Saturday, 29 June 2013

tolak dan tolak

parah kan kalau syok sendiri??lagi parah kalau kau datang..dia tolak..dan datang lagi..dan dia asyik ulang dan ulang..tolak dan kene tolak..

hey!!bila nak berhenti kene tolak nie??

hurmmmmmmmmmm...

tak per lah..baik aku diam dan tengok jer daripada sakit kene tolak..kau tau tak!!kene tolak tuh sakit..sakit sebab kita tak tahu bila kene tolak tuh kita jatuh atas???

mungkin atas simen..atau atas tempat berduri..atau lebih sadis lagi jatuh dalam gaung..

hurmmmmmmmmmmm...

beza kau dan aku??

aku adalah aku..dan kau adalah kau..

perbezaan??

yang datang itu aku..dan yang kene tolak dan bakal jatuh itu juga aku..kau??kau lah yang tolak tuh..kau!!

aku sebenarnya kurang mengerti ape yang aku rasa sekarang??sawan??gila??sakai??meroyan??hah!!aku rase semua tuh sekarang..bercampur baur menjadi adunan yang sebati..cukup lengkap..complete..nak try rasa tak??

hurmmm..dipermainkan dan ditipu..itu yang jelas aku rasa sekarang..kau tak penah serik ker hah??dah berapa kali harungi benda alah niee tapi kemain kau pergadaikan perasaan kau sekali lagi??kau tak takut??kau tak takut perasaan kau akan dipijak-pijak dan ditenyeh-tenyeh sekali lagi??

hurmmmmmmmmmm...

masih adakah rasa manis untuk aku??

masih??

aku rindu untuk rasa itu..aku benci akan rasa pahit yang memecahkan rasa manis itu..aku benci..aku jadi benci..

mana aku nak cekau rasa manis??

rompak kedai coklat atau borong gula berkilo-kilo??

hurmmmmmmmmmmm...

aku dah terbiasa disakiti..bila dan kene batang hidung kau sendiri baru kau sendiri mengerti ape itu makna DISAKITI..

sakit kan??

dulu kau pernah cakap..relex lahh..tak ada ape pun..tapi takkan aku nak ulang benda yang sama..biarkan jer..cakap jiwa kental..hati taiko..muka nak nampak macho..tapi kene jentik meraung tak ingat dunia..

it's not me! not me!

aku malas..malas nak melayan perasan aku yang angau niee..mungkin niat aku nak lupakan dia ternampak usaha yang sia-sia..tapi aku masih mencuba..walaupun hati aku berat nak mengakui..tapi nak ataupun tidak..aku dah decide nak lupakan dia..as i have said..aku akan nampak bodoh kalau aku cuba nafikan perasaan aku terhadap dia..tapi rasanya tak salah kalau sekali sekala aku nak layan angau aku nie..

hurmmmmmmmmmm...

aku TERsuka kat kau..paham kan maksud TER tuh..maknanya tak sengaja..tahu tak betapa susahnya aku nak nafikan perasaan aku tapi aku tak boleh..hati aku kuat cakap "aku suka kat kau"..kan bahagia hidup kalau kat hati nie ada butang yang boleh 'klik" delete perasaan aku kat kau..

hah!!susah..




dan kalau kau rasa ape yang aku cakap ini untuk kau..aku nak kau tahu..aku takkan pernah halang kalau kau nak suka sesiapa pun dalam dunia nie..sebab aku tak berhak nak masuk campur dalam hidup kau..dan aku pun tak berhak nak paksa kau untuk suka kat aku balik...setiap orang berhak memilih yang terbaik dalam hidup masing-masing..dan aku jugak nak kau tahu..dari jauh..aku sentiasa mendoakan kesejahteraan hidup kau..

aku tak kisah??tipulah kalau aku cakap aku tak kisah kalau kene tolak..yer..aku dah terbiasa..sebab dah terbiasa lah aku biarkan jer orang tolak aku..GILA dan BODOH aku kan??

hidup..tak sentiasa indah..tak sentiasa aman..tak sentiasa bahagia..tak sentiasa ceria..

aku percaya setiap yang berlaku sudah diatur lengkap oleh-Nya..dan aku yakin setiap kesedihan akan digantikan dengan kegembiraan..sorry gua memang dah tanam benda benda benda niee dalam hati..sebab tuh hati gua kadang-kadang jadi KERING!!




Wednesday, 26 June 2013

aku semakin jauh

ape yang kau nak dalam hidup? kau perlukan kesenangan? kau perlukan kemewahan? kau perlukan nama? atau kau perlukan harta?

manusia.

spesies yang tak pernah puas. tak pernah rasa cukup. tak pernah kenal erti bersyukur.

aku yang sudah jauh. jauh daripada sumber cahaya. aku perlukan cahaya itu. aku masih berada di dalam kegelapan. teraba-raba mencari sumber. sumber cahaya? cahaya apa? 

kadang-kadang kehidupan aku dalam kegelapan cuba mencari sesuatu yang tidak pasti. aku masih mencari dan terus mencari. sehingga aku merasakan ada tangan-tangan yang dihulurkan dalam kegelapan itu. adakah nampak tangan-tangan itu di dalam kegelapan? tanpa bantuan cahaya bagaimana hendak nampak?

cahaya lagi.

kesedihan? kemarahan? kebencian? kesayangan? 

adakah manusia tak reti-reti nak tahu ape rase nie semua. kau sedih? kau benci? kau marah? kau sayang? pada siapa? pada sesama manusia? kita semua sama. sama dari segi penciptaan. tapi kau berhak nak lemparkan semua perasaan kau kepada mereka. kenape tak layak? Allah swt telah ciptakan perasaan ini untuk ditunjukkan kepada mereka. tapi kau? tapi kau? tapi kau?

tapi aku? KENAPE?

aku penat. aku penat dengan melihat peredaran gelagat-gelagat manusia tak tahu apa itu erti nikmat dan kesyukuran. selagi bumi masih berputar pada paksi. aku akan penat melihat manusia-manusia seperti ini. mungkin aku salah sorang daripadanya. 

cukup. cukup. dan cukup.

apa yang aku mahukan dalam hidup?

balas dendam terhadap manusia yang telah buat jahat terhadap aku. atau biarkan sahaja mereka menindas-nindas tanpa ada rasa sekelumit belas kasihan. mungkin aku mampu biarkan sahaja. tapi aku paling tak mampu melihat manusia sekeliling aku dijatuh-jatuhkan oleh manusia yang tak berhati perut.

kenape masih wujud insan-insan yang begitu kejam? yang rasa diorang berhak menghukum semua salah manusia. 

atau hanya mampu melihat dari jauh dan menangis.

dengan melihat. dengan menangis kau ingat mampu selesaikan semua masalah. common. we live in 2013. zaman yang maju dari segi globalisasi. dan kau masih terperuk dalam dunia kau. dunia kau yang rase kau sorang sahaja yang betul dan semua orang salah. kau rasa kau seorang sahaja yang betul. yer aku betul. 

aghhhhhh! hati aku seolah-olah menjerit. menjerit kesakitan. disebabkan mengikut kata-kata manusia. hati aku menjerit. hey aku sedang menjerit.

I'm loser?

kalau aku kalah tak akan selamanya aku akan menang. mungkin kali nie aku kalah sebab aku sedar. sedar supaya jangan terlalu angkuh dengan diri. sedar yang aku tak selamanya di atas. sedar akan segala apa yang aku dah buat sampai jadi kalah. sedar dan terus sedar. 

please sedar!

percaya? susah nak percayakan orang? so kau pun tak percayakan diri? kalau tak percayakan diri macam mana nak percayakan orang lain. senang!

//

Ya Allah. kami sedar kami telah jauh. jauh daripada-Mu Ya Allah. kami memohon segala keampunan daripada-Mu. kami hamba-Mu yang sangat-sangat lemah.

Alhamdulillah Ya Allah di atas segala nikmat dan kurniaan-Mu. janganlah jadikan kami hamba-Mu yang angkuh dan kufur di atas segala nikmat yang telah Engkau kurniakan. 

Kuatkanlah kami Ya Allah. Berikan kami kekuatan Ya Allah. Berikan kami petunjuk dan hidayah-Mu. Ya Allah kami sangat-sangat berharap kepada-Mu.

//


Wahai Tuhan ku Tak Layak Ke Syurga Mu
Namun Tak Pula aku Sanggup Ke Neraka Mu
Ampunkan dosa ku terimalah taubat ku
Sesungguhnya engkaulah pengampun dosa-dosa besar
Ilaahi lastu lilfirdausi ahlan
walaa aqwaa ‘alannaaril jahimi
fahabli taubatan waghfir dzunuubi
fa innaka ghoofiruddzambil ‘adziimi
Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai
Dengan rahmat Mu ampunkan daku oh tuhan ku
Wahai tuhan selamatkan kami ini
Dari segala kejahatan dan kecelakaan
Kami takut kami harap kepada mu
Suburkanlah cinta kami kepada Mu
Kamilah hamba yang mengharap belas dari Mu
Doa taubat by RAIHAN



Tuesday, 25 June 2013

EGO!


EGO..

aku antara manusia yang wujud kat dunia nie yang mempunyai EGO..

YER..aku seorang yang EGO..

EGO aku tinggi..tinggi melangit mungkin..

ape yang kau tahu pasal EGO??

rasa terlalu bangga dengan EGO yang kau ada..

TAK cukupkah EGO yang selama ini kau miliki..

setakat mana EGO kau mampu bertahan??

kalau aku tak ada EGO..

aku rase aku LOSER! 

aku nampak aku seorang yang bodoh! 

dan aku rase aku KALAH!

jangan campak EGO kau boleh??

sebab EGO kau..

orang lain boleh benci kau..

orang lain boleh pijak-pijak kau..

orang lain akan pinggirkan kau..

orang lain tak akan pedulikan kau..

kenape perlu pikir pasal orang lain??

sedangkan diri kau menggelupur menahan perasaan perit mendengar bisikan-bisikan yang betol ataupun tidak..

hah! keep that EGO please..

sebab EGO kau belum jumpa seseorang eh??

hey hey hey! 

walaupun aku RASA aku niee masih muda even dah berganjak 20-an..

aku EGO sebab aku masih belum mampu memenuhi IMPIAN aku..

IMPIAN aku??

well hello!! op course lah IMPIAN terhadap diri sendiri dan keluarga..

cukup keadaan aku sekarang yang mampu ada EGO..

EGO yang menyeimbangkan dunia dan akhirat..

ada eh??

hentah..

hmmmm..kadang-kadang aku kebingungan..

ape yang sangat dikejarkan oleh manusia??

dunia??

hmmm..aku hanya mampu diam..

diam tak bermakna kalah..dan diam tak bermakna setuju..

kadang-kadang diam itu perlu..

kenape??

kalau berkata-kata itu lebih buruk daripada diam mungkin...

hey jadi perempaun jangan murah sangat boleh??

biarlah..

orang nak kata aku niee perigi cari timba..

tapi bagi aku itu BUKAN KESALAHAN YANG BESAR OK!

mungkin suatu hari nanti EGO aku berjaya direndahkan..

dan insan itu akan mendengar aku ucapkan sesuatu yang rasa TERLALU elergik nak disebutkan..

AKU SUKA KAU..

AKU RINDU KAU..

AKU SAYANG KAU..

dah kenape jiwang pulak??

*hempuk kepala kat dinding*

Friday, 21 June 2013

aku tak HILANG

that moment aku rase nak cari sebuah gua..aku nak bertapa dalam tuh tanpa sesiapa pun kacau..

that moment aku rase nak naik ke bulan dan jangan ada sesiapa pun yang paksa aku untuk turun..

that moment aku nak cari sebuah pulau..pulau hujung dunia yang sangat asing..aku nak hanyut ke situ tanpa ada sesiapa yang akan jumpa aku..

that moment aku nak jadi sekecil kuman..sekecil kuman tanpa ada sesiapa pun yang menyedari kewujudan aku..

that moment aku rase nak telan ubat tidor supaya aku tak sedar REALITI yang sebenar..

BODOH kan aku nak buat semua tuh? lagi nampak bodoh kalau aku cuba lari dari REALITI..setakat mana kau mampu nak nafikan realiti hakikatnya kau kene tempuhi jugak..

aku tahu..someone telah post blog pasal aku kan? tak nak kehilangan aku? ekceli "kehilangan" adalah sinonim dengan kehidupan setiap orang..di mana ada pertemuan di situ ada perpisahan..ok aku renovate sket..di mana ada perjumpaan di situ ada kehilangan..pelik? persetankan semuanya..=3

tak..tak..tak..tak..

aku tak kan pernah hilang..sekali pun tak pernah hilang dalam hidup korang..sebenarnya niee semua khilaf aku..silap aku..salah aku..aku yang tetiba DRASTIK berubah..berubah yang mampu menimbulkan beribu tanda tanya..berubah yang mampu buat korang rasa kehilangan aku..

it's just take time..mungkin aku susah nak hadapi REALITI..tapi aku kan dah cakap..the real me will come back soon..aku tak nak korang push-push aku..paksa-paksa aku..aku tahu keadaan diri aku..so i just need to be alone..=')

*tulis surat kat diri sendiri*

ke hadapan ummi..kau tahu tak ramai orang sayang kau..tapi kau tak sedar ker..atau kau niee buta HATI! kau rase kau dah cukup hebat sangat lah? hello! jangan pandang orang lain rendah boleh tak? bangun lah weh..jangan asyik menunding jari kat orang lain..sedar diri kau tuh cuma seorang HAMBA..tak layak nak kondem dan kutuk-kutuk orang sesuka hati..common lah..kau tuh dah jauh tersasar..bila kau nak BERUBAH hah??

*tarik nafas dalam-dalam*

DIA tahu aku down..DIA tahu aku penat..DIA tahu aku lemah..DIA tahu aku lelah..DIA tahu bertapa luluh hancurnya hati aku..DIA tahu aku tak bermaya nak terus melangkah..DIA tahu..

DIA nak aku TAHU..

*nangis*

seriusly aku betul-betul jatuh kali niee..bukan setakat jatuh..jatuh di timpa tangga..jatuh tersemban..kenape KAU pilih aku untuk jatuh?

sebab DIA tahu aku kuat..DIA tahu aku mampu..DIA tahu aku boleh..DIA tahu...

dalam mencari kebenaran akan terselit kepahitan..itu NORMAL..

aku cuba menjadi seorang yang mampu puaskan hati semua orang..asalkan orang suka kat aku..walaupun kene jadi HIPOKRIT..adilkan dunia macam nie??

aku sayang mama dan abah aku..aku sayang abang-abang aku..aku sayang keluarga aku..aku sayang kawan-kawan aku..aku sayang cikgu-cikgu aku..dan aku sayang orang sekeliling aku..so it's the rite time kau nak berputus asa??

common ummi..dunia niee tak kejam..manusia yang buat dunia niee jadi kejam..dan perancangan Allah swt itu sempurna..tapi manusia yang yang mencacat celakanyer - older post facebook

aku tahu..aku tahu..dan aku tahu korang cuba dapatkan ummi yang dulu..as i have say before..semua manusia akan berubah..tiada siapa akan statik dari mula sampai akhir..dan aku bertekad nak jadi the new one..mungkin aku lain..tapi hati aku tetap sama..=')

//

finally our first year aka first semester + second semester DONE!!alhamdulillah Ya Allah kau cekalkan kami dalam menempuh jihad pada jalan-Mu..semoga Engkau memberikan keberkatan dan kerahmatan dalam segala ilmu yang telah dituntut...

so! kita akan jadi SENIOR pulak nanti.. *sengih*

terima kasih semua yang telah membimbing diriku..terima kasih..terima kasih..terima kasih..terima kasih..

aku meninggalkan semua kenangan aku pada tahun pertama dengan manisnyer sambil mengunyah COKI-COKI..he he he he he he he

by the way SELAMAT BERCUTI kat semua member-member yang bercuti lah..take care..jaga diri..jangan main mercun + meriam buluh..konon raya time kita cuti kan!!hehehehe..jangan SERONOK sangat cuti niee taukkk..ambik peluang untuk mendekatkan diri kepada-Nya..In Shaa Allah..

muka bila dah habis exam..sopan dan baik kan? he he he he he




Thursday, 20 June 2013

I City Kami

when someone say to me "ummi, kau tak nak update pasal aku ker??"

"sape kau pada aku yang patut aku update??hahahahaha"

disebabkan permintaan..aku cekalkan hati untuk cherita..

pada zaman dahulu, tersebutlah kisah sang kancil dengan sang buaya..sang kancil niee sangat pandai..sang buaya..eh sang buaya ape hah??alaa lupa skrip..sigh!

ok silap topik niee..

ekceli cherita yang kononnyer nak cherita sangat niee..semalam kitorang pergi overNITE..merentasi malam eh? atau melalui malam? apa-apa jer lah..tapi dengan bahasa mudahnyer..bangang sebab tak tidor semata-mata lepak konon malam masih muda..he he he he he he

so dengan member-member matrik aku..ekceli 3 orang jer termasuk aku..tak ada lah "member-member"..dengar sekali macam gempak ramai..hahaha..aku pergi dengan kereta kawan aku niee dan paling penting dia tanggung kami dari pergi sampai balik..kalau tanggung sape jer yang tak gedik nak ikut kan..hewhewhewhew..

ICT SHAH ALAM..HERE WE COME!

TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK..LAIN KALI BOLEH PAW LAGI..ehhhh!

disebakan kami niee dah habis exam..senanyer aku dua orang jer yang habis exam..yang sorang lagi TAK..ajak kononyer nak release seteles..kononyer..tapi melagho jer lebih..herherherher

dan yang paling awesomenesss tahap petala ke petala..kami overnite kat HOSPITAL..mampu? hahahahaha

senanyer kawan aku sakit..dia punyer buah pinggang tetiba pulak nak kronik pulak pagi tuh..kami dari Shah Alam tuh sanggup pergi Bangi sebab nak cari KLINIK 24 JAM..finally jumpa jugak kan..agak-agak time tuh dalam 3 pagi kot..macam hape jer pergi HOSPITAL pepagi macam niee..so nothing yang perlu dirisaukan..tak seghius pun..cuma ada jangkitan kuman..then kami dengan selamba badak jer sambung lepak kat Putrajaya..bangang tak? hahahahaha

nak dijadikan cherita lagi..macam mane hentah boleh jumpa rumate dengan budak-budak kolej aku kat ICT tuh..keciknyer DUNIA..huh!

so we enjoy our NITE..sayang korang.. ANNASUHA DAN ADHA..=D







































gambar-gambar yang macam REAL tuh dalam MUZIUM ART 3D..nais kan? =')









Saturday, 15 June 2013

JATUH

jatuh.

bangun.

jatuh lagi.

bangun lagi.

eh jatuh?

tak nak bangun?

jatuh dan terus jatuh.

kenape perlu takut untuk jatuh dan bangun lagi. 

*cubit*

sakit kene cubit? alah cubit jer pun. bukan tumbuk atau pukul dengan besi.

common kenape lemah sangat nie?

kalau dah lemah macam nie macam mana kau nak hadapai cabaran masa depan. bukan masa depan jer. sekarang nie pun kau dah kene kuat.

tak!!aku tak lemah..aku KUAT! yer KUAT!

aku sebenarnya takut untuk jatuh. aku takut aku jatuh dan aku tak dapat bangun lagi. tak ada sape yang dapat buat aku bangun lagi. aku ingat cukuplah ke berape kali aku jatuh. aku tak nak jatuh lagi. jatuh buat aku sakit. jatuh buat aku derita. jatuh buat aku menangis.

so kau tak nak jatuh? kau rase bila kau jatuh buat kau semakin lemah? kau rase bila kau jatuh tak ada orang boleh tolong kau bangun dari jatuh? dan kau rasa kalau kau jatuh kau tak dapat bangun untuk selamanya?

*sengih*

//

gua pun tak berape paham ape yang cuba gua sampaikan untuk entry kali niee..sebenarnya banyak gua nak cakap..tapi gua dah lupa..mungkin gua tertelan banyak semut lately..almaklumlah meja study gua sarang semut..hey! pantang pulak semut-semut niee..atas meja juga nak dibuat sarangnya..tahu lah gua manis..tapi jangan jadikan meja gua sebagai mangsa ok..

alhamdulillah..gua dah lepas 5 paper ok..arghhh! walaupun sem niee gua ambik 7 paper..keep calm and still keep calm..

cuma sekarang gua berdoa semoga dipermudahkan urusan untuk habiskan 2 paper lagi..gua punyer last paper killer kot..so gua kene study ker? atau biar jer paper tuh kill gua..challenge accepted!

seriusly semester 2 gua haru biru sikit..bukan sikit ok! banyak..harap gua jangan down lah dengan result gua nanti..sebab orang cakap " kalau study cibai..result pun cibai lah"..takkan study cibai nak result gempak..kecuali dah memang rezeki dia..tak gittew??

so cepat-cepat gua nak mintak maaf! maaf kat semua orang yang percaya gua betol-betol masuk U niee gua study tunggang langgang..eleh!!biasa lah kan..esok nak exam baru study..nie baru student namanyer..hewhewhew

motif gua nak bagitau..dalam tempoh exam gua sempat pergi overnite dengan collage mate..first time beb! tetiba gua rase gua dapat kejutan budaya dan gua rasa gua tersangatlah sosial..eh??

tapi lepak dengan budak kolej dapat eratkan hubungan kot..even kitorang lain-lain kos..gua sayang sama lu orang..lu orang buat KEHIDUPAN gua kat universiti as A LIFE..hahahahaha













Saturday, 8 June 2013

masih mencintainya

cuba hayati lirik di bawah..

sedih?
pedih?
pilu?
sakit?
ok cuba hayati sambil dengar lagu..

Jika teringat tentang dirimu


Berlinang air mataku

Ku rindu saat-saat bersamamu


Kasih sayangmu padaku

Namun kini kau bukan milikku


Dan berakhir sudah cintaku


Biarkan saja hatiku bicara

Ku masih sayang padamu

Aku selalu mendoakanmu 


Agar kau bahagia 


Bersama dirinya selamanya

Mengapa mudahnya hatimu mendua


Ku lapangkan dada walau aku terluka


Semoga bahagia bersama dirinya


Karena kau telah memilih dia

Betapa sakitnya apa yang ku rasa


Tuhan kuatkanlah hatiku yang terluka


Semoga ku bisa tuk melupakannya


Karena ku masih mencintainya

Namun kini kau bukan milikku


Dan berakhir sudah cintaku


Biarkan saja hatiku bicara


Ku masih sayang padamu

Aku selalu mendoakanmu 


Agar kau bahagia 


Bersama dirinya selamanya 

Mengapa mudahnya hatimu mendua


Ku lapangkan dada walau aku terluka


Semoga bahagia bersama dirinya


Karena kau telah memilih dia

Betapa sakitnya apa yang ku rasa


Tuhan kuatkanlah hatiku yang terluka


Semoga ku bisa tuk melupakannya


Karena ku masih mencintainya

masih mencintaimu by papinka


Monday, 3 June 2013

masih mencari =')

"aku sebenarnya sedang mencari.."

"cari apa???"

"mencari sesuatu yang belum pasti dalam hidup aku.."

"apa yang kau nak pastikan dalam hidup kau niee..aishh..berbelit-belit ayat kau niee"

"aku sebenarnya suka kat dia lah"

"kau suka sape nie???"

"dia lahh..dia..diaaa..diaaaaaa"

"berapa kali kau mention dia???ramai sangat ker orang yang kau suka??"

"hehehehehe"

"gelak??"

"hentah lahh..aku jeles tengok orang yang ada seseorang istimewa dalam hidup diorang..seriusly jeles!!kadang-kadang bila aku sendiri..aku asyik terfikir..aku niee buruk sangat ker??tak laku ker??teruk sangat ker aku??"

"kenape kau fikir macam tuh???"

"sebab masih belum jumpa betul-betul orang yang aku suka lah.."

"are you sure kau belum jumpa seseorang yang kau suka??"

"hentah..kadang-kadang tengok orang tuh suka orang tuh..tengok orang lain suka kat orang lain..hentah..HENTAH!"

"sebenarnya kita sekarang sedang mengalami proses mengenali kehidupan..it's normal kau suka kat ramai orang sebab kau belum jumpa yang betul-betul sesuai..alahh..kita baru umur 20 tahun..panjang lagi kehidupan kita..kau niee tetiba sibuk pasal niee pehal??"

"alahh..salah ker aku nak cakap??"

"bukan hape..kadang-kadang pelik dengan kau niee"

"hahahahahahaha..tapi serius kalau aku suka kat orang tuh susah jugak nak lupakan dia..tapi kan mampu tak nak jumpa MR.RIGHT aku???"

"kalau kau yakin + berdoa + berharap..in shaa Allah ada lahh jodoh tuh..Allah swt telah menciptakan makhluknya berpasang-pasangan..yang baik untuk yang baik..paham??kau niee gatal nak kahwin ker hape???"

"mana ada gatal..RISAU!!hahaha..tak der lahh..someone cakap waktu sekarang dah kene cari..nanti bila dah keje tak ada masa..aku tak nak jadi ANDARTU wehh..hehehehehe"

"hahaha..kau tuh lahh memilih sangat..ada jer yang nak..kau tolak..tuh lahh jual mahal!"

"heyyy..jadi pompuan kene mahal..kau ingat aku niee jenis boleh tawar menawar ker..hahahaha"

"hahaha..yer lah..hah! soalan tadi tak jawap pun..kau suka sape??"

"kadang-kadang tanpa sedar kita suka kat seseorang yang kita tak suka..hentah..perasaan suka susah nak nafikan dan paksa-paksa..sebenarnya aku takut nak suka kat seseorang..sebab aku takut suka aku niee ditolak..takut untuk jatuh yang kesekian kalinya"

"kau yakin suka kau akan ditolak??"

"mybe.."

"kalau kau tak bagitau dia macam mana dia nak tahu kau suka dia??kau tahu tak perasaan suka tuh boleh dipupuk dan dicipta??"

"dah kalau orang yang aku suka tuh dah suka orang lain..patah seribu aku kan??"

"belum cuba belum tahu..cuma yakin ada seseorang Allah swt telah tetapkan untuk kau..tak kira segigih mana atau sekuat mana usaha kau untuk dapatkan dia..kalau tak ada jodoh..tak ada jodoh jugak"

"betul..orang yang kahwin 30 tahun pun boleh cerai! hahahahahahahahaha"

*senyap..berfikir dan terus fikir*