee kadang-kadang bahaya jugak. jangan melting sudahhhhhh. eh tarik balik kata-kata tuh. LOLOLOLOLOLOL

aku mendoakan kebahagian kawan-kawan aku.

bagi aku cukup bahagia kalau tengok kawan-kawan aku bahagia walaupun aku FA (foreveralone). tak gittew?

oh cukup setakat niee aku tak nak merosakkan langsung hubungan persahabatan yang ada. aku penat doh. kalau aku ada buat salah. marah lah. kalau aku ada buat kesilapan. tumbuk lah. eh

plus aku nak ucapkan terima kasih bebanyak kat member member teman seperjuangan kaki mengumpat sebab banyak memberikan nasihat, pertolongan dan yang berkaitan dengannya. tanpa korang aku tak mampu nak duduk bersila update blog niee taukkk! hahahahaha


p/s : aku sayang korang :'D


Sunday, 10 November 2013

happy birthday 20th



Hari nie. 7 november 2013. Genap usia aku 20 tahun mengecapi hidup dengan lurus dan kadang-kadang berliku. Aku rasa baru semalam aku menyambut birthday aku yang ke-19. Tup tup tup zaman teen aku dah berlalu pergi.

for the first time. no cake. no birthday party. no special guest. no awesome birthday present. no havoc havoc in my house. no.

sama seperti hari-hari biasa.

kecewa. 

tak langsung. 

aku gembira kerana masih diberikan kesempatan untuk melihat sekeliling. menghidu bau makanan. mendengar bebelan seorang ibu. berjalan menuju ke tandas. tersenyum menonton televisyen. menyanyi ala ala aku nie dalam one in million. mengunyah tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. gelak kononya merdu sangat suara nie.

tak gheti bersyukur ker?

ALHAMDULILLAH

apa yang aku patut rasa sekarang?

Gembira.

aku mempunyai ramai orang disekeliling yang masih menyayangi aku. Aku bersyukur Ya Allah engkau berikan aku insan yang sanggup memimpin tangan aku menuju ke syurga-Mu. Dan aku rasa bertuah masih diberikan peluang dan ruang meluangkan masa bersama-sama mereka.

ok ok ok. apa harapan aku bila dah menemui seorang ummi yang berumur 20?

aku harap kau jadi seorang yang lebih tabah. cekal. kuat. mungkin dulu dulu orang cakap kau nie manja. lemah. aku tak nak lagi dengar orang cakap macam tuh. aku nak tengok kau jadi seorang yang matang. seorang yang boleh berfikir secara logik. seorang yang mampu mengawal emosi. dan seorang yang boleh menggembirakan semua orang.

aku bukan suruh kau berubah jadi orang lain. aku cuma nak. kau berbanyakkan kebaikan dan jauhkan keburukan. cukup lah kejahatan yang kau buat selama nie. uuuu kejahatan? jahat sangat ker kau nie?

menjadi seorang ummi bukanlah senang. hanya kau seorang yang mengerti menjadi seorang ummi kan? 

aku adalah aku.
aku tetap aku.
aku hanyalah diriku dan tidak mahu menjadi orang lain.
aku ingin menjadi aku.
i am me.
i'm proud to be myself.

selfish!


//

terima kasih sekali lagi kepada pengewish birthday aku. tak kira kat mana. tak kira seistimewa mana. tak kira sesweet mana. tak kira bila. tak kira masa. thanks again again and again. May Allah bless you all always. :D


Thursday, 31 October 2013

Disebalik tabir

kehidupan yang penuh dengan tipu daya. 

hipokrit.

perbalahan.

tunding-menunding.

palsu.

semuanya berlakon.

ada yang jadi pelakon utama.

ada yang jadi pelakon tambahan.

dan ada yang jadi hanya disebalik tabir. 

aku mungkin salah seorang yang disebalik tabir itu.

hah. tak penat ker?

MOTIF.

satu pagi. aku mengadap skrin komputer berjenama HP di cyber lab. port aku selalu lepak. sebab lain aku berada di sini? line internet laju mungkin. atau aku suka mendedahkan kulit kepada penghawa dingin. kenape? saje suka-suka. sebab lain? 

perlu sangat ker isu sebab dibangkitkan? tak semua benda yang nak dibuat memerlukan sebab.

aku memandang skrin lagi dengan kosong. bukan kosong hanya memandang skrin yang gelap. tapi memandang dengan tidak mempunyai perasaan. nak cakap aku suka. tak. aku marah. tak jugak. aku tak pasti dengan apa yang aku rasa. yang aku tahu. aku tengah kusut. berkecamuk. nak mengamuk pun ada jugak. 

aku nie dah kenapa?

bukak you tube. kenape semua lagu aku search sedih-sedih. kau patah hati? ada orang tumbuk kau? atau ada orang ugut nak bunuh kau?

mengarut.

biarkan aku bebas. bebas dengan apa yang aku nak rasa. please aku tak nak terikat dengan kebodohan yang aku rasa sekarang.

aku cuma mintak tuh. tak lebih. tapi apa yang aku nak sekarang. tak dapat. sebab tuh aku down. kenape nak down lagi nie?

mungkin aku boleh berpura-pura. kan aku dah cakap kehidupan penuh dengan dunia lakonan semata-mata. well yang jadi pelakon utama selalu happy ending. pelakon tambahan jugak dapat bayaran. tapi kalau yang hanya disebalik tabir? 

bayang-bayang.

aku sedar yang kita tak boleh terlalu berharap pada orang lain di sekeliling kita. Sedangkan bayang-bayang kita sendiri tak bersama kita bila tak ada cahaya, inikan pula orang lain yang tak ada kena mengena.- older post

mungkin tak ada orang yang sedar kewujudan seseorang yang hanya berada disebalik tabir.

sedih.

aku tak nak jadi seseorang disebalik tabir itu lagi.

aku tak okey. tapi aku cakap aku okey. tahu kenapa aku cakap macam tuh? sebab aku tak nak kau risau. kawan-kawan risau. Biar aku seorang yang rasa asalkan aku tak susahkan semua orang. boleh?

sudah. untuk kesekian kalinya. aku penat. 

aku nak naik belon udara panas dan mengelilingi dunia supaya aku tak jumpa dengan orang yang aku kenal. bodoh nak lari dari realiti sedangkan nak atau tak kau kena tempuhi jugak.

mohon berikan aku masa untuk berbetulkan apa yang tak betul. 

dan masih terkejut dengan apa yang aku dengar. setiap inci perkataan yang dititipkan masih terngiang di kepala. aku cuba untuk lupakan tapi.

useless.

jangan sampai aku hentuk kepala kat dinding semata nak lupakan. tapi tuh bodoh sangat. aku tak ada lah tahap bangang sangat nak buat macam tuh.

jap jap aku tak paham apa yang aku cuba sampaikan. blerghhh!




eh disebabkan lama aku tak update blog. sumpah rasa penulisan aku hancur.
HAHAHAHAHAHAHA








Sunday, 22 September 2013

ego ego ego #3

seseorang datang ke arah aku..
aku tengok wajahnya berkerut..
kerut seribu mungkin..
aku ingatkan dia lapar..

aku senyum dari jauh..
tapi senyuman aku tidak berbalas..
dengan wajah berkerut dia terus duduk di depan aku..

aku cuba kawal percakap untuk tidak timbulkan persoalan..
hurmmmm penuh dengan masalah..

dia dengan ringannya membuka mulut..

"aku sedih lah bro! orang yang aku suka tak suka kat aku"

aku menelan air liur..
nak nasihat??
aku pun jenis tunggang langgang dalam berkata-kata..
dan aku terus perahkan otak..
ayat apa yang boleh sedapkan hati??

"mana kau tahu dia tak suka kau??"

tetiba rasa bangang pulak persoalan aku nie..
terasakah dia??
tersentapkah dia??
terdiamkah dia??

aku cuba berlagak cool..
kononya aku master dalam bab bab percintaan..
dia tak tahu aku single mingle..
sengal pulak nak nasihat orang pasal cinta cintun..

aku sempat gelak dalam hati..

"aku rasa aku dah putus asa..aku tak nak berharap lagi..aku perlukan masa untuk terima nie semua"

haaaa tuh pandai pun nasihatkan diri sendiri..
tetiba aku pulak "terasa" dengan ayat dia..
aku senyum dengan ikhlas..
cuma memahami situasi yang dihadapi..
dan cuba cuba cuba cuba menjadi empati..

aku tahu dia cuma perlukan seseorang untuk luahkan isi hati..
kebetulan lah tuh dia nampak aku..

aku sebenarnya risau tengok member sedih..
nak bagi ayat manis kan rasa kejam pulak..

jangan sampai aku mula berbicara..
dengan aku aku sekali bercerita pasal masalah aku nanti..

opsssss setiap manusia ada masalah..

mungkin orang lain yang wujud dalam dunia nie tak sama..
mungkin dalam hidup aku kau seorang yang lain..
dan mungkin dalam hidup dia kau seorang orang lain..

berbelit belit!

lama dia terdiam..
cuba hadam ayat sendiri atau mungkin persoalan aku..
nak ditanya lagi..
hurmmm lupakan..
lebih baik kau cari sesuatu yang boleh buat kau gembira..
dan lebih baik kau cari sesuatu yang boleh buat kau hilang stress..

bukan duduk depan aku dengan wajah yang berkerut..

"kau pernah beritahu dia tak kau suka kat dia??"

tercengang dia..
terkejut mungkin dengan persoalan aku kali kedua..
dan dia diam lagi..
payah sangat ker soalan aku nie??
rasanya matematik tambahan SPM lagi senang kot..

"tak..aku EGO"

haaaa kali nie aku pulak yang terdiam..

EGO??
WHAT??

disebakan ego kau nak sedih..
ego kau sendiri yang membuatkan kau sedih..

just one word "BODOH"

aku senyum..
aku tahu ego dia tinggi..
sebab ego aku pun mungkin lagi tinggi..

dan sekarang aku faham masalah dia..

keep that ego..
ego tuh yang buat kau mahal..
serius talk..
tak ramai yang boleh kekalkan ego..
jangan biarkan ego kau jatuh..

pro dan kontra..

yang buruk pasal ego kau buang..
buang jauh-jauh macam sampah..
jangan kau pulak yang jadi sampah..

kami sama-sama tersenyum lagi..
tak kan pernah penat untuk tersenyum banyak-banyak kali..
senyum itu kan sedekah..

seorang senyum..
seorang lagi paksakan diri untuk senyum..

fake pun manis lagi nampak senyuman dia..
kagum tengok mampu jadi hipokrit..
mungkin dia tak nak orang sekeliling dia risau..

dia bangun dan pandang aku dengan penuh makna..
nak ucap terima kasih tak mampu..
hanya pandangan mata yang penuh bermakna..

aku paham erti sebuah pandangan itu..
aku juga cuba menjawap dengan pandangan mata kembali..

terus berlalu..
aku memerhati dari belakang ..
aku harap dia akan terus okey..
dia sempat menoleh..
aku angkat tangan..
tiada respon..
dia terus pergi jauh dari pandangan aku..

kenape tiada respon??
hurmmm hentah..
mungkin marah..
mungkin masalah dia datang kembali..
mungkin dia menangis dan malu untuk berhadapan dengan aku..
mungkin dia tak nak nampak dia lemah..

aku pejam mata..
dan aku cuba buka mata kembali..
seseorang yang hilang dari pandangan sudah tiada lagi..

MANA AKU PERGI??




Wednesday, 11 September 2013

keep calm and be a FU

pengalaman yang telah aku kutip selama hampir dua minggu as "FASILITATOR UNIVERSITI" berjaya membuatkan aku mengenali berbagai jenis ragam manusia..

baik..

buruk..

suka..

benci..

marah..

gembira..

rasanya aku sendiri pun malas nak cerita rentetan yang berlaku dalam dua minggu itu..cukuplah memori itu terpahat di kepala dan bayangan terus berlayar di mata..

seronok apabila menjadi idola kepada adik-adik even rasa diri ini langung tak layak dijadikan pembimbing..namun itulah fakta yang berlaku..setiap tingkah laku dan perbuatan menjadi tontonan..setiap ucapan dan kata-kata menjadi tikaman..

kalau mempamerkan diri yang "baik"..

baiklah anda di mata diorang...

kalau mempamerkan diri "jahat"..

jahatlah di mata diorang..

setiap orang layak menilai even diri tak sempurna..kenape nak menilai??setiap nilaian akan terus menjadi pendorong untuk terus berubah..

aku cuma nak cakap berbanyak-banyak kemaafan jika ada tugas yang ditugaskan untuk aku tidak dilakukan dengan sempurna..aku manusia biasa..kalau ada benda tak kena janganlah hanya meyalahkan diri aku semata-mata..bagi aku peluang dan ruang untuk memperbaiki segala kekurangan..

dan juga aku nak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kerana memberikan aku kerjasama sepanjang aku bergelar "FU"..mungkin ramai yang tak sedar..dalam kita sibuk menjalankan tugas..ukhwah sesama manusia terus menular merapatkan diri masing-masing..

apa-apa yang berlaku tak usah diungkit-ungkit..mungkin secara khilafnya kita melakukan kesilapan dan seeloknya meminta maaf jika tidak mahu situasi bertambah tegang..tapi jika pihak lagi satu terus menjadi batu api..seeloknya kita mendoakan yang terbaik untuk mereka..

setiap orang mungkin ada had masing-masing..dan terima kasih kerana berjaya overkan had aku..marah dan menangis..yer mungkin benda itu yang paling paling paling aku nak elakkan..finally i'm done..aku jatuh lagi..and again i'm become a losser!!

keep calm dan senyum..keep calm dan pekakkan telinga..keep calm dan butakan mata..i wish i still have this keep calm in myself.. :')

walau apa-apa pun yang berlaku..aku sayang korang terutama junior-junior intake sesi 2013/2014..

tepuk tepuk sayang!!

"muah muah muah muah muah muah"






















Monday, 26 August 2013

aku nak luahkan~

bagi aku..dalam banyak-banyak laman sosial yang wujud..hentah kenape aku rasa blog paling selamat kalau aku nak cakap + marapu + marah + sedih + meratapi nasib + menggelupur..

kenape??

sebab followers blog bukan lah ramai..ekekekeke..nak tulis kat facebook??boleh tahan friends aku..kat twitter...hurmmmm lagilah!!

kenape lagi??

kalau aku tak shared link..jangan harap orang nak bukak kan??ekekekek..keep that "rahsia" terus menjadi "rahsia"..

aku suka keadaan macam nie..aku bukan GILA glamor + femes..sometimes i just need the space nak luahkan selain aku luahkan kepada MANUSIA..

pertama~

boleh saya tanya awak something tak??

sebenarnya orang yang awak dah suka tuh sape??dan kenape saya nak perasan orang yang awak suka tuh saya??eh ker tak??euwwww tak malu nak perasan..hurmmmm..kbai

kedua~

serius aku kecewa dengan kawan-kawan aku..tahun nie first time aku tak beraya dengan kawan-kawan..i dunno why..setiap kali kalau aku ajak beraya mesti sibuk..takkan aku nak keluar sengsorang pergi beraya rumah korang..dan kenape korang nie kene kongkong??please lah..korang dah umur 20 tahun..hurmmm..

just wait suatu hari nanti aku ada lesen dan kereta..aku akan ajak korang siap jemput bagai lagi..kalau mak ayah tak bagi tak tahu lah..dah aku tak nak emo emo..buat habis karan aku jer..

kalau umur panjang kita jumpa lagi..dan lagi satu..kalau harapkan tunggu aku jer mesej nak ajak keluar..baik berubah..sebab aku dah jadi sombong sekarang..eh??ekekekekekekekeke

ketiga~

aku dah siap sedia nak persetankan keadaan sekeliling..ape-ape yang berlaku kau kene hadapi dengan sabar even kesabaran kau senipis kulit bawang..yer!!jangan lagi tunjuk yang kau jatuh..kalau orang kutuk..kalau orang pandang pelik..kalau orang complain sana sini..kau sengih jer ummi..kau sengih..sengih even hati kau tengah terbakar..

tak cukup sengih kau gelak kuat-kuar even orang kata kau gila..eh??ekekekekekeke

keempat~

aku dah tak larat nak sedih..air mata aku dah kering..orang tak tahu ape yang ditanggung oleh keluarga aku..ape yang ditanggung oleh mama dan abah aku..tapi walau ape pun yang berlaku..aku percaya..perancangan-Nya adalah sangat sempurna..

Ya Allah semoga kau permudahkanlah segala urusan kami..

kelima keenam ketujuh kelapan kesembilan dan seterusnya..

aku sangat rindu kau dan aku dah come back di Universiti Putra Malaysia dan Kolej Pendeta Za'ba..i'm gonna miss my home so damn!! 




Thursday, 22 August 2013

"tersenyumlah hati yang bersedih"

aku tak kisah..

*ambik kertas lukis mata lukis hidung dan lukis mulut*

hurmmmmmmmm.. *lukis mulut smiley*

nak buat ape nie??

 if aku boleh tampal kertas nie kat muka..heeeeeeeeee

*tunduk pandang lantai*

kenape tunduk??tak sanggup nak pandang aku lama-lama..atau nak sembunyikan tangisan kau tuh..cengeng!!

*perlahan-lahan angkat muka*

*mata berkaca*

stop it!! start from now aku tak lagi tengok kau sedih-sedih..kau ingat best ker nak sedih-sedih nie..simpan lah air mata tuh..sangat berharga ok!!




saat kita menempuhi onak duri dunia..

derita sekali sekala mencuit hati..

hati remuk menangis tidak henti..

kesedihan terus menerus bersemadi di dasar hati..

ketika itu sabar pun sudah tidak dikenali lagi..

dalam terharu air mata tertumpah juga..

wahai hamba Ilahi..

begitulah kehidupan di dunia..

kita tidak akan sesekali dapat menjangka..

apa yang Allah aturkan untuk kita..

adakalanya kita tersangat gembira..

adakalanya kita tersangat kecewa..

namun, jangan risau manusia..

Allah itu tuhan kita..

Tuhan yang Maha Luas Kasih Sayang-Nya..

Percayalah..

Allah tidak akan menduga hamba-Nya..

kecuali untuk melihat hamba-Nya..

tersenyum di sana..

tertawa di sana..

berbahagia di sana..

In Shaa Allah di syurga yang mengalir di bawahnya..

sungai-sungai yang mendamaikan jiwa..

OH INDAHNYA!

di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai..

kecuali menerima kehendak Allah SWT..

Wahai hamba Allah..

Jangan bersedih kerana anda telah melalui kesedihan itu kelmarin..

dan ia tidak sama sekali memberikan manfaat pada keesokkan harinya..

kesedihan demi kesedihan..

bakal membuat anda semakin terperuk dengan keputusasaan..

dan dunia yang luas dirasakan sempit dan tidak berguna..

padahal, dunia inilah kesempatan untuk kita dekatkan diri kepada Allah..

untuk kita raih syurga-Nya..

yang tersangat indah dan bebas daripada kesedihan..

gara-gara kesedihan..

air yang manis terasa pahit..

makanan yang lazat terasa hambar..

bunga mawar yang mekar mewangi kembali layu..

ingatlah tangisan terindah itu apabila butir-butir air mata..

mengalir hangat di pipi..

lantaran terasa diri kita begitu kerdil di sisi Allah..

dan begitu berdosanya kita di sisi Allah..

Wahai hamba Allah..

lihatlah sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu..

sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus asa..

senyuman yang kau berikan..

dan air mata yang kau titiskan..

simpan jadikan tauladan..

segala kau pandang dan dengar..

simpan buat pedoman..






Monday, 19 August 2013

#2 peluang


saya tak mintak peluang kedua..saya cuma mintak satu peluang - (beto / istanbul aku datang)

sesaja nak throwback kata-kata beto nie..ekceli deep in my heart aku masih mencari satu peluang itu..masih adakah peluang untuk aku??satu peluang pun??masih ada??

aku masih terlalu beginner..sebab tuh banyak yang aku kene belajar..bukan hanya berkata-kata tanpa asas yang kukuh..mungkin ada kebenaran dengan kata-kata aku..mungkin juga ada salahnya..

please guide me..

peluang yang diharapkan oleh aku..aku inginkan sebuah senyuman dari hati..mungkin bukan dari orang sekeliling aku..tetapi daripada diri aku sendiri..i just have to make myself smile always..it's hard??

susah apabila aku tidak suka apa yang berlaku sekarang..dan juga senang apabila aku suka apa yang berlaku pada masa akan datang..pening??aku pun pening..

enough..

peluang yang ada di depan mata tak pernah nak dihargai..kadang-kadang aku pun tak paham dengan manusia..peluang bagaimanakah yang dicari supaya boleh direbut-rebut tanpa berfikir untuk menerimanya..peluang keemasan??

selagi kita mampu memberi peluang kepada seseorang..just give them that "peluang"..mungkin dengan peluang itu seseorang boleh berubah??

please sekali lagi..berikan aku peluang..

peluang untuk aku buktikan yang aku mampu jadi seperti yang aku mahukan..

peluang untuk aku berubah ke arah yang lebih baik..

peluang untuk aku berfikir supaya semuanya berjalan dengan lancar..

peluang seperti semua orang mahukan..

kalau diberikan peluang tetapi peluang itu disia-siakan..tak guna jugak..so keep thinking about that "peluang"??

kadang-kadang manusia tak nampak peluang yang ada..bukan manusia jer..aku pun..kadang-kadang peluang yang ada aku just pandang sebelah mata dan boleh sepak macam tuh jer..ape kehalnyer aku nie??

tak ada sekelumit peluang untuk aku ker??peluang untuk aku singgah kat hati kau..peluang untuk aku muncul dalam fikiran kau..peluang untuk aku yang mampu buat kau tersenyum dangan kata-kata aku..

ahhh sudah!!angau tahap kepetala ke-10000000000000!!

enough..

i'm tired thinking of that "peluang"..gila kau tak penat kejar benda yang tak pasti..

i wish that someday aku akan "hilang" dan kau akan rindu aku..disitulah aku nak kau sedar peluang yang pernah aku berikan..HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA

KELIRU??

yes!!lebih tepat menggambarkan diri aku sekarang..aku keliru dengan tersuka kat dia dan dia..vangang??abadi??sangat k!!

dear you..
i'm sorry that i like you..
i can't stop liking you now..
and i can't pretend to not like you..
i can only not let you see that i like you..
i can only stop begging you to like me..
if i want to slowly leave your side..
i still need to run..

*jatuh jugak air mata gua*

so ada sesape nak bagi aku peluang lain??kehkehkehkeh

selagi belum pasti aku takkan cepat melatah..aku sekarang masih follow the flow even kadang-kadang hati aku sakit..eh hati jer pun sakit..makan ubat baik lah kan??

walaupun aku jenis macam huuu haaaa huuuu haaaa dan susah orang nak percaya yang aku nie serius..tapi aku sebenarnya sangat sensitif k..

please stop kondem me..aku bukan ummi yang dulu yang boleh dibuli dan diejek..aku ummi yang mampu menepis setiap kata-kata dengan menumbuk dan menerajang kepada mereka yang tak sayang mulut..hewwwwwwwwwww





Saturday, 17 August 2013

selamat hari raya dan selamat pengantin baru

hai..
alooohaaaaa blog..rindu bangat sehhhhh same kamu..peluk kejap boleh??
*peluk-peluk tepuk-tepuk*

baru berkesempatan raya ke-10 nak update..sakan beraya tahun nie eh??ekekekkekeke
ekceli malas senanya nak update..padahal bukak jer jenguk kejap-kejap..tapi dah malas nak buat camno..malas tak ada ubat..

so baru nak wish nie..biar lambat asalkan selamat..better late than never..

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN buat semua kenalan-kenalan aku di dunia REALITI mahupun di dunia ALAM MAYA..



terima kasih yang wish kat aku dengan hantar text + mention kat twitter + tag gambar kat facebook + yang pakai wassup LINE WE CHAT kakao TALK + dan tak lupa jugak yang hantar kad raya..
*sengih sampai nampak gusi*

seperti yang aku dah janjikan..aku akan upload gambar yang TERBAIK dari majlis perkahwinan abang aku..dan sekali lagi tahniah dan Selamat Pengantin Baru buat mereka dan juga semoga kekal hingga hujung nyawa..acewaahhh gittewww..ekekekeke


yang nieee part majlis resepsi rumah pengantin perempuan...




yang nieeee part akad nikah pada waktu malam...



yang nieee part majlis resepsi rumah pengantin lelaki..means rumah aku lah..



by the way special kat sini jer hukkkk gambar hukkk raya hukkk aku hukkk sebab hukkk aku rasa hukkk poyo hukkk...


















Monday, 5 August 2013

Tahniah! =)

aku tak nak cakap banyak..mood raya aku dah turn ON sebab tahun nie mungkin raya lebih meriah..eh??

even aku dah "tua"..aku yakin aku bakal dapat duit raya sebab aku dah rancang nak beli ape untuk duit raya nanti..HAHAHAHAHAHAHA

mohon lah bagi duit raya..mohon sangat-sangat..tak kasihan kat aku ker??

by the way bersempena syawal tahun nie..aku bakal mendapat kakak ipar..

dan TAHNIAH for my BIG BRO and THE CUCU SULONG..

"MOHD SHAIRAZI BIN MOHD ZUKRI"

sengaja nak wish awal..kononyer aku sibuk lah nanti..KONONYA..

dan sesape yang rase kenal umah aku dan nak datang melawat aku..dialukan..tapi jangan lupa duit raya sekali tau! HAHAHAHAHA

di sini aku sertakan sekali kad jemputan perkahwinan..

sorry for the typo~~ PUTERA not PUTERI
so memang tak nak cakap banyak..tunggu gambar diuploadkan lah special untuk pemerhati blog aku..terima kasih semua..

dan tak LUPA jugak..

semoga kita masih dipanjangkan umur untuk mengecapi RAMADHAN pada tahun hadapan..in shaa Allah..=)

Wednesday, 31 July 2013

pilihan?

alhamdulillah..kita dah berjaya terokai penerbangan 22 ramadhan..harap malam-malam terakhir memberikan kita barakah-Nya..amin

first of all..this is important thing..

"29/7/2013"

Selamat Hari Lahir yang ke-50 buat insan yang sangat penting dalam hidup aku.. "MOHD ZUKRI BIN NASIR"..semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki..terima kasih tak terhingga sebab dah berjaya menjadikan aku seorang "manusia"..well..sooo sorry i can't make something special for that day..tapi aku JANJI suatu hari nanti aku akan buat abah gembira..PROMISE!



as your wish will come true..love you abah..so much! :*

//

second of all..not really important i guess..

tetiba kan..aku asyik teringat pekara nie..i dunno why..i dunno why..i dunno why..

bila seseorang tanya aku..kau sayang seseorang itu sebagai ape??

speechless doee tak tahu nak jawap ape!!seyes..seyes..seyes...and can you please stop asking me again and again??

betol!!

ok kalau aku tanya korang??korang sayang seseorang dalam hidup korang sebagai ape??

fenim..fenim..fenim..

ok dengan perkataan mudahnya macam nie..kau TERSUKA seseorang dalam hidup kau..dan kalau suka sahaja macam hurmmmm jer..mesti lah sayang tuh ada sekali..ker tak??de heck??

dan aku tanya korang..orang yang korang suka tuh..korang sayang dia as ape??kawan??crush??pakwe??makwe??boyfriend??girlfriend??atau future husband or wife??

dilema..sebab korang mesti tak terfikir sampai future tuh kan??ker tak??

kalau aku lah kan..sebab aku rasa umur tak sampai 20 tahun lagi..sebab tuh aku tak sampai lagi tahap nak berfikir as future..grrrr!!

maknanya kau sayang dia as ape?? kawan??pakwe??hah??

mengalah..aku tak dapat nak jawap soalan tuh..i'm so sorry..

tapi secara kesimpulanya..kau suka seseorang berlandaskan NAFSU jer semata-mata kan..i'm right??

huhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!

yer..memang dalam hati aku ada kau..maaf..aku tak leh nak buang kau..mungkin boleh..tapi it's take time dan bagi aku susah!!

walaupun aku suka kau just suka jer..tapi kau takkan paham kebodohan yang aku tanggung sebab suka kau..dan buat yang ke berape kali aku menyesal sebab sayang seseorang..

kau memang tak pernah serik kan??

lupakan atau just follow the flow??

aku ada pilihan..mungkin pilihan itu perit bagi aku sekarang..tapi hurmmmmmmmmmmmmmmmmmm...

cemburu??jeles??tipulah kalau aku tak rasa semua tuh..yer aku sedang menipu diri sendiri sekarang sebab buat-buat tak nampak dan buat-buat tak tahu..de heck??

someone have reminder me..jangan terlalu sayangkan seseorang..nanti kau akan TERLUKA..terima kasih..i will "paku" it dalam otak..

terus terang??GILA ker hape??ego aku masih tinggi..so it's hard untuk aku nak terus terang..jatuh doeeee air muka aku kalau dia tolak..tak gittew??de heck??

aku perlu bersedia jer ape-ape sebarang kemungkinan berlaku..aku rela BERUNDUR kalau there are someone "good" for you..seseorang yang mampu buat kau bahagia..aku rela..dan sakit mungkin..hahahahahahahaha

orang cakap kita kena bekorban untuk orang yang kita sayang..orang cakap lah...aku tak cakap ape-ape pun..lalalalalalala



i'm think i'm sick thinking of this bloody hell problem..grrrr!!

Friday, 26 July 2013

nak tunjuk nie.....................

*tunding jari*

ape kau tunjuk-tunjuk aku?? nak gaduh??

*masih belum jatuhkan tangan*

*tunding jari lagi*

aku tanya apa kau nak?? kau nak ape??!!

*masih berdiam diri*

ape yang kau tak puas hati dengan aku nie??

*sengih*

*hulur sesuatu*

ape nie??ape nie?? ape nie??

klik kalau rabun..LOL
result aku ah mengong!!sajer nak tunjuk aku MENURUN..

*termenung*

dah kau tunding jari kat aku pehal??

hurmmmm..semua salah kau lah niee result aku macam nie..kau banyak sangat main-main..usaha ala-ala kadar..semua kau ambik acuh tak acuh..study last minute..buang masa..melepak tak tentu hala..bla bla bla bla bla..

kejap..jap!!jap!!jap!! kenape aku?? why me??

sajer nak cuba salahkan kau..

*sengih*

kau tak sedar kau tunding jari kat aku..tapi satu jer yang menghala kat aku..empat lagi kat kau..tak sedar ker hah??

*terkejut*

*merenung jari*

lah aku lupa yang lain..bilang.. 1..2...3..4..5...

*berdiam diri lagi*

*fikir*

aku takut lah..

takut ape??

"kau masuk U nie nak belajar ker main-main??"

*imbas kembali*

ape yang kau nak takutkan?? itu cuma ayat??

tapi kau takkan paham bagaimana tamparan hebat aku menerima ayat-ayat yang POYO macam tuh...

so kau nak suruh aku buat ape??

*tarik nafas dalam-dalam*

cuba hapuskan tanggapan orang kat aku..

hey!! dah berbuih-buih mulut aku sampai menggelupur aku takkan dapat nak tutup mulut orang..

*termenung*

hakikatnya aku boleh cakap kat mulut yang aku tak kesah ape orang nak cakap..tapi HATI aku tak..betul lah hati tak boleh menipu..

*sengih*

tapi ALHAMDULILLAH..

aku bersyukur kepada-Mu Ya Allah kerana telah memberikan kesedaran kepada aku..yer..naik turun itu kehidupan..tapi kalau aku tak turun aku takkan sedar kepada naik..

*sengih lagi*

rasenyer tak perlu kot aku emo-emo cakap pasal kos aku senang kos kau susah..tak perlu!! tak perlu!! 

sebab aku nak kau paham sendiri..

tak paham aku boleh translate?? nak ape?? english?? cina?? india?? mexico?? sepanyol?? perancis??

//

dikesempatan ini aku nak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kat semua manusia sekeliling aku mama abah, abang-abang, keluarga, lecturers, kawan-kawan seperjuangan, kawan-kawan meroyan, kawan-kawan laman sosial, musuh-musuh, skandel-skandel, rumate, exrumate, team rumah sukan, crush, bakal-bakal suami, followers instagram dan semuanya lah..

ape aku merapu nie??

kbai!!