Wednesday, 29 May 2013

Broga Kami Tawan

Bukit broga atau Brogahill..suatu tempat yang sering kami sebutkan hampir beratus-ratus kali..tengok! betape keinginan kami begitu tahap memuncak sepuncak bukit broga untuk menakhlukinya..

waahhh! wahhh! wahhh! ayat tak menahan..

finally..salah satu mimpi jadi kenyataan kan? terharu tak? tacing tak? nak menangis tak? nak meroyan tak?

hahahahahahahaha..kbai

24 MEI 2013 tarikh yang cukup strategik planning kami untuk mendaki bukit tersebut..bersempena pulak dengan cuti wesak..memang kene!sangat kena!termemang kena!

owhh..kami pergi bukan under sesape..nie just pergi memang betul betul betul ikot kepala sendiri..dengan disertai oleh DAUS + YUS + NAIM + ZATIE + DIBA + AlYA + INTAN + AKU..kami pergi dengan semua tidak dirancang dengan teliti dan telus tapi berakhir dengan kepuasan yang sangat puas..YES PUAS!! seperti keinginan untuk mendaki lagi semakin menggian..hewhewhew

kami bertolak dari kolej dalam pukul 11 malam lebih dan hampir ke 12 pagi kot..by the way seharian aku full of activities ok! aku keluar ker times square dengan bebudak niee semata-mata nak tengok FAST AND FURIOUS 6..alang-alang tuh aku nak ambik kesempatan lahh nieee..

cite tuh memang GILA GEMPAK AWESOME! terima kasih sebab sudi luangkan masa dan membazirkan duet nonton ini citee yukkk! hahahaha..




dan dan dan lepas balik dari TS aku berkejaran untuk ke meeting KOKU batik cating aku tuh lahh..dengan termengah-mengah aku cekalkan hati rembat moto si DAUS tuh merempit ke pusat KOKU..demi markah koku aku..demi untuk dapatkan A..dan demi masa depan..masa depan sangat lah kan! hewhewhew

ok back to the basic...

lepas kami bertolak daripada kolej kami singgah sebentar di DOWNTOWN Kajang..then lepas tuh ushar-ushar lahh mana yang patut dan mana yang tak patut..hehehe

memandangkan masih terlalu awal untuk bertolak ke tempat yang dituju..kami lepak di kedai mamak perkena air kaw kaw kaw..almaklumlah nak berjaga mata niee haaa nak panjat pepagi buta tuhh disamping nak mencari tenaga sekali..lepak punyer lepak dalam pukul 3 pagi lebih kami bertolak ke Semenyih di mana terletak Bukit Broga tuh...

so dengan dimulakan dengan bacaan doa dari si YUS is barang baik tuh..kami dengan bersemangat memanjat bukit broga dengan rakusnya..walaupun dalam perjalanan ada sedikit masalah yang timbul dengan si DIBA tuhh macam dah mabuk laut..kami tetap tidak berputus asa..ayat skemanyer..=-=

finally! alhamdulillah..pucak bukit broga berjaya kami tawan..='D

dengan memerhati keadaan sekeliling aku seperti tidak boleh berkata-kata..subhanallah..indahnya ciptaan-Nya..

aku mencari port paling awesome..atas batu..duduk sengsorang..dengan lagu SEMANGAT YANG HILANG..meresap terus ke dalam diri..aku perlukan semangat itu untuk terus dan terus bangkit..=')

sempat menyaksikan kaum adam solat subuh berjemaah dan aku sendiri solat subuh di puncak bukit broga..menunjukkan kami niee hanya hamba yang sangat kerdil..sangat lemah..dan sangat bersyukur diberikan nikmat dalam hidup ini..

lepas tuh dalam lingkungan pukul 7 pagi..kami bergerak turun daripada puncak bukit broga dan pemandangan sekeliling apabila sudah cerah sangat sangat sangat AWESOME! 

dan selepas semua dah penat lelah memanjat dan turun balik dengan selamatnya..kami puaskan diri dengan berkelah di SUNGAI TEKALA..Ya Allah kalau dapat mandi sungai niee hari-hari..alangkah indah rase hidup..hewhewhewhew..ok!propa semata..

terima kasih tak terhingga kat korang sebab sudi luangkan masa bersama ke tempat-tempat sebegitu..aku sayang korang! ='D

#harap lepas niee dapat panjat lagi bukit or gunung-ganang yang lain..mohon jangan hampakan harapan aku! hahahaha





















































Thursday, 23 May 2013

cukup!

pukul 1.45 pagi..
mata masih belum bisa dilelapkan...
hati bergelora..
jiwa memberontak..
menafikan realiti...
hidup dalam fantasi...
tapi sampai bila???
sampai bila???

sampai kau boleh puaskan hati semua orang disekeliling kau..
sampai kau boleh tengok semua orang tersenyum..
sampai kau boleh gelak sepanjang hari walaupun tak tahu ape motif sebenarnya...

cukup..
cukup..
cukup..

bila diingatkan balik..
ape tujuan kau hidup???
ape sebenarnya erti kehidupan???
ape yang kita mahukan dalam kehidupan???

persoalan demi persoalan yang timbul..

sedih..
sedih dengan perubahan sikap diri..
diri ini semakin jauh..
diri ini semakin liar..
diri ini semakin menipu dengan diri sendiri..
diri ini yang dibawa dari hari ke hari..
diri ini yang masih bernyawa..

Ya Allah..kau ampunilah segala dosa-dosaku..
dosa kedua ibu-bapaku..
dosa keluargaku...
dosa guru-guruku..
dosa kawan-kawanku..
dosa orang-orang yang beriman mahupun di dunia dan di akhirat...

kau berikanlah kekuatan dan kesabaran kepada ku untuk menghadapi hidup ini..
kau berikan hidayah dan petunjuk-Mu..
kau permudahkan segala yang susah bagiku..
sesungguhnya aku hanya hamba-Mu yang lemah..

doa yang hampir setiap hari meniti di bibir..
tetapi masih rase kosong???

Sometimes the best prayers are the ones not answered. Allah knows better what is good for us.

Trusting Allah completely means having faith that He knows what is best for your life.

Allah is never blind to your tears, never deaf to your prayers and never silent to your pain and He's never too Far.

If Allah doesn't give you what you want, it isn't what you need.

Allah understands. Stop over thinking and talk to Him.

Allah has a reason for everything.




Saturday, 18 May 2013

16 MEI 2013

so sooryy aku terlewat dua hari untuk update pasal nie!!!

"it's better late than never"

first of all aku nak cakap..

SELAMAT HARI GURU kat semua insan-insan yang bergelar pendidik di atas muka bumi ini..tak kira di mana anda berada sekarang..dan specially kat semua guru-guru yang pernah mengajar aku dari ABC 123 hingga aku pandai merangka sebuah penulisan, dari kecik sampai besar gedabak macam nieee dan dari tadika hingga ke Universiti..

TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK..JASAMU DIKENANG SAMPAI BILA-BILA..

wish niee jugak tak lupa kepada orang yang paling terpenting dalam hidup aku..my abah "ENCIK MOHD ZUKRI BIN NASIR" dan my mama "PUAN ZALEHA BINTI HAMZAH" kerana telah mendidik anakmu ini hingga menjadi insan yang sebegini rupa..alhamdulillah dan terima kasih banyak-banyak..='D

dan dan dan dan tak lupa kat abang aku yang turut bergelar seorang guru sekarang "MOHD SHAIRAZI"..langkahmu itu akan terus aku susuli untuk menjadi seorang pendidik yang berjaya di dunia dan akhirat..

sekali termasuk budak-budak coursemate aku..BAC PENDIDIKAN SAINS RUMAH TANGGA dan bakal-bakal guru di Malaysia..semoga kalian semua dapat memberikan perkhidmatan dengan penuh ikhlas..mesti tak sabar nak dihujani wish "SELAMAT HARI GURU" kan??? =')

> PASTI AL-IMAN
> SEKOLAH KEBANGSAAN SIMPANG RAWAI
> SEKOLAH KEBANGSAAN PAYA RESAK 
> SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT PAYONG
> SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT SAWA
> SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA DURIAN GULING
> PLKN KEM LATIHAN CHENEH CEMERLANG
> KOLEJ MATRIKULASI KEDAH
> UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

tidak aku lupa 1001 kenangan berhadapan dengan warga pendidik untuk sampai ke tahap ini..='D


me at sekolah menengah =')

aku kah nie??sekolah rendah >>> UPM








Saturday, 11 May 2013

ape yang kau tahu pasal erti kawan???

cehhh..bapak panjang tajuk..hurmmmm.. *fikir dan terus fikir*

ape yang korang boleh bezakan antara kawan, rakan, sahabat or BFF (best friend forever)????

si ALI : ehh dia kawan aku..
si ABU : kita kan kawan...
si BAKAR : aku kawan kau..

hai si ALI, ABU, BAKAR..ape yang korang tahu sangat pasal kawan niee???setakat meniti dibibir cakap kau kau kau awak awak awak kamu kamu kamu kawan saya!

kita semua ada kawan kat dunia niee kan??hah??tak ader..PENTIPU lahh..Allah swt pun menciptakan makhluknya berpasangan-pasangan..inikan pula kalau tak ada kawan..PENTIPU! PENTIPU! PENTIPU!

"we are not forever alone"

kita sekarang sedang menghidup udara yang sama..berpijak di bumi yang sama..melihat bulan dan bintang yang sama..tapi kenape kawan yang kita ada tak sama??kenape??kenape??kenape??

sebab Allah menciptakan manusia niee UNIK..repeat it again..UNIK..setiap orang ada perbezaan..ce try test tengok jari-jari kat tangan tuhhhh..lain kan??kalau sama camno korang nak makan nasi..heeeeee..tak tak tak..perbezaan niee sebenarnya untuk melengkapkan antara sama lain..UNIK kan?? =')

alahh..kalau semua orang kat dunia niee same..BORING LAH!

tapi janganlahh boring menghirup udara yang sama..berpijak di bumi yang sama..atau melihat bulan dan bintang yang sama..jangan! jangan! tuh macam nak pergi ke alam yang lain pulak..hewhewhew

ok back to tajuk asal..ape hentah aku merapu kat atas-atas niee..

kawan niee ada banyak jenis..ada jenis baik..ada jenis ala-ala baik..ada jenis tak berape baik..sopannyaa ayat aku..nak pakai "kawan jahat" macam kejam pulak..heeeee

KAWAN BAIK

aku pun tak tahu macam mane nak ukurnyaa baiknyer seorang kawan..pakai pembaris 10 cm dan pengukur jalan belum tentu dapat ukur..hehehe..bagi aku..cukuplahh kawan yang baik adalah seorang kawan yang memahami diri kita dan menghormati antara satu sama lain..baik lahh tuh kan???ker tak cukup?? atau kawan yang baik kene belanja makan seminggu sekali???hahaha..NO NO NO..kalau kau paham erti istilah seorang kawan..in shaa Allah kau boleh jadi seorang kawan yang baik..tak gittew???

KAWAN ALA-ALA BAIK

ape ape ape ala-ala nieee???serabut pulak aku muncul perkataan ala-ala niee..spoil jer nak labelkan seorang kawan..eh eh eh..salahkan perkataan pulak..hehehehe..macam niee lahh..ala-ala aku agak niee jenis atas pagar..kejap baik..kejap tak baik..bukan jahat ok! hahaha..mungkin dia niee seorang kawan yang baik di depan dan mungkin tak berape baik dibelakang..haaa senang macam niee lahh..jadi HIPOKRIT..kat depan niee kemain..puji memuji kembang semangkuk..belakang???tikam tikam sampai mati..hahaahahaha

KAWAN TAK BERAPE BAIK

hentah kenape aku tak nak pakai JAHAT tuh..rase macam sadis..takut lahh..takut nanti terasa macam aku tuju kat dia pulak..pastu tacing merajuk masuk gua terjun gaung..NO NO NO..jangan bunuh diri lagi..bace sampai habis dulu..hewhewhew..jenis yang macam nie???rasenyer tak perlu aku huraikan kot..kalau hurai macam karangan time SPM baru tau..mau meleleh air liur korang bace..MAMPU??hahahahaha

ok pendapat aku lahhh...kawan yang tak berape baik niee jenis memang dahh nampak kurang baiknyerr kat depan-depan..tapi korang masih panggil dia kawan kan??howw soo sweettttt...=')

so amaran keras dari aku..jaga kawan korang tuh..belai dia..mandikan dia..usap dia..heyyy! ingat kawan aku kucing ker???ehh! kucing tuh kawan jugak kan!

ada otak kan??ada mata kan??ada internet kan??ada bumi golek-golek kan??dahh besar panjang kan??dahh tahu yang mana betul dan salah??dahh tahu yang baik dan buruk kan??
*ekceli ape kaitan internet tuh*

selagi korang dikelilingi insan yang bergelar kawan..hargai lahh dia sebelum terlambat!indahnyaa jika kita dapat mengumpul berjuta-juta kawan..tak gittew???heeeee..no no no..jangan terlalu memilih kawan..PADAH MENANTI..ok boikot orang yang pilih-pilih kawan niee..biar dia forever alone!padan muka..

untuk kawan2 aku..AKU SAYANG KORANG DARI ULU HATI SAMPAI IBU JARI KAKI PATAH BALIK KE HUJUNG RAMBUT! ='D




Sunday, 5 May 2013

konon sibuk..hehehehe

masa sungguh cepat berlalu..banyak benda baru yang aku pelajari..dari 123 ke ABC sampai aku pandai mambace dan mengira..konon buzy lahh kannn..padahal boleh jerr berfoya-foya berjimba-jimbi habiskan duet dan masa..mohon sedar dan bertaubat dengan kadar yang segera...

1. ping pong intercollage

sejak biler hentah aku minat main ping pong nie??tak silap aku..aku never ever main ping pong..major aku HOKI..minor aku FUTSAL, BOLA TAMPAR, BADMINTON, etc..tapi dalam list sukan yang aku pernah main tak pernah ada ping pong..tapi kan..best perhhhhh main ping pong niee..benda baru yang cuba ditanam dalam diri..even kalah tapi aku tersangat sangat enjoy..terima kasih kat semua yang sudi mengajar walaupun aku nieee payah nak ikut ajaran orang...=)



2. dinner collage as stage manager

event yang paling gempak berlaku kat kolej dengan berbagai-bagai masalah yang timbul..konflik sana sini..huuu haaaa atas bawah..sampai kepala punnn dah rotate 360 darjah..hehehehehe..

ape yang best???

bekerja di bawah unit protokol sedikit giler kentang...then kene pulak jadi stage manager..pertama kali woiitt..sape tak ketaq...sape takk cuak..tapi aku just ambik tugasan nieee as cabaran kat aku..pengalaman akan mematangkan seseorang..tak gituuu????huh! walaupun aku rase tak derr lahh berat sangat tugas aku niee..tapi boleh lahh nampak kesibukkan aku..sampai hentah berape kelas aku teskip kes terlajak TIDOR!!mai gad..mai gad...percaturan hidup sem 2 niee agak hancur...sorry mama..maaf abah..anakmu ini telah melakukan kesalahan tanpa sedar..='(




3. assignment HUBUNGAN ETNIK

Ya Allah..niee lagi satu..aku tak hantar-hantar lagi...ape nakk jadi niee??bilaa nak siapkan nieee???sungguh terasa diri ini malas yang teramat sangat...dahh lepas due date..tapi aku still tak hantar..tapi kan..assignment niee lambat sehari potong 1 markah..dua-dua pulak 5 markah..jadi total dia 10 markah..i guess dahh lebih 10 hari..so aku nak dapat berape???grrrr! pedulikan..aku akan tetap hantar walau berape pun markah bakal dapat...mohon aku siapkan ASAP!!

4. lawatan KEMAHIRAN MANIPULATIF

alhamdulillah..finally done with our trip..now tunggu nak siapkan report..bilaa teringat balik sebelum-sebelum nak jadi lawatan niee..banyak ketegangan kot..hurmmmm..hentah lahh..masing-masing menunding jari mencari kesalahan orang lain..kat group batch tuhh dahh nampak tung tangg tinggg situasinya..bagi aku???better diam daripada nak berapi-rapikan orang...


5. FESTIK : CINTA PLU

walaupun aku bukan pelakon..aku bukan crew..aku bangga dengan korang yang telah berjaya mengharumkan nama kolej...tahniah tahniah dan tahniah dapat tempat ke-2...korang memang awesome..aku always support semua aktiviti kolej..don't wory ape-ape yang orang nak kate..sekurangnyaa dapat membuka mata mata yang ada..=)



setakat tuhh event yang dahh berlaku beberape hari, minggu dan bulan yang lepas..banyak sangat sampai ada yang terlupa nak mention..konon banyak sangat kan..hahahaha..tapi tanpa sedar aku dahh mengenali ramai orang disekeliling aku..SUKA! SUKA! SUKA!

#kehangat PRU13 terasa bahangnya.. ^_^