Wednesday, 31 July 2013

pilihan?

alhamdulillah..kita dah berjaya terokai penerbangan 22 ramadhan..harap malam-malam terakhir memberikan kita barakah-Nya..amin

first of all..this is important thing..

"29/7/2013"

Selamat Hari Lahir yang ke-50 buat insan yang sangat penting dalam hidup aku.. "MOHD ZUKRI BIN NASIR"..semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki..terima kasih tak terhingga sebab dah berjaya menjadikan aku seorang "manusia"..well..sooo sorry i can't make something special for that day..tapi aku JANJI suatu hari nanti aku akan buat abah gembira..PROMISE!



as your wish will come true..love you abah..so much! :*

//

second of all..not really important i guess..

tetiba kan..aku asyik teringat pekara nie..i dunno why..i dunno why..i dunno why..

bila seseorang tanya aku..kau sayang seseorang itu sebagai ape??

speechless doee tak tahu nak jawap ape!!seyes..seyes..seyes...and can you please stop asking me again and again??

betol!!

ok kalau aku tanya korang??korang sayang seseorang dalam hidup korang sebagai ape??

fenim..fenim..fenim..

ok dengan perkataan mudahnya macam nie..kau TERSUKA seseorang dalam hidup kau..dan kalau suka sahaja macam hurmmmm jer..mesti lah sayang tuh ada sekali..ker tak??de heck??

dan aku tanya korang..orang yang korang suka tuh..korang sayang dia as ape??kawan??crush??pakwe??makwe??boyfriend??girlfriend??atau future husband or wife??

dilema..sebab korang mesti tak terfikir sampai future tuh kan??ker tak??

kalau aku lah kan..sebab aku rasa umur tak sampai 20 tahun lagi..sebab tuh aku tak sampai lagi tahap nak berfikir as future..grrrr!!

maknanya kau sayang dia as ape?? kawan??pakwe??hah??

mengalah..aku tak dapat nak jawap soalan tuh..i'm so sorry..

tapi secara kesimpulanya..kau suka seseorang berlandaskan NAFSU jer semata-mata kan..i'm right??

huhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!

yer..memang dalam hati aku ada kau..maaf..aku tak leh nak buang kau..mungkin boleh..tapi it's take time dan bagi aku susah!!

walaupun aku suka kau just suka jer..tapi kau takkan paham kebodohan yang aku tanggung sebab suka kau..dan buat yang ke berape kali aku menyesal sebab sayang seseorang..

kau memang tak pernah serik kan??

lupakan atau just follow the flow??

aku ada pilihan..mungkin pilihan itu perit bagi aku sekarang..tapi hurmmmmmmmmmmmmmmmmmm...

cemburu??jeles??tipulah kalau aku tak rasa semua tuh..yer aku sedang menipu diri sendiri sekarang sebab buat-buat tak nampak dan buat-buat tak tahu..de heck??

someone have reminder me..jangan terlalu sayangkan seseorang..nanti kau akan TERLUKA..terima kasih..i will "paku" it dalam otak..

terus terang??GILA ker hape??ego aku masih tinggi..so it's hard untuk aku nak terus terang..jatuh doeeee air muka aku kalau dia tolak..tak gittew??de heck??

aku perlu bersedia jer ape-ape sebarang kemungkinan berlaku..aku rela BERUNDUR kalau there are someone "good" for you..seseorang yang mampu buat kau bahagia..aku rela..dan sakit mungkin..hahahahahahahaha

orang cakap kita kena bekorban untuk orang yang kita sayang..orang cakap lah...aku tak cakap ape-ape pun..lalalalalalala



i'm think i'm sick thinking of this bloody hell problem..grrrr!!

Friday, 26 July 2013

nak tunjuk nie.....................

*tunding jari*

ape kau tunjuk-tunjuk aku?? nak gaduh??

*masih belum jatuhkan tangan*

*tunding jari lagi*

aku tanya apa kau nak?? kau nak ape??!!

*masih berdiam diri*

ape yang kau tak puas hati dengan aku nie??

*sengih*

*hulur sesuatu*

ape nie??ape nie?? ape nie??

klik kalau rabun..LOL
result aku ah mengong!!sajer nak tunjuk aku MENURUN..

*termenung*

dah kau tunding jari kat aku pehal??

hurmmmm..semua salah kau lah niee result aku macam nie..kau banyak sangat main-main..usaha ala-ala kadar..semua kau ambik acuh tak acuh..study last minute..buang masa..melepak tak tentu hala..bla bla bla bla bla..

kejap..jap!!jap!!jap!! kenape aku?? why me??

sajer nak cuba salahkan kau..

*sengih*

kau tak sedar kau tunding jari kat aku..tapi satu jer yang menghala kat aku..empat lagi kat kau..tak sedar ker hah??

*terkejut*

*merenung jari*

lah aku lupa yang lain..bilang.. 1..2...3..4..5...

*berdiam diri lagi*

*fikir*

aku takut lah..

takut ape??

"kau masuk U nie nak belajar ker main-main??"

*imbas kembali*

ape yang kau nak takutkan?? itu cuma ayat??

tapi kau takkan paham bagaimana tamparan hebat aku menerima ayat-ayat yang POYO macam tuh...

so kau nak suruh aku buat ape??

*tarik nafas dalam-dalam*

cuba hapuskan tanggapan orang kat aku..

hey!! dah berbuih-buih mulut aku sampai menggelupur aku takkan dapat nak tutup mulut orang..

*termenung*

hakikatnya aku boleh cakap kat mulut yang aku tak kesah ape orang nak cakap..tapi HATI aku tak..betul lah hati tak boleh menipu..

*sengih*

tapi ALHAMDULILLAH..

aku bersyukur kepada-Mu Ya Allah kerana telah memberikan kesedaran kepada aku..yer..naik turun itu kehidupan..tapi kalau aku tak turun aku takkan sedar kepada naik..

*sengih lagi*

rasenyer tak perlu kot aku emo-emo cakap pasal kos aku senang kos kau susah..tak perlu!! tak perlu!! 

sebab aku nak kau paham sendiri..

tak paham aku boleh translate?? nak ape?? english?? cina?? india?? mexico?? sepanyol?? perancis??

//

dikesempatan ini aku nak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kat semua manusia sekeliling aku mama abah, abang-abang, keluarga, lecturers, kawan-kawan seperjuangan, kawan-kawan meroyan, kawan-kawan laman sosial, musuh-musuh, skandel-skandel, rumate, exrumate, team rumah sukan, crush, bakal-bakal suami, followers instagram dan semuanya lah..

ape aku merapu nie??

kbai!!




Thursday, 25 July 2013

ini janji ku

haishh bosan bettei..kenapelah blog post aku banyak sedih-sedih nie??

lempang nak??

ekekekekekekekeke *gelak versi style gila*

so motif??

tak ada..aku aku aku TERSUKA kat kau..eh bukan bukan bukan..

aku TERSUKA kat lagu niee..

yeahh! lagu nie ala-ala riang gembira di hari raya..eh silap..

lagu niee macam berjaya buat aku TERSENGIH..

ekekekekekeke *style tak gelak nie?*

dah kalau dengar banyak kali..baru aku paham ape yg nak disampaikan..

tapi seyes!!!berpuluh-puluh kali aku dengar macam lagu raya..TOBAT PONG!!

so keep playing this song babe...

-now playing-

INI JANJI KU by AMRAN ISMAIL..


Kau pernah tolak cintaku
Kau tak percaya padaku
Kau pernah benci namaku
Pernah dulu kau arahkan ku lari darimu

Tapi segalanya telah berubah
Kau telah mengenal isi hatiku
Dan kini mula memanjakan aku
Kini selalu kau kata
Sayang I love you

Terima aku kasihlah aku
Ini janjiku kan ku buktikan padamu
Setiap waktu hatiku tetap bersamamu
Takkan berubah walau ada halangannya
Cuma satu pintaku kau pun sama seperti aku
Pegang janjimu

Tapi segalanya telah berubah
Kau telah mengenal isi hatiku
Dan kini mula memanjakan aku
Kini selalu kau kata
Sayang I love you

Terima aku kasihlah aku
Ini janjiku kan ku buktikan padamu
Setiap waktu hatiku tetap bersamamu
Takkan berubah walau ada halangannya
Cuma satu pintaku kau pun sama seperti aku
Pegang janjimu

Ini janjiku kan ku buktikan padamu
Setiap waktu hatiku tetap bersamamu
Takkan berubah walau ada halangannya
Cuma satu pintaku kau pun sama seperti aku

Ini janjiku kan ku buktikan padamu
Setiap waktu hatiku tetap bersamamu
Takkan berubah walau ada halangannya
Cuma satu pintaku kau pun sama seperti aku
Pegang janjimu 

by the way..esok result official semester 2 dan first year kami..YA ALLAH kuatkan lah kami..=)

even aku dah tengok yang HACK punyer..trolololololololo..

ekekekekekek *style style style*

waklek wakkul wakpis wakderk..



Saturday, 20 July 2013

mata yang memandang

di saat aku terpandang mata itu..cukup mencerita bermacam-macam kisah..berbagai-bagai cerita..

liku-liku kehidupan yang tak pernah lurus..

walaupun aku nie belum matang dengan sematangnya..tapi aku cukup mengerti mata yang memandang aku..memandang aku dengan penuh kasih sayang..memandang aku dengan pengharapan dapat menggembirakan dia suatu hari nanti..

aku tak mampu menatap mata itu dengan lama..sebab hati aku akan basah..aku tahu mata yang memandang aku menanggung perit derita yang selama ini cukup membuatkan hati dan jiwanya bergetar..

aku mempersoalkan DIA..kenape DIA menduga sampai begitu sekali..apa salah mata yang memandang aku itu..

Ya Allah aku cuma mintak satu jer..bolehkah Engkau berikan bebanan dia kat aku??aku dah tak sanggup melihat mata yang memandang aku menahan kesakitan..

mata yang memandang aku itu cukup memberikan aku semangat sebab dia seorang yang sangat sangat sangat kuat..

aku tahu..Allah SWT uji dia sebab Allah SWT sayang dia..

tapi sekali lagi hati aku basah disebabkan aku sudah kekeringan air mata..

aku terdengar mata yang memandang aku itu berkata "kalau diberi pilihan..aku pilih untuk tinggalkan dunia ini"

tolong..tolong jangan ulangi perkataan itu lagi..berputus asa bukan salah satu cara yang baik nak selesaikan sesuatu masalah...

aku tahu..mata yang memandang aku itu berkata tanpa sedar..mungkin sewaktu itu dia tak tentu arah..aku cukup paham..aku cukup mengerti...

maafkan kami..kami yang telah melukakan hati dan berbuat dosa kepadamu..maafkan kami..maafkan kami..maafkan kami..

aku rasa tak guna sebab aku tak mampu nak berbuat apa-apa..kalaulah aku diberikan peluang untuk kembali ke masa lampau..akan aku perbaiki segala kesilapan..

tapi itu hanya sia-sia..peluang masa lampau tidak akan kembali..tapi peluang kedua untuk masa hadapan mungkin ada..

cukup tersimpan beribu rahsia di dalam hati..pekung di dada jangan dibuka..

Ya Allah kalaulah seberat ini dugaan yang menimpa..aku memohon kepada-Mu..berikan kekuatan kepada mata yang memandang aku..berikan hidayah dan petunjuk dalam menuju jalan-Mu..jangan jadikan dia seseorang yang berputus asa..

aku bersedia untuk menerima segala ketetapan-Mu..kalau itu yang terbaik untuk aku..juga yang terbaik untuk mata yang memandang aku..

aku takkan puas menatap mata itu..



Friday, 19 July 2013

untuk kau kawan =')

sepi yang mencengkam diri memaksaku membuka lembaran lama kisah suka duka persahabatan kita lantas jari jemari ini memicit-micit keyboard mencoretkan segalanya..

sahabat..
masihkah kau ingat keyboard ini juga yang menuturkan kata di saat fawatih perkenalan kita??

takkan terhenti kalimah "alhamdulillah" untukku lafaz saban waktu tanda syukurku pada Yang Esa kerana mengatur sebuah persahabatan..

di persada hidup seorang insan..
fitrah kita ingin berteman..

buat kesekian kalinya "syukran jazilah" ku ucapkan atas segalanya..
ketahuilah olehmu wahai sahabat..
hadirmu bawa lantera terangi zulmat sangsi menghadiahkan kebahagian hakiki..

doaku semoga hidupmu kan sentiasa diberkati persahabatan ini..
kan meniti titian menuju firdausi..

INSYAALLAH..

-someone-

jangan sebab aku kau rasa bersalah..
jangan sebab aku kau rasa kalah..
jangan sebab aku kau rasa sedih..
jangan sebab aku kau rasa marah..
jangan sebab aku kau benci orang sekeliling kau..
jangan sebab aku kau menghindari orang sekeliling kau..
jangan sebab aku kau nak lari dari orang sekeliling kau..

dan jangan sebab aku kau kau kau kau tak jadi diri kau yang sebenar..

kawan!!

please untuk kali nie..untuk kali niee kau kene jadi KUAT..kau kene KUAT!!

kalau aku boleh jadi KUAT..kenape kau TIDAK??

aku tahu aku bukan seorang kawan yang baik..kawan yang boleh ada dopolohpatjam untuk kau..kawan yang ada time kau susah dan senang..kawan yang sedia bantu kau dalam ape-apa jua keadaan..kawan yang mampu menjadi empati dengan apa-apa yang kau rasa..

aku tak sempurna..kadang-kadang aku jadi HIPOKRIT..kadang-kadang aku lebih pentingkan diri..kadang-kadang aku tak pedulikan kau..kadang-kadang aku seorang yang sangat teruk untuk kau..

aku tak sedar..aku dikurniakan seorang kawan yang sanggup menangis di saat aku pura-pura menahan air mata sedangkan hati aku tengah basah + pedih + luka..

aku rasa aku kuat time tuh..seriusly aku nak lari dari semua orang termasuk kau..tapi kau tak pernah rasa give up dengan aku..sebab kau rasa apa yang aku rasa kan??

aku nie BODOH nak hindarkan kau..yer aku BODOH!!tak pernah nak menghargai orang yang sayang aku..

maafkan aku..aku degil + ego + keras kepala + batu + kayu + logam + besi 

dan terima kasih tak terhingga sebab masih anggap aku niee seorang kawan..kadang-kadang aku rasa terima kasih jugak tak mampu nak balas semua nie..

kalau bagi aku peluang..aku nak DOA supaya aku dapat kenal kau sejak dari aku kecik lagi..seyes!!

Ya Allah..terima kasih kau telah menghadiahkan aku seseorang insan dan terima kasih untuk sebuah pertemuan ini..='D

dan please untuk kali niee!!kali nie aku mintak sangat dengan kau..berhenti salahkan orang..berhenti fikir pekara yang merumitkan..berhenti dari benci orang..berhenti dari buat pekara yang menyakitkan hati kau sendiri..berhenti seksa perasaan kau sendiri..berhenti berlari tanpa arah tuju..dan berhenti dari rasa sedih..

ingat ayat kita "persetankan..jangan ganggu anak cucu adam"

AKU SAYANG KAU..

*Nur Afifah binti Baharum*



Tuesday, 16 July 2013

strong stronger strongest

Allah knows what is best for us.

so why should we complain it?

we always want the laughter.

and the merriment of cheer.

but our hearts will lose their tenderness.

if we never shed a tear.

Allah tests us often with sufferings and sorrow. 

he tests us not to punish us.

but to help us meet tomorrow.

Allah tests us often.

and for every pain He gives to us.

provided we are patient. 

is followed by rich gain.

so whenever we are down.

and whenever we feel that everything is going wrong.

it's Allah's way.

to make our spirit STRONG!



*deep*



//

aku selalu tak sedar..aku ada orang sekeliling yang sayang kat aku..tapi aku BODOH!!aku tak nampak nie semua.. *tarik nafas dalam-dalam*

aku perati dan terus perati..mungkin belum tiba masanya lagi..in shaa Allah masa itu akan tiba..aku pasti dan yakin masa itu akan tiba..

i just need THE TIME!!


hidup ini terlalu singkat untuk berfikir lebih ke hadapan..ajal + maut + jodoh semua di tangan TUHAN..tapi bukan bererti aku mengalah dan berputus asa menyerah segalanya kepada TAKDIR dan tanpa USAHA..percaya lah HIDUP ini terlalu singkat..bagi aku tak guna..YER TAK GUNA kalau asyik fikirkan masalah atau fikirkan seseorang yang langsung tak memberikan sedikit faedah langsung..

so move on atau still stay di tempat yang sama??

Sunday, 14 July 2013

aku cuma nak cakap...........

alhamdulillah..dah masuk 5 ramadhan..sekejap jer kan masa berlalu??mungkin pejam celik pejam celik pejam celik dah nak masuk syawal..hamboi..kemain cakap pasal syawal excited kau eh??hehehehe




hah bosan..aku tak nak cerita pasal puasa aku..older post aku dah banyak..maka termaktublah hampir setahun berdiri teguhnyer blog aku niee..even tak ramai followers..cukuplah blog aku menjadi peneman aku di kala aku menghadapi 1001 rasa..kejap gembira..kejap sedih..kejap meroyan..kejap gila..kejap..hurmm..hentah..semua ada..itu aku..

sekali lagi post aku tak ada TUJUAN yang betol..asyik melencong..ah!!kesah pulak aku kan..hewhewhewhew

aku cuma nak kongsi ape yang aku rasa??i guess tak salah kan..aku tahu niee bukan tempat paling sesuai nak kongsi..lebih baik or lebih afdal kita mengadu kat TUHAN..tapi tapi tapi ape yang aku nak kongsi harap dapat bagi pengajaran kat manusia sekeliling aku supaya jangan ulangi kesilapan yang sama..

yang baik jadikan TELADAN..yang tak baik jadikan SEMPADAN..senang??

aku cuma nak cakap..

1. nak mintak maaf bukan tunggu bulan syawal jer..kononnyer sebab hari raya ada ucapan "selamat hari raya maaf zahir dan batin"..tak tak tak..sekarang pun kita boleh mintak maaf..semata-mata kau nak tunggu raya..jenuh lah beb!! hehehe..ok mintak maaf bukan untuk orang yang salah jer..kadang-kadang kita yang tak salah rendahkan ego mintak maaf pun orang akan anggap betapa MULIA nye hati seseorang itu..tak gittew??

2. bersempena dengan bulan yang penuh barakah niee..bukan setakat menahan diri daripada lapar dan dahaga sahaja..banyak benda yang kita boleh praktikkan untuk mendekatkan diri kita dengan TUHAN..mungkin dari segi solat..walaupun solat TERAWIH itu hanya sunat sahaja ramai pulak nak menunjukkan pergi solat TERAWIH tuh..ekceli aku bukan nak marah or mengutuk or what so ever..tapi sebolehnyer kalau buat baik atau buat ibadat tuh jangan nak heboh sangat boleh??heeee..haaa terawih-terawih jugak...yang wajib jangan lupa buat dan segerakan..=) *peringatan untuk diri sendiri*

3. sahur?? argghh!! aku antara manusia yang malas gila nak bangun sahur..tapi kan..aku suka makan time sahur cuma malas nak bangun jer..kehkehkehkeh..aku tahu ramai yang abaikan sahur niee..hurmmm..tapi ramai tak sedar..bangun sahur hanya meminum air pun dapat pahala taukkk!!betapa pemurahnya Allah swt dengan makan pun dapat pahala..susah sangat ker nak makan??

4. kadang-kadang aku rasa aku tak cukup baik nak bagi nasihat kat orang..tengok diri..hurmm..jahilnya aku..bila nak berubah hentah..orang dah pandang serong dah kat kau ummi.. *kesat air mata*

5. dulu-dulu aku sering cakap kat orang jangan putus asa..last-last aku pulak yang rasa nak putus asa ..putus asa apa??give up dengan apa yang aku rasa??mungkin..aku cuma nak cakap "kalau kau betol-betol tak serius dengan perasaan kau..please stop mainkan perasaan aku"..cukup tertampal plaster kat hati aku..aku tak nak tambah lagi..TITIK!


secara kesimpulannya..

1. aku nak mintak maaf kat semua orang kalau aku ada buat salah samada secara sedar ataupun tidak sedar..sengaja ataupun tidak sengaja..aku hanya manusia yang tak lepas dari khilaf...

2. semoga aku masih diberikan peluang untuk mendekat diri kepada-Nya..

3. semoga aku bersungguh-sungguh melakukan sesuatu pekara dan bukan hanya mengharapkan ganjaran-Nya semata-mata..

4. sedar dengan keadaan diri yang serba kekurangan dan cuba menjadi yang terbaik untuk yang terbaik..

5. semoga aku tidak kenal ape itu erti putus asa walaupun disakiti berjuta-juta kali sebab itu akan lebih menguatkan aku..


Thursday, 11 July 2013

ramadhan tiba lagi =)

selamat datang ke RAMADHAN AL-MUBARAK 1434H..

AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN..

alhamdulillah masih dipanjangkan umur untuk merasai keberkatan ramadhan pada tahun ini..=')

semoga ramadhan kali nie penuh makna - (olderpost)

banyak yang aku kena belajar lagi..BANYAK!

oh!!jangan lupa yang niee..=)





10 didikan utama untuk hati dan jiwa kita di bulan Ramadhan

1. bertaqwa kepada Allah

2. sentiasa bersabar

3. sayang kepada Allah swt

4. merasa tawaduk dan merendah diri

5. merasai kesusahan orang susah dan kelaparan

6. sentiasa harapkan kerahmatan, keredhaan dan keampunan Allah swt

7. memaafkan kesalahan orang lain,

8. tidak bersikap sombong dan takabbur.

9. bersifat pemurah

10. bersyukur dan bersenyum 


//

Di bulan mulia ini, janganlah engkau hanya menjaga puasa jangan batal, sebaliknya engkau kena jaga jangan pahala puasa terbatal, disebabkan melakukan perkara yang dilarang oleh syarak. 

Puasa bermakna menjaga mata engkau dari melihat perkara yang diharam, menjaga telingamu dari mendengar perkara yang dilarang, menjaga kaki dan tanganmu dari melakukan amalan bertentangan syarak.

Kamu juga kena menjaga lidah dari mengumpat dan cerca, dan menjaga apa yang disuap ke mulut waktu bersahur dan berbuka, agar ia bukan dari sumber yang diharamkan Allah. Masihkah kau ingat perbezaan air liur madu dan racunmu? Bulan mulia ini adalah bulan yang paling mudah untuk engkau menghayati teori itu sepenuhnya.

Sabda Rasulullah s.a.w: "Berapa ramai orang yang berpuasa, mereka tidak mendapat apa apa dari puasanya, melainkan lapar dan dahaga.” Semoga puasamu diterima Allah.

Selamat berpuasa. Senyum.


Tuesday, 9 July 2013

tetap menantimu

ape dalam kepala? 

*kosong*

kau tak rasa apa aku rasa..

terima kasih..terima kasih..dan terima kasih..

maaf..maaf..dan maaf..

TETAP MENANTIMU..


Aku menyedari telah jatuh cinta
Tapi aku tak bisa mengungkapkan
Terasa bahagiaku mencintaimu
Walaupun kau belum mencintaiku
Aku di sini kan selalu menunggu
Yang selalu ada di setiap waktumu
Selalu menanti jawapanmu
Untuk cinta yang terakhir
Semakin ku bisa untuk menyayangi
Semakin ku bisa untuk mengerti
Tak akan pernah hilang rasaku
Cinta yang membawa dalam hatiku
Bagai mata yang tak terpejam
Aku tetap menantimu
Aku di sini kan selalu menunggu
Yang selalu ada di setiap waktumu
Selalu menanti jawapanmu
Untuk cintamu
Tak akan pernah hilang rasaku
Cinta yang membawa dalam hatiku
Bagai mata yang tak terpejam
Aku tetap menantimu
Aku kan tetap menantimu

Friday, 5 July 2013

jika aku LEMAH, maka aku KUAT

2 pagi..masih gigih untuk menggerakkan jari menekan-nekan keyboard..even aku tak tahu motif post kali niee..mungkin random atau campur aduk atau kacau bilau atau haru biru atau hiruk pikuk..LANTAKLAH..

kadang-kadang aku BERNIAT mahu senyapkan diri dan jauhkan diri dari alam maya..dan percubaan aku ternyata berkesan..even makan masa SEHARI..ok lah tuh..hewhewhewhewhew

ada lah seorang dua yang RINDU..ok seorang dua jer..kenape tidak empat lima??hahahaha

kenape aku buat semua nie??keep asking me..dan aku hanya boleh jawap..SAJE..SAJE..SAJE..SAJE..SAJE..

huh! *tarik nafas dalam-dalam*

mungkin ada masa aku perlukan masa untuk bersendiri..kalau lah lately aku pandang benda alah kat alam maya niee buat aku nak emo dopolohpatjam dan buat aku sakit hati dihiris sembilu..baik aku tak payah tengok langsung..biarlah orang nak kata aku ketinggalan zaman or what so ever..

kan bagus kalau aku tak nampak??sorry aku bukan jenis boleh buat pura-pura tak nampak..so nak ker tak nak..benda dah depan mata..semakin stalk..semakin sakit hati..semakin rasa hati berkecamuk..semakin rasa down..semakin rasa arggghh!!

*tampar diri sendiri*

aku rasa aku nak berlari dan terus berlari..pecut mungkin..macam usain bolt..hehehehe..hentah..bila aku berlari seolah-olah aku lari dari masalah..seolah-olah aku tinggalkan masalah aku di garisan permulaan..dan aku lupa..yer!!aku lupa..bila sampai ke garisan penamat..aku akan hadapi masalah itu semula..kejadahnya aku lari..buat penat jer..

haaa tahu pun penat..tapi tak berani..kenape kau pengecut sangat???

*sengih*

aku bukan pengecut..

dah tuh??kalau bukan pengecut..kau looser?

aku juga bukan looser??

habis tuh kau siapa??

aku seorang manusia..manusia yang diciptakan di atas bumi Allah swt untuk menjadi seorang hamba-Nya yang bertakwa..

*sengih lagi*

kau kena kutuk??kena maki??kena hina??kena caci??tapi kau masih lagi mampu tersengih..

sorry aku bukan sengih..tapi aku bersyukur masih dihidupkan hingga kini dan masih mampu beribadah kepada-Nya..dah aku bukan seorang penglemah yang mudah menangis bila terima ujian dan dugaan-Nya..

*sapu-sapu muka*

aku harap aku boleh jadi "AKU YANG KUAT TUH"



//

time dinner tadi..abah cakap..hidup jangan pernah sesekali nak putus asa..keep going ummi..abah percaya ummi BOLEH..

abah bukan ummi jer boleh..MALAYSIA PUN BOLEH!!

oh sebelum aku lupa..aku nak ucapkan berbanyak-banyak TERIMA KASIH untuk video yang kau ciptakan untuk aku Nur Afifah binti Baharum..Ya Allah sumpah aku TERKEJUT GILA!! kau tahu..muka aku sampai merah + aku tutup mulut aku yang terlopong + aku tahan GELAK + aku tahan sebak + dan aku rasa nak TERCEKIK!! 

aku tak tahu nak tafsirkan video tuh..nak marah??tak..nak suka??tak jugak..habis tuh??ekceli aku rasa GELI HATI..aku tak tahu ape dalam kepala otak kau sampai kau boleh hasilkan video tuh..hahaha..by the way aku tersangat-sangat SAYANG VIDEO tuh..if you know what i mean..hahahahahahhaha

SAYANG KAU PIPAH.. XOXOXOXOXOXO