Friday, 15 February 2013

alhamdulillah..result semester 1 =')

*dengar instrumental*

sedih kan???

tak tak tak..aku tak sedih..cuma aku sedang menangis..yer!!menangis dalam kegembiraan..

15/2/2013...tarikh yang cukup buat aku terketar-ketar..cukup buang aku gelisah..cukup buat nafas aku tersekat-sekat...cukup buat aku nak meyorok di tempat yang sangat terasing..cukup cukup sudah..

it's time now

bukak smp.upm > masukkan kata laluan > pergi kat my daftar > klik keputusan peperiksaan > mata berkelip-kelip > kelip lagi > tersenyum > air mata terkeluar > update kat twitter > update kat FB > jawap pertanyaan orang

boring..boring..boring..

sibuk jer nak tahu result orang kan???hehehe..disebabkan aku malas giler nak jawap..so aku upload gambar kat korang...


klik kat gambar kalau nak nampak lebih jelas,, =)

alhamdulillah..aku bersyukur ke hadrat Ilahi kerana telah menghasilkan usaha aku selama ini..Ya Allah..terima kasih Ya Allah..walaupun ini baru hanya permulaan..cukup bagi aku untuk rise me up more and more again..thank you Allah..

terima kasih to my parents, my big brothers, my lecturers and my friends..terima kasih terima kasih terima kasih tak terhingga korang semua..=')

aku tak kisah..korang nak kata or nak kutuk or nak mengata or berbisik..kos aku nie senang macam kacang ker..kos aku nie easy like peanut ker..macam gampang ker..what ever!!!

menuntut ilmu ada susah..ada senangnya..kalau semua senang..semua boleh jadi doktor..semua boleh jadi engineer..semua boleh jadi cikgu..habis tuh sape nak jadi kerani???sape nak jadi tukang sapu sampah??aku bukan mengutuk profession yang rendah-rendah..sedarlah!!kerja yang ikhlas dan hanya untuk mendapat keredaan-Nya lebih mulia tau tak!!!

*tetiba emosi..abaikan*

bagi yang tidak berpuas hati dengan result korang..sabar..sesungguhnya sabar itu indah..mungkin DIA tak bagi time nie..mungkin DIA akan bagi pada masa akan datang..

"relex der..aku pun pernah gagal dulu"

"alah..gagal nie lah yang membangkit aku untuk terus maju..yes!!maju ke hadapan"

"kalau kau asyik berjaya jer nanti kau lupa diri"

"don't ever ever ever give up"

"gagal bukan penghalang untuk terus berjaya"

aku hadapi semester 1 walaupun perit keseorangan..in shaa Allah..buat aku lebih kuat nak hadapi semester 2.. ^_^

Wednesday, 13 February 2013

dulu dan kini

dulu...

aku ada kawan tapi macam tak der...

kini...

aku ada kawan-kawan yang bergelar sahabat walaupun ada sesetengah yang yang yang berlagak nak mampus!!lantak korang lah~~~~

dulu...

aku suka cakap "nak lari dalam gua"

kini...

semua tuh kenangan aku terhadap seseorang..even i don't know ape yang terjadi kat dia sekarang..adakah kami masih kawan macam dulu???

dulu...

aku kalau suka kat seseorang tuh..aku takkan give up kat dia..tak kan pernah!!

kini...

aku sedar who i'm to you..aku patut sedar dah lama dulu..yes!!lama dulu..

dulu...

aku jenis kurang penyabar..sikit-sikit nak marah..emo terlebih lahh kot..

kini...

satu persatu bad things happen to me..dan aku masih bisa tersenyum kok..=)

dulu...

aku suka hentam orang..maki sini..maki sana..kutuk there..

kini...

aku semakin pendiam..seriusly..aku banyakkan pendam pekara yang aku tak puas hati..

dulu...

aku cepat down..orang kutuk sket dah patah seribu aku dibuatnyer..

kini...

peduli hape orang nak kate ape-ape kat aku...selagi kau masih ada mulut..cakap lahh selagi tak penat..aku dapat pahala lagi tauuu...

dulu...

aku rasa tercabar dan terasing dengan orang yang lebih serba serbi daripada aku...

kini...

aku yakin aku juga mampu saingi mereka yang lebih serbi tuh..tak gitu mak jahh??

dulu...

aku susah nak percaya kat orang sembarangan..

kini...

i try my best to believe others..so i can make respect to them.. *not proper english i guess*

dulu...

aku disisihkan sebab tak berape pandai..

kini...

aku belajar bagai nak rak..bukan untuk mendapat pujian..but to my future dan mengenal Tuhan.. *ok rojak!*

dulu..

aku dikutuk...dihina..dicaci..dek kerana diriku tak berape lawa..tak berapa cantik..gelap mata memandang..

kini..

i have totally chance..bukan kerana produk yang mahal-mahal..not fair and lovely..not even SK-II...tapi kepercayaan dan keyakinan tentang kecantikkan diri..

dulu...

aku dibuli..

kini...

aku membuli...

dulu...

aku menangis...

kini...

aku membuat orang menangis..erh!!!silap..silap..aku tersenyum dan gembira dalam tangisan..hehehe

#terima kasih sahabat..=D


Monday, 11 February 2013

what??

I'm tired of this FEELING! 


ku pergi sendiri...
dan takkan kembali...
maafkan segala perbuatanku kepadamu...
ku pergi sendiri...
dan takkan kembali...
teman aku buat kali terakhir..
aku akan JATUH! 

*kitar semula*


lupakan semua??
how??
macam mane??
adakah sesenang 123 dan ABC??



semua manusia nak nampak perfect...
sempurna..
sempurna di mata semua orang...
tapi hakikatnya..
nobody perfect!!


hadapi dengan tenang..
hadapi dengan cool..
hadapi dengan tabah...
hadapi dengan penuh harapan..

*hipokkrit*

Friday, 8 February 2013

DIA ada

"aku rasa kat dunia nie tak der orang paham aku lah"

"kenape kau cakap macam tuh???"

"hentah..semua macam menjauhkan diri dari aku..macam tak ader orang nak kawan dengan aku"

"kau jer yang yang rasa macam tuh..sebenarnya ramai jer orang kat sekeliling kau yang ambik berat pasal kau"

"i don't think so"

"why??"

"sepatutnya as a friend always kene ada time aku susah dan senang lah kan???"

"sepatutnya kau kene paham..tak semua orang free dua puluh empat jam nak tahu pasal kita..i know it's hard nak cari yang betul-betul paham kita"

"so???"

"kau kene ingat DIA yang selalu ada untuk kita..yes!!DIA yang selalu memerhatikan kita..memahami segala apa yang kita rasa..even susah kau nak bagitau ape yang kau rasa sekarang..DIA sentiasa paham"

*air mata mengalir*

"aku rasa aku dah penat..aku dah jatuh..tak ader orang yang yang sudi hulurkan tangan bangkitkan aku untuk bangun"

"kau lupa lagi"

"lupa apa???"

"kau ada DIA..DIA yang selalu bantu kau semasa kau susah..DIA yang selalu dengar keluhan kau..tapi kita nie tak pernah bersyukur..yer!!bersyukur dengan nikmat yang DIA bagi..jangan jadi sombong kawan"

"tapi kenape aku tak selalu dapat ape yang aku nak???ape yang aku impikan??"

*mengeluh yang kesekian kalinya*

"perancangan DIA sangat sempurna..samada kita sedar atau tidak..dia tak kan bagi ape yang tidak baik untuk kita..mungkin bukan masa lagi kau dapat apa yang kau nak dan impikan sangat tuh..mungkin di kemudian hari.."

"tapi aku cepat sangat down..tambah-tambah kalau something yang buruk berlaku..i cannot accept this!!"

"kau tak percaya Qadaq dan Qadar DIA ker???sejauh mana kau cuba lari dari realiti dan hidup penuh dengan penipuan???"

"bukan tak percaya tapi....."

*diam*

"aku paham..susah bagi kau nak terima sebab aku tak rasa ape yang kau rasa sekarang...tapi kau mesti ingat..dunia nie hanya sementara..kau menangis air mata darah pun tak kan dapat ubah masa lepas kau..so!!you just looking forward..ambik iktibar dari masa lepas"

"eleh..kau cakap senang..sebab yang tanggungnya aku"

"aku tahu semua orang akan cakap benda yang sama..semua orang boleh menitipkan bibir untuk menyusun kata-kata tuh semua..tapi aku sebagai kawan berhak memperingati ape-ape yang aku tahu"

"tapi kenape mulut manusia sentiasa pot pet pot pet..betul or salah pun kene kondem jer..bila nak berhenti??"

"selagi mulut tak penat bercakap..selagi tuh tak kan diam..kecuali kau tanam kepala diorang dalam tanah..hahahahaha"

*gelak bersama*

*sejenak kemudian senyap kembali*

"kau tahu..dalam hidup aku banyak episod sedih berlaku..aku menangis sampai dah kering air mata aku..aku hampir-hampir tak tahu ape itu makna kesedihan"

"kau seorang yang tabah kawan"

"aku tabah??kenape??"

"tak salah nak menangis...tapi jangan terlalu mengemosikan diri tuh dengan menangis jer..kita berhak bergembira jugak..walaupun Allah swt melarang kita bergembira secara berlebihan..kita ada cara yang betul nak bergembira..menangis nie bagus tau!! boleh cuci mata"

*tersenyum*

*memerhati langit..banyak bintang..subhanaallah..hebatnya ciptaan-Mu* =')

Tuesday, 5 February 2013

up and down

kadang-kadang kita rasa kita kuat..
tapi sebenarnya tidak..

kadang-kadang kita rasa kita mampu...
tapi sebenarnya tidak..

kadang-kadang kita tak mungkin mengalah..
tapi sebenarnya tidak..

kadang-kadang kita rasa kita ok..
tapi sebenarnya tidak..

ape lagi????

"Dear Allah, Please come hold my heart. I can't take the pain anymore."

"It's painful when you are rejected by your friends. Allah is better than a friend. He will never reject you!"

"Oh Allah, help us to hold fast to our faith in you. Give us the strength not to give up under pressure."

"Allah knows our situation, trust Him and pray to Him."

"Allah's decisions are 100% correct, though we don't understand at that moment. Keep trusting Him, He will bring the best for you."

"Allah is always up to something even when you feel like you're down to nothing."

"When you're alone, Allah's there. When you're faithless, Allah's faithful. When you're down, Allah lifts you up."

"If you think that no one is listening to you, just remember that there is someone up who is willing to listen to you anytime."

"Never think you are ugly or fat or anything.. Allah created you the way you are for a reason, and Allah doesn't make mistakes."

"I don't know everything, but I do know this: "without Allah I am nothing"."

"Allah will never give you something you can't handle, it's all part of his plan for you."

"Almighty Allah hears what is not spoken and understands what is not explained."


Ya Allah..kuatkan hati ini..tabahkan hati ini..cekalkan hati ini..='(

Saturday, 2 February 2013

perempuan yang menarik

memandangkan blog post yang lepas mendapat sambutan yang agak hangat..bukan hangat-hangat taip ayam..tapi warm..panas-panas suam..ok merapu!!

seperti yang aku janjikan..aku akan post kali nie berkaitan perempuan..

yes!!!perempuan menarik pada pandangan lelaki..

1. sifat dan tingkah laku yang lembut

is not lembut macam agar-agar or sotong..tetapi merupakan sifat semulajadi yang ada pada seseorang perempuan...kalau korang nak tahu..sifat perempuan yang lemah lembut adalah ciri utama perempuan idaman lelaki..

sebenarnya kesopanan dan kelembutan seseorang perempuan itu bergantung kepada sifatnya sendiri dan juga persekitarannya..sebab itu sejak dari kecil lagi kanak-kanak perempuan suka bermain dengan anak patung, main masak-masak dan sebagainya..

walaupun ada sesetengah yang bermain permainan kanak-kanak lelaki tetapi sifat kelembutan seorang perempuan jelas kelihatan apabila semakin membesar..

kelembutan seorang perempuan dinilaikan berdasarkan lenggok jalannya, sopan langkahnya, pandai menyusun kata dan pekerti yang baik..

cara seorang perempuan menjaga tingkah laku adalah sangat penting...keamanan pada hati lelaki menjadi kayu pengukur sama ada perempuan itu mempunyai sifat yang lemah lembut ataupun tidak..

"sekeras mana pun perempuan ada jugak lembutnya..cuma korang jer yang tak perasan..is better just be yourself..^_^"

2. sifat kebudakan

haaa???jadi budak-budak..kene jadi budak comot atau berhingus ker??tak...tak..tak sama sekali..

apa yang dimaksudkan dengan sifat kebudakan adalah apabila seseorang memiliki ciri manja dan suka dibelai dan diberikan perhatian seperti budak kecil..disebabkan perempuan mempunyai hormon estrogen, kebanyakkan perempuan mempunyai suara seakan kanak-kanak dan suara sedemikian sangat disukai oleh lelaki..

sesetengah lelaki akan merasa tenang apabila bercakap dengan perempuan yang mempunyai unsur sifat kebudakan...dan juga lelaki akan lebih cenderung bercakap dalam jangka masa yang lama dengan mereka...

tetapi mesti ingat!!!lelaki akan mudah merasa rimas jika sifat kebudakan ini terlalu berlebihan..jangan lah terlalu over-over atau gedik-gedik..jangan katakan lelaki..kami yang perempuan nie pun fedup tengok minah-minah yang gedik tak tentu pasal nie ..hihihihi 

"jadilah perempuan bersifat kebudakan yang matang"

3. manja

"kau mengajarku dalam kemanjaan sehingga aku sayang, aku cinta dan aku rindu pada dunia kerana kau"

kenape perempuan menjadi manja???

sebenarnya lelaki mempunyai sifat semulajadi melindungi dan sifat semulajadi perempuan hendak dilindungi...apabila seorang perempuan bermanja dengan seorang lelaki, maka dia sedang membuka fungsi lelaki itu untuk melindungi dan lelaki itu akan merasa dirinya sangat dihargai...

perempaun suka sangat merajuk dan apabila diorang merajuk of course lah kene pujuk kan..namun!!lelaki tak suka perempuan merajuk berlebihan..memadailah merajuk dengan sebab yang asas dan jangan pula jadi mengada-ngada sehingga lelaki pun naik meyampah..

nasihat aku kat lelaki "jangan dilayan sangat kalau perempuan merajuk..nanti kitorang naik tocang!!!hewhewhewhew"

4. sifat keibuan dan penyayang

"cinta umpama sebuah perlabuhan"

seperti kapal yang bertarung di laut dengan ombak ganas sepanjang hari...kapal perlukan perlabuhan untuk berlabuh...tetapi kapal tidak dibina untuk diletakkan sahaja diperlabuhan...kapal tugasnya di laut...hanya pulang ke perlabuhan tatkala bekal makanan sudah habis ataupun memperbaiki kapal dan jaring...

korang paham tak maksud di atas nie..hurmmm...camne nak terang arhh???ok camnie..seorang suami yang bertungkus lumus kerja siang malam dan apabila pulang ke rumah..dia nak dibelai dan disayangi oleh seorang isteri..

suami ibarat kapal...perlabuhan ibarat isteri...saling memerlukan antara satu sama lain..

lelaki memerlukan seorang perempuan yang memiliki ciri keibuan dan penyayang..sebab itu seorang anak lelaki lebih rapat dengan ibu mereka..betul tak???

" kita tidak menjadi perempuan yang benar-benar baik sehingga kita tidak ingin menjadi ibu yang baik"

#cukuplah sekadar 4 sahaja...kalau tak cukup..korang to4 lah peribadi sendiri supaya menjadi yang lebih baik...again from deep of my heart..i'm sorry kalau ada pihak yang tak puas hati atau terasa dengan post kali nie..ciplak idea dari buku lagi..ayat sendiri ok!!harap dapat membantu serba sedikit untuk memotivasikan diri.. =D