Tuesday, 29 January 2013

lelaki yang menarik

hey hey hey hey you you you you.. *dah aku nie kenape??*

ok iklan sebentar bersama seorang budak yang tengah sakai tahap boring cipan duduk kat rumah dan rasa nak makan megi pada zaman firaun.. =3

don't call me doktor love because aku nak post something yang different kali nie..not differentiation or integration..but perbezaan bukan seperti sedia kala..hewhewhewhew

lelaki yang menarik pada pandangan perempuan..

1. kebijaksanaan emosi

"maksudnya keupayaan dan kemahiran seseorang lelaki mengakses emosinya dan menghargai perasaan dan emosi orang lain di sekelilingnya terutamanya perempuan.."

paham tak???

dengan kata mudahnya lelaki nie kurang bermain emosi berbanding dengan perempuan..nak tahu kenape???sebab lelaki nie ego..so lelaki yang lebih pandai dan bijak bermain dengan emosi lebih cenderung untuk disukai oleh perempuan berbanding lelaki yang terlalu logikal dan rasional..

jadilah lelaki yang menjadi tuan kepada emosinya sendiri..jangan biarkan emosi banyak mempengaruhi diri..contohnya apabila marah better diam dan kakukan diri anda...tapi lebih afdal kalau marah pergi ambik wuduk..=)

"orang yang gagah itu bukanlah orang yang paling gagah di medan pertempuran, melainkan orang yang gagah itu adalah orang yang dapat mengendalikan dirinya semasa marah"

2. gentlemen

"sifat budiman adalah aset berharga seorang lelaki dan sumber cinta pada mata seorang perempuan"

aku rasa semua perempuan suka "kot" lelaki yang gentlemen..tapi macam mane arh nak tahu gentlemennyer lelaki tuh???

-  dia banyak dahulukan perempuan dalam semua pekara..lady first!!
- hormat semua orang disekelilingnya terutama perempuan dan orang yang lebih tua..
- empati dengan keadaan orang lain...
- tidak lekang dengan perkataan "terima kasih"..owh!!jangan lupa senyum sokmo dehhhh.. =D

3. keyakinan diri 

"keyakinan diri bertapak pada dua dasar..pertama,jauh daripada sifat sombong dan bongkak diri..kedua, tidak menyerah diri kepada sesiapa selain daripada tuhan.."

keyakinan diri akan nampak bila seseorang mula berhadapan dengan orang lain..yes!!!berani kerana benar..tetapi kalau salah jangan takut untuk mengaku kesalahan anda..mungkin anda akan dipandang menarik jika mengaku kesalahan atau meminta maaf walaupun bukan salah anda kerana kemaafan hanya akan melemahkan musuh...

elakkan perasaan malu..bukan salah untuk berasa malu sebab malu jugak sebahagian daripada iman..tapi nak malu bertempat lah cik abang woit!!penakut???yang nie lagi lahhhh kene elakkan..hello!!korang nak dilabelkan penakut or pengecut??nak???

tetapi mesti ingat..jika keyakinan diri yang melampau akan menyebabkan seseorang itu menjadi sombong tanpa mereka menyedarinya..so beware..=)

4. berjiwa romantik

zaman sekarang nie agak susah nak cari lelaki yang romantik..kita hanya dapat melihat lelaki yang romantik di kaca televisyen dan hanya mitos sesebuah novel sahaja..

lelaki : kalau saya jadi kumbang..

perempuan : saya jadi bunganya...

jap...jap..jap..sebenarnya nak jadi romantik nie banyak caranya..bukan hanya dengan berkata-kata dengan perkataan yang manis-manis jer..korang boleh ambil berat atau bercakap secara terbuka perasaan anda..u should know..perempuan inginkan belaian jiwa..so dengan romantik dapat mencairkan hati wanita ok..ingat!!lakukan dengan bersungguh-sungguh...

5. sifat seorang pendidik

lelaki adalah seorang pemimpin..so sifat kepimpinan mempunyai tanggungjawab..bermula dengan tanggungjawab akan membuatkan seseorang itu semakin matang..perempuan akan memerhati bagaimana seseorang lelaki itu menguruskan kehidupannya..

"perempuan mengharapkan lelaki yang mampu membawa mereka kepada kehidupan yang lebih baik dan terpandu.."

apabila seseorang perempuan itu berkahwin, sebenarnya mereka menukarkan hero hidup mereka daripada ayah kepada suami...dan sangatlah wajar kalau seorang perempuan itu mencari calon suami yang perwatakan serupa mcm ayah dia..dan dan dan perempuan itu mencari lelaki yang boleh mendidik dia sebagaimana ayahnya mendidik dia..betul tak???

~

cukuplah 5 jer yang mampu diberi...sebenarnya sebahagian isi dan idea post kali nie banyak berpandukan buku...bukan 100% daripada aku..sorry lah kalau mana-mana pihak yang tak puas hati dengan hasil ciplak aku nie...ciplak sket2 jer erk..bukan cetak rompak tau..just nak kongsikan kepada kawan-kawan..mana nak tau kawan-kawan lelaki aku nak cuba pikat perempuan ker???hehehehe

#bakal post wanita yang menarik pada pandangan lelaki ^_^

Saturday, 26 January 2013

pandangan aku???

tak semua suka membaca...
tak semua suka mendengar...
tak semua suka memerhati...

aku??
aku suka membace...dan aku lebih suka memerhati..tapi aku tak suka mendengar...hentah kenape..seperti ada yang menghalang aku untuk menjadi pendengar yang baik..bagi aku semua kene dengar aku cakap..baru korang boleh bercakap..kecuali memang aku betul-betul tengah blank!!!

harap aku boleh jadi lebih blank bile bercakap dengan seseorang..supaya aku dapat didik diri aku jadi pendengar yang baik.. *doa erh???* =_=

so ape motif aku nak bagitau nie???

he he he he he he he he he he he he he he he he *gelak gedik*

actually..nothing important..someone just asking me about penampilan seseorang lelaki yang menarik di mata perempuan...sebenarnya aku pun gelak guling-guling bila ditanya benda-benda nie..pandangan aku???

1. aku lebih suka lelaki yang pakai spect atau kata sopannya kaca mata...not kaca mata hitam!!

kalau ditanya..aku hanya boleh jawap no komen...tak tahu..hentah..yang tuh jer aku mampu jawap..sekian..mungkin nampak macho kot...nampak pandai kot..nampak hensem kot..banyak lah kau punyer kot..yang pakai baju kot kau tak nak berkenan ker????heeeee

tak semua yang pakai spect aku akan tertarik..tapi probability aku nak pandang kat lelaki yang pakai spect lebih tinggi...tapi yang peliknyaa...aku suka kat seseorang tak pakai spect pon.. =3

2. nak taip ker tak..nak ker tak...haaaa taip jer lahhhh..lelaki yang berjanggut...

hurmmmm...nak ada janggut tak kisah..tapi kalau boleh perkemaskan dan jaga dengan elok-elok..perempuan tak suka tengok lelaki yang serabai..so lelaki-lelaki must be alert!!

"sebahagian orang berpendapat bahawa lelaki berjanggut kelihatan lebih pintar, percaya diri, dan dewasa."

dah kalau yang tak ader or tak suka ader janggut tuh???

"Namun ianya bukanlah sesuatu yang penting dan perlu di ambil berat malahan seorang lelaki yang berjanggut itu tetap lebih baik kelihatan daripada lelaki yang tidak berjanggut. Utamakan niat anda untuk berjanggut semata-mata ingin mengamalkan sebahagian daripada sunnah yang ditinggalkan Baginda Rasulullah SAW. Bukan berjanggut kerana mengikut fesyen terkini atau sebagainya."



3. macam mane pulak yang bermisai???hamboi..lebih-lebih pulak...

seperti kata-kata di atas jugak..kemaskan diri..baru nampak hensem..yang tak hensem pun kalau kemaskan diri boleh nampak hensem tau..hehehe..

tapi ada kajian yang mengatakan perempuan lebih mementingkan kebersihan dan kekemasan daripada lelaki...

yang paling penting adalah penampilan diri...dah tahu buruk or tak hensem or tak lawa or tak cantik..jangan lah menambahkan lagi keburukkan yang ada...tapi mesti ingat!!!setiap ciptaan Allah SWT semuanya indah dan cantik..alhamdulillah..kita dikurniakan kesempurnaan anggota..bayangkan mereka yang tidak sempurna seperti kita???

pandangan pertama???

bagi aku pandangan pertama sangat sangat sangat sangat penting..yes..pastikan cerminkan diri kita sebelum berjumpa dengan orang lain..tuh haa!!jangan sampai taik mata masih melekat...beware..kalau orang lain boleh pastikan diri untuk nampak perfectooo di hadapan orang..why not kita???


Thursday, 24 January 2013

Dia Kekasih Allah

Salam Maulidur Rasul 1434H
#wasatiyyah tonggak kesatuan ummah.. ^_^

Malu rasanya mengatakan cinta
Kepada dia kekasih Allah
Kerana dia insan mulia
Sedangkan diriku insan biasa

Ku pujuk jua hati dan jiwa
Meluahkan rasa cinta membara
Didalam pujian ucapan selawat
Tanda penghargaan seorang umat

Selagi upaya ku turuti ajarannya
Apa terdaya ku amalkan sunnahnya
Moga didunia mendapat berkat
Di akhirat sana beroleh syafaat

Kerana peribadinya aku terpesona
Kerana budinya aku jatuh cinta
Rindu ku padanya tiada terkata
Nantikanlah daku ditaman syurga

Sesungguhnya apa yang ku dambakan
Adalah cinta Allah yang Esa
Kerana cinta kepada Rasulullah
Beerti cinta kepada Allah

~

Kelahiran Muhammad (Rasulullah S.A.W)
(12 Rabiulawal)

Ketika langit biru diliputi awan hitam
kelam segalanya, tiada cahaya di sana menyinar
manusia meraba-raba, kegelapan mencari sinar terang
semua huru hara tiada punya ketentuan.

Demikian nasib murba hidup di maya pada
sebelum Muhammad pemandu Islam lahir ke dunia
ketika itu nasib murba hidup dalam
kepincangan – kejahilan dan ketakutan
tiada lagi iktikad segalanya tiada punya pegangan.

Di sana tindas-menindas berjalan berleluasa
membunuh – merampas – menceroboh sudah menjadi kebiasaan
bumi sentiasa mengalir dari darah yang tumpah
hanya bagi si gagah – kuat hidup penuh kemenangan
bagi manusia lemah sentiasa duduk penuh ketakutan.

Tapi, di saat akhir peredaran zaman
lahirlah Muhammad, pemimpin sejati Pesuruh Allah
membawa obor menyuluh nyata penegak kebenaran
memimpin manusia dari serba keruntuhan
berakhirlah terkubur tragedi – buat abadi
dan bersinarlah Islam terang-menerang
di serata pelosok – di seluruh alam.

Kini detik lahirnya Muhammad menjelang
umat Islam menyambut sejarahnya – penuh kesyukuran.

*copy paste*



Tuesday, 22 January 2013

people change...

kadang-kadang kita sendiri pun tak paham ape yang kita rasa sekarang kan???

sayu..
sedih..
pilu..
sunyi..
hampa..

why ummi why???

it's that anything wrong wreng happen to you???

or you just like missing someone in your life???

buy who that person???

tell me!!tell me!!

arhhh!!!!

betul kata orang..bila dah ada depan mata tak gheti nak hargai..bila orang tuh dah jauh or dah pergi dari kita..baru nak terhegeh-hegeh kejar...it's too late..

people change..but memories don't...

aku rindukan semua memori kawan-kawan aku..yang mana aku boleh keep in touch luangkan masa yang ada..aku boleh cerita pekara-pekara yang menarik...aku boleh kongsi masalah..boleh tuh..boleh nie..

tapi sekarang aku rasa dah kehilangan semua nie..

aku tak tahu salah kat mana..salah aku atau salah kami semua yang tak nak teruskan perhubungan macam dulu..seperti yang aku kata tadi..manusia boleh berubah...

kenapa aku nampak sangat ketara perubahan kawan-kawan aku...bukan nak burukkan masing-masing..i know aku pun teruk juga..tapi masing-masing betul-betul dah ambik haluan sendiri..kalau kat facebook tuh sama-same on9 tak ader rasa nak tegur ker or mengomen sesama sendiri ker...and same goes to twitter..kecuali salah seorang merendahkan ego..baru rasa nak tegur...

susah sangat ker nak tegur or buzy kan diri nak tahu khabar kawan-kawan...so peliks with all u guys...

yaaaa...aku pun nak mengaku ada lah tersombong sket...tapi ingat!!aku sombong kat sesiapa yang sombong dengan aku..the end!!

aku tak berubah..i'm still the old me..so just accept who i'm..

~

betul cakap orang lagi...kalau seseorang itu yang menjadi peneman kita whatever lah dia buat ape dengan kita..dia selalu tanya khabar..dia selalu wish good morning or good nite..dia selalu kejutkan kita tidur...dia selalu mesej or call...dia selalu hantar chat..dan secara tetiba dia terhenti buat benda tuh semua..kita akan rindu dia..seriusly!! =3
*nie lah cara aku tengah buat kat seseorang...aku nak dia rindu aku..hehehehe*

aku masih berharap dan akan berharap lagi...walaupun tahu itu sesuatu yang pahit..tapi aku tetap dengan pendirian aku!!don't ever give up...


Saturday, 19 January 2013

awak suka saya tak???


aku : tiap-tiap malam saya tengok bintang dan saya hanya dapat kira 100 bintang jer...

dia : owhh yer??kenape 100 jer???

aku : hentah...tapi malam nie saya dapat kira hanya 99 bintang!!

dia : dah kenape pulak 99???

aku : sebab satu lagi ada dalam hati awak..heeee

*copypastaaa*

nak kate aku nie romantik??tak pandai..
nak kate aku nie jual mahal??rase diri nie perigi cari timba pun ada jugak..
nak kate aku nie tak memahami??hentah..nak paham ape??
nak kate aku nie tak pandai menghargai??rasa macam dah "kerana dirimu begitu beharga"
nak kate aku nie masih belum matang??umur dah beganjak 20-an..

if someday aku berjaya cakap "saya suka awak...awak suka saya tak??"

perhh!!respectoo..berani yang amat aku..aku tak pedulikan perigi cari timba ker..tak tahu malu ker..desprete ker..janji aku akan sampai ape-ape yg aku nak sampaikan..heurheurheur

dear awak..
kalau lah awak perasan nie awak kan...kalau lah terasa...kalau rasa bukan abaikan lahh yerk!!!saya nak bagitau..saya suka awak..dan jangan tanya kenapa saya boleh suka awak...bukankah suka tuh sesuatu yang tak boleh nak dipaksa...so saya pun tak tahu kenape saya boleh suka awak..tapikan awak suka saya tak??=3

hampeh jer aku bace ayat aku kat atas nie..rasa macam bukan aku yang tulis...gedik semacam jer..=_=
*dush!!hempuk kepala kat dinding*

~

erh!hai baru tersedar dari angan-angan yang tak pasti mana hujung pangkalnya..heeee

tapikan aku masih berharap dia perasan itu dia..muahahahahahaha

"baru ku sedari..cintaku bertepuk sebelah tangan.." ada aku kisah bertepuk sebelah ker bertepuk amai-amai ker..dan ada aku kesah kalau dia tak suka aku balik ker...dan ada aku kesah kalau aku direject ker...

*sebenarnya aku amat kesah*

it's ok for me kalau aku boleh terima kenyataan..suka, sayang dan cinta itu sesuatu yang tak boleh nak dipaksa..so i wish that i can tell u the true one.. *tunggang terbalik speaking aku*

#letakkan cinta kepada Allah swt sebagai cinta yang tertinggi..sesungguhnya DIA akan tolong kita mendapatkan cinta insan yang cintakan kepada-Nya juga..in shaa Allah.. ^_^



Wednesday, 16 January 2013

don't judge the book by it's cover 2

semalam aku berconversation dengan kawan aku..cakap pasal pekara yang agak hot tapi tak berapa lahh nak hot sangat..is about pekara yang sangat mengganggu aku sejak dulu lagi..

me : aku tak nak jadi orang berpengaruh atau baik dengan orang yang berpengaruh..nanti nama naik disuruhnya aku bertanggungjawab..means aku akan pegang lah salah satu jawatan..

hers : kalau setakat kau baik dengan orang yang berpengaruh tapi kalau kau tak cun..tak dapat jugak..

me : krik krik krik *tersentap*

owhhh..maknanyer kalau nak pegang jawatan atau dipandang tinggi kene jadi lawa lahh.. GO DIE!!!

kalau tak betul or tak benar aku tak kan cakap..tapi seriusly benda nie betul-betul pernah terjadi kat aku...dan aku sangat setuju hampir 90 % dengan apa yang kawan aku cakap tuhh..

don't judge the book by it's cover..




berbuih-buih or sampai naik meluat pun kalau sebut pepatah tuhh tapi tak ikut tak guna jugak..fake sangat sape yang masih percaya dengan pepatah tuh..aku bukan nak mansuhkan terus pepatah tuhh..tak semua yang percaya dan tak semua yang tak percaya...aku tahu ada sesetengah yang betul-betul menilai seseorang just bukan hanya luaran sahaja..masih ada yang masih menitikberatkan kemurnian dalaman seseorang..

tapi kalau kau nak beli buku..kau bace sinopsis kat luar buku jugak kan???dan untuk menarik kau nak pilih buku tuh sebelum bace sinopsis..kau tengok cover buku yang menarik kan??



so..just think about that...

masa sekolah rendah dulu..aku nie termasuk dalam kalangan orang-orang tak berapa nak lawa..aku nie jenis lambat matang..so selekeh tuh pekara biase..dan bila tibanya aku dimasukkan dalam salah satu kelab yang ada dan tiba-tiba tercalon top 3 jawatan tertinggi..pengerusi, setiausaha dan bendahari..macam biasa..undian ahli-ahli kelab sangat diperlukan untuk menentukan siapa paling layak untuk memegang jawatan-jawatan tersebut..aku lahh yang dapat undian paling sikit..n really know why...

pedih + sakit hati + terasa + teruk 

sebab tuh kebanyakkan pelajar yang wujud sekarang..sangat takut namanya dicalonkan..sebab takut macam nie lahh akan berlaku..aku just padang semua nie as a positive site..mungkin sekarang aku dipandang buruk..tapi aku akan buktikan..keyakinan diri yang ada dalam diri aku akan memusnahkan semua tanggapan orang terhadap insan-insan yang merendah-merendahkan aku...

so kepada sesiapa yang kat luar sana yang rasa rendah diri terhadap orang sekeliling..wake up guyss!!!it's now to bangkitkan dan bina keyakinan diri dan tunjukkan kau punyai kemampuan yang orang lain tiada tandingan...

dan mohonlahh..jangan padang dan menilai seseorang melalui luaran semata-mata..tak kenal maka tak cinta..aku lebih suka pepatah nie!!!

kami memang mulut puaka + longkang + tak ada insuran..tapi hati kami baik..kami just betulkan ape yang salah dan kami luahkan ape yang menimbulkan ketidak puasan hati kami..kami bukan melawan..kami hormat orang lebih tua sebab tuh kami rasa perlu untuk menetapkan pendirian kami..adakah kami mempunyai hak untuk bersuara???

yang tua dihormati dan yang muda disayangi..

listen!!listen!!listen!!

Tuesday, 15 January 2013

empati

yang susah semakin susah...yang senang semakin senang...

yang di atas menindas yang di bawah...

betapa berat mata memandang..
berat bahu mengalas bebannya..
belum sempat menitis ke pipi..
tangisan kering sendiri...
berkali tersungkur..
padanganmu kabur..
namun azam meneruskan hidup.
tak pernah luntur..

bila tengok orang yang susah..terdetik dihati..bagaimanakah kita kalau ditempat mereka???
bersyukurnya kita diberikan kesenangan di dunia..
ALHAMDULILLAH...

tapi sejauh mana kita menunjukkan kesyukuran kita???

tepuk dada tanya iman..

rase tak perlulahh nak beli pakaian or kasut or barangan or gadjet yang mahal dan nak menunjukkan bagai kononnyer kau seorang jer yang mampu pakai benda-benda alah tuh semua...aku tak cakap salah nak pakai yang mahal sebab yang mahal tak semestinya berkualiti..dah yang berkualiti tak semestinya mahal..cukup sekadar selesa untuk kegunaan kita.

adalah lebih baik kalau kau gunakan duit yang lebih-lebih tuh ke arah yang lebih berfaedah...kalau macam dah tak tahu nak buat ape..bagi kat aku pun tak per???heurheurheur..

lebih besar pahalanya kalau bagi bantuan kat orang yang lebih susah..serlahkan sifat empati dalam diri kita.. ^_^

~

ada yang pertikaikan..kau belajar tunggang terbalik sampai pengsan dan menggelupur..tapi result kau setakat tuh jer..tapi kau belajar alar kadar dengan jeling-jeling manja kat buku..tapi result gempak gila..kau tak hairan ker???tak pelik ker???

pekara yang kau perlu consider..

1. hubungan kita dengan yg Maha Esa..

2. hubungan kita dengan sesama manusia..

3. dosa-dosa yang lalu...

jangan risau..jangan kuatir..kalau kita dah usaha + tawakal + berdoa..in shaa Allah dengan pertolongan-Nya..Dia sentiasa merancang yang terbaik untuk hamba-Nya..so kalau kalau kita dah usaha dan hasil kita tak setimpal..jangan bersedih..mungkin kita tak perasan Dia dah bagi yang elok pada masa lalu atau Dia akan bagi yang lebih elok pada masa akan datang..

yang sesat semakin sesat...

semoga kita diampunkan dosa-dosa yang lalu..sesungguhnya kita manusia yang sentisa membuat silap..semoga hidup kami penuh dengan keberkatan-Nya..


Saturday, 12 January 2013

mulut tempayan boleh tutup..mulut manusia?

jenis-jenis mulut yang tak reti-reti nak jaga..aku rasa nak salotep!!nak stapler!!nak welding!!nak bekukan!!dah ada mulut tuh...mohon lahh peliharakan daripada berkata-kata yang baik-baik jerrr...orang yang mendengar nie terguris patah seribu sejuta malahan berbatu-batu tau...

emo.......emosi......tensiii....

aku ambik contoh yang paling mudah..baru-baru nie bersempena  dengan AJL2013 yang hangat berlangsungnyerr dan aku tengok live ok walaupun keesokkan harinya aku ada exam..aku nie bukan jenis skema sangat esok exam nak fokus sampai tak tengok fenomenan dunia sekarang..kalau tak tengok pun..twitter dan facebook semua pakat ringan tangan nak kongsikan kejadian secara langsung!!!wow..dunia globalisi yang sangat maju sekarang..

niee haa..spesis-spesis yang ringan mulut..kalau nak tengok tuh boleh tolong diam tak..kalau tak nak tengok mohon blah!!!

"euwwww...tengok Aaron Aziz angkat Adira...dah larr suami orang"

"dah kenape seksi sangat Stacy nie???"

"takutnyaa tengok Amy Search dan Hazama..gaya ape nie??lagu best dahh"

"yang nyanyi pegang cawan nescafe tuh pun boleh menang???"

"kenape lagu terukir di misai tuh boleh menang??mesti aizat yang bawak..kalau yuna bawak kalah dahh nie"

bla..bla..bla..pot..pet..pot..pet..

pastu yang paling sadis..

"aishhh..menyesal aku tengok..tak dapat ape-ape pon!!"

perhh!!kalau aku ada kat situ...dah kau gedik nak tengok sangat tuh kenape???dah tahu nak menyesal...kenape tak pergi masjid or pergi mengaji ker???

emo.......emosi......tensiii....

kenape manusia suka menkritik???sebab manusia sebenarnya cemburu..cemburu dengan kelebihan orang lain..betol tak???

setiap orang nak jadikan diri sebagai seorang yang terbaik..dan cuba untuk menjadi terbaik..sebab tuhh lahh dengan semulajadi manusia memang tak boleh nak lari daripada sikap suka menkritik antara satu sama lain..

kau rasa kau dah cukup terbaik ker???

tanggapan terhadap diri sendiri sangat-sangat lah penting...sebab kalau kau rasa kau hebat..maka hebatlah kau..same jugak dengan perasaan sayang..kau kene sayang diri kau dulu baru boleh sayang orang lain..dan sama jugak lahh dengan kemaafan..maaf terhadap diri sendiri dulu..baru boleh nak memaafkan orang lain..senang macam ABD dan 123 kan???

heyyy!!!aku 2 x 5 jerr..tengok orang pelik-pelik sket pastu mulalahh nak ushar panas..pastu dalam hati berbakul-bakul kutip dosa...bertaubatlahh ummi!!!

kritikan jugak mencipta persaingan..aku always terasa tercabar dengan orang sekeliling..nak-nak seseorang yang sering mendapat perhatian..aku nakkan perhatian jugak!!!aku bukan tak cukup kasih sayang..i just need someone that can understand me..seriusly!!!!

emo.......emosi......tensiii....

manusia boleh berubah jika diberikan peluang..namun tak semua peluang yang ada mampu memberikan keuntungan..=D

#yezzaa!!!dah habis exam final untuk semester pertama..tahniah korang set-set bachelor pendidikan sains rumahtangga kerana berjaya mengharungi halangan dan rintangan sem1 nie dengan jayanyer..take care dan in shaa Allah kalau dipanjangkan umur..terus fighting untuk sem-sem seterusnya...eclass from UMMI AFIQAH BINTI MOHD ZUKRI


muka-muka sebelum exam..cuaksss~~~

Wednesday, 9 January 2013

Aku ingin berubah ..tapi


mama aku kata..hidup jangan menyusahkan orang...

ok mom!!i get it.. ^_^

sorry kalau ader yang aku termenyusahkan...kalau ada yang tak suka dengan sikap aku..just let me know..in shaa Allah..aku akan perbaiki lagi ke arah yang lebih baik..i try to be the best one for myself..

aku ingin berubah..TAPI???

"Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Ar-Ra`d :11"

just nak share dengan video nie..sangat menyentuh jiwa dan hati ku..=)





kalau seseorang itu nak berubah..ramai yang pertikaikan..pedulikan kata orang..selagi niat kita ikhlas nak berubah..in shaa Allah dengan pertolongan-Nya...

so bila lagi nak berubah???

Tuesday, 8 January 2013

aku risau???

fuhhhhhhhhhhhh... *melepaskan nafas yang panjang*

alhamdulillah..5 paper exam final aku semua dah terbang tinggi tanpa sayapnya..now tinggal last paper hari jumaat nie...tak sabar nak ganyangkannyaaaa..almaklumlah...subjek last nie sedikit membuatkan aku gila kentang nak study..sebab terlalu banyak fakta nak difahami dan diingati..tapi aku masih berjimba-jimbi membazirkan masa gap 3 hari niee...hurmmmm..

pekara yang aku risau akan berlaku atau pekara yang aku risau sedang berlaku...

susah nak buat keputusan..tambahan pulak aku nie belum cukup matang nak buat keputusan..walaupun aku mencecah 20 tahun tapi bukan secara rasmi lagi..tapi angka 20 adalah hanya satu angka..tidak langsung mempengaruhi seseorang..melainkan dia mempunyai banyak pengalaman hidup..dan pengalaman dapat mempengaruhi cara seseorang itu berfikir..so apa nak ditakut dengan angka 20???aku pun tak sedar yang aku nie dah masuk 20 tahun..bukan aku 12 tahun lagi ker???heeee

aku tak kisah kalau aku yang suka kat seseorang tuh..tapi aku paling kisah kalau seseorang tuh suka kat aku...

bukan tak happy..atau bukan tak gembira..tapi ini adalah satu masalah bagi aku..ok fine!!aku jenis yang tak boleh nak tolak pelawaan orang..sebab aku nie jenis yang sangat kasihan kat orang..atau dengan kata lainnyerr...tersangat prihatin lah aku niee..aku tak sunggup nak tengok orang lain sedih sebab aku..dan aku tak tahu macam mane nak balas balik rasa suka tuh..sebab semua orang kata..kalau tak suka jangan bagi harapan..tapi kalau tak layan..kau tak rasa diri tuhh brenset sangat ker sebab buat orang macam tuh..mane nak tahu kalau orang tuh just nak kawan jer..

so aku pegang prinsip nie..selagi orang tuh belum berterus-terang yang dia suka kat seseorang tuh..why not kita layan dia macam kawan biasa????

aku suka menegangkan keadaan dalam situasi yang tegang..sorry my bad..aku kawan yang jahat kan???yang langsung tak boleh nak bagi komitmen sebagai seorang kawan..mana janji seorang kawan yang nak ada time susah senang..yang boleh mendengar masalah kita walaupun tak mampu nak menyelesaikannya...sesiapa yang dah hilang kepercayaan terhadap aku..korang boleh away dari aku..aku tak perlukan kawan yg cuba menjauhkan diri dari aku..

kau layan aku baik..aku layan kau baik..

sejenis spesis yang aku memang betul-betul rasa nak bom dan tikam-tikam sampai lumat..spesis yang mana kita senyum kat dia..dia boleh buat muka kat kita..seriusly aku tak paham..ape yang boleh memuaskan hati seseorang..can u just tell me true???ok fine!!kalau selama nie aku buat silap..dan sebab tuh dia tak suka aku...aku mintak maaf..tapi kalau hidup dalam komuniti dan seolah-olah aku nie just bayangan yang langsung kau buat-buat tak nampak..better hidup dalam gua plez!!!!

perempuan yang baik untuk lelaki yang baik..



tersangat lah setuju dengan statement di atas..tapi korang perlu ingat..tak semua lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan begitulah sebaliknya..mana nak tahu lelaki or perempuan yang baik tuh ditakdirkan untuk seseorang yang kurang baik bagi memperbaiki lagi kebaikan dia..kan pasangan hidup saling melengkapi???tak gitu???

kau tanya aku macam mane nak mengorat perempuan????

1. terima segala kelamahan dia..
2. faham dia macam mane kamu paham diri sendiri...
3. jangan terlalu mengongkong dia..
4. anggap dia sebagai seorang sahabat...
5. arhhh!!!mane nak tahu..aku bukan DR.CINTA!!!!

"Untunglah ada org sayang" - Ayat ni biasa kita dengar kan? Kenapa tak cakap
 bersyukurlah 
sebab Allah SWT sentiasa sayang kita, kan?

Saturday, 5 January 2013

aku dia dan blog

masa senggang antara brunch dan zohor..diisikan dengan aktiviti yang berfaedah sangat!!ape lagi??mengonline dan menghupdate blog..walaupun buzy dengan final exam for semester pertama..tapi blog jugak perlu diushar..macam scandal kita di luar sane..perlu sangat dijenguk.. *gediknyer banyak scandal*

owhh..before i forget..BRUCH is stand for BREAKFAST + LUNCH..biaselah sekarang..bahasa banyak dirosakkan dan dirojakkan..kalau lah abah aku tahu nie..mampus disuruhnyerr buka balik kamus dewan edisi keempat yg besar gedabak tuh...sorry yer abah..kita terpengaruh dengan manusia yang tak menghargai bahasa lingua franca..heee =3

today status : 5 of 365

hari nie dah masuk hari ke-5 tahun 2013..sekejap jer kan..pejam celik then kelip-kelip sket mata tuhh dah hari ke-5...masa ibarat pedang..kalau kita tak memotong dia..dia akan memotong kita.. *pepatah arab*..nothing change..as usual hari-hari makan tidor makan tidor..tapi kali nie tambahan sket..study sampai pengsan..sampai tak tahu aku nie berada di alam realiti atau hanya fantasi..

cukuplahh..back to the point..aku nak cakap pasal orang2 sekeliling aku..seriusly perlu cakap!!!




yang dikejar tak dapat..yang dikendong berciciran..always happen to me..why arhh??aku tak pernah menghargai orang yang sayang aku ker???

sebab tuh lahh aku takut nak rapat dengan seseorang..aku takut aku TERSUKA...bagus sangat bagi yang menjauhkan diri dari aku..aku betul-betul nak cakap terima kasih..terima kasih sebab buat aku sedar yg aku memang tak sesuai dengan kau..jadi aku takklahh nak berharap lagi..=)

bukan tak boleh nak jadi kawan baik atau best friend forever..tapi hati manusia setakat mana boleh diduga..kalau dah suka tak boleh nak nafikan..dan kalau tak suka tak boleh nak dipaksa..heyy!!pompuan dan lelaki nie ader magnet yang sangat kuat tau..bangang sangat kalau tak tertarik dengan seseorang yg cuba rapat dengan kita..

so kepada kawan-kawan yg rapat dengan aku..then suatu hari nanti aku cuba jauhkan diri dari kau..maknanyerr something happen to me yg aku nak kau cari seseorang yg better dari aku..tapi in shaa Allah..hati aku telah ditetapkan untuk menjadi forever alone setakat nie..selagi matlamat aku belum terlaksana..setakat tuh aku takkan cari pasangan hidup.. *ok ayat macam frust*

dan kalau kau dah mula bercouple atau have someone special dalam dalam hati kau..aku janji aku takkan sekali kacau hidup kau..pendirian aku tetap..aku takkan!!!walaupun "don't ever give up" merupakan salah satu pegangan aku..tapi aku cukup sedar..tak baik merosakkan hubungan orang..so kepada pasangan-pasangan couple kat luar sane..tolonglahh paham..tak ader orang cuba nak rosakkan hubungan korang...kecuali dia memang gila!!!

yaaa..sape kate tak jeles kalau tengok orang ader pakwe/makwe..jeles amat sangat sungguh..tapi nak buat mcam mane..diri tak laku..tak hot..tak retis..tak lawa..tak tak tak dan tak..

aku, dia dan blog...kadang-kadang kita pun pelik kenape kita boleh suka kat seseorang walaupun tak pernah jumpa dan tak pernah bersemuka..just bace blog boleh buat kita jatuh hati...ini aku lahhh..tak pada orang lain..tapi yang paling ketara aku suka lelaki yg kreatif dan pandai bermain dengan kata-kata..atau dengan tepat lagi ROMANTIKA..=D *sape dia tuhhh????*

orang yang kita tak jangka akan rapat..dan akhirnya akan rapat..wow!!kredit to my senior atau fasilitator time orientasi..dia adalah orang yang paling aku takut sebab teserlah dengan dia punyer serius dan garangnyerr...sampai kalau boleh dialah orang yg paling aku nak avoid..tapi sekarang bila dah kenal..tak ader lahh garang sangat..thanks to me yg beranikan diri bersapa dengan senior..heeee..dialah senior yg asyik bahasakan diri dengan "abang"..agak pelik..tapi aku hormat dia sebagai orang yg lebih tua...aku junior yg sangat friendly kan??hewhewhewhew

dalam kepala just fikirkan 3 paper yang belum lagi diganyangkan...aishh..study hingga ke titisan dakwat pen terakhir..then pastu cuti cuti cuti..heaven!!aku habis final exam 11/1..can't wait for that..=D

Wednesday, 2 January 2013

introduction of 2013

grrrrr!!!aku ketinggalan sehari..terlewat sehari..terlambat sehari..tertak sempat sehari..terdok dang sehari..

tapi it's okey..it's orite..this is my first post on 2013...=)

HAPPY NEW YEAR 2013



hai 2013...
harap kau boleh menjadikan aku lebih baik daripada tahun-tahun yang lepas...
harap kau dapat menciptakan berbanyak-banyak memori lagi...
harap kau dapat mengajar erti kehidupan yang sebenar...
so please be nice to me..

my first picture on 2013..meje study kami..=)


#post kali nie pendek jer..sebab memories of 2012 bakal menyusul..otak tengah blank sebab dah masuk minggu exam..wish me luck for the final..=D