Sunday, 22 September 2013

ego ego ego #3

seseorang datang ke arah aku..
aku tengok wajahnya berkerut..
kerut seribu mungkin..
aku ingatkan dia lapar..

aku senyum dari jauh..
tapi senyuman aku tidak berbalas..
dengan wajah berkerut dia terus duduk di depan aku..

aku cuba kawal percakap untuk tidak timbulkan persoalan..
hurmmmm penuh dengan masalah..

dia dengan ringannya membuka mulut..

"aku sedih lah bro! orang yang aku suka tak suka kat aku"

aku menelan air liur..
nak nasihat??
aku pun jenis tunggang langgang dalam berkata-kata..
dan aku terus perahkan otak..
ayat apa yang boleh sedapkan hati??

"mana kau tahu dia tak suka kau??"

tetiba rasa bangang pulak persoalan aku nie..
terasakah dia??
tersentapkah dia??
terdiamkah dia??

aku cuba berlagak cool..
kononya aku master dalam bab bab percintaan..
dia tak tahu aku single mingle..
sengal pulak nak nasihat orang pasal cinta cintun..

aku sempat gelak dalam hati..

"aku rasa aku dah putus asa..aku tak nak berharap lagi..aku perlukan masa untuk terima nie semua"

haaaa tuh pandai pun nasihatkan diri sendiri..
tetiba aku pulak "terasa" dengan ayat dia..
aku senyum dengan ikhlas..
cuma memahami situasi yang dihadapi..
dan cuba cuba cuba cuba menjadi empati..

aku tahu dia cuma perlukan seseorang untuk luahkan isi hati..
kebetulan lah tuh dia nampak aku..

aku sebenarnya risau tengok member sedih..
nak bagi ayat manis kan rasa kejam pulak..

jangan sampai aku mula berbicara..
dengan aku aku sekali bercerita pasal masalah aku nanti..

opsssss setiap manusia ada masalah..

mungkin orang lain yang wujud dalam dunia nie tak sama..
mungkin dalam hidup aku kau seorang yang lain..
dan mungkin dalam hidup dia kau seorang orang lain..

berbelit belit!

lama dia terdiam..
cuba hadam ayat sendiri atau mungkin persoalan aku..
nak ditanya lagi..
hurmmm lupakan..
lebih baik kau cari sesuatu yang boleh buat kau gembira..
dan lebih baik kau cari sesuatu yang boleh buat kau hilang stress..

bukan duduk depan aku dengan wajah yang berkerut..

"kau pernah beritahu dia tak kau suka kat dia??"

tercengang dia..
terkejut mungkin dengan persoalan aku kali kedua..
dan dia diam lagi..
payah sangat ker soalan aku nie??
rasanya matematik tambahan SPM lagi senang kot..

"tak..aku EGO"

haaaa kali nie aku pulak yang terdiam..

EGO??
WHAT??

disebakan ego kau nak sedih..
ego kau sendiri yang membuatkan kau sedih..

just one word "BODOH"

aku senyum..
aku tahu ego dia tinggi..
sebab ego aku pun mungkin lagi tinggi..

dan sekarang aku faham masalah dia..

keep that ego..
ego tuh yang buat kau mahal..
serius talk..
tak ramai yang boleh kekalkan ego..
jangan biarkan ego kau jatuh..

pro dan kontra..

yang buruk pasal ego kau buang..
buang jauh-jauh macam sampah..
jangan kau pulak yang jadi sampah..

kami sama-sama tersenyum lagi..
tak kan pernah penat untuk tersenyum banyak-banyak kali..
senyum itu kan sedekah..

seorang senyum..
seorang lagi paksakan diri untuk senyum..

fake pun manis lagi nampak senyuman dia..
kagum tengok mampu jadi hipokrit..
mungkin dia tak nak orang sekeliling dia risau..

dia bangun dan pandang aku dengan penuh makna..
nak ucap terima kasih tak mampu..
hanya pandangan mata yang penuh bermakna..

aku paham erti sebuah pandangan itu..
aku juga cuba menjawap dengan pandangan mata kembali..

terus berlalu..
aku memerhati dari belakang ..
aku harap dia akan terus okey..
dia sempat menoleh..
aku angkat tangan..
tiada respon..
dia terus pergi jauh dari pandangan aku..

kenape tiada respon??
hurmmm hentah..
mungkin marah..
mungkin masalah dia datang kembali..
mungkin dia menangis dan malu untuk berhadapan dengan aku..
mungkin dia tak nak nampak dia lemah..

aku pejam mata..
dan aku cuba buka mata kembali..
seseorang yang hilang dari pandangan sudah tiada lagi..

MANA AKU PERGI??




Wednesday, 11 September 2013

keep calm and be a FU

pengalaman yang telah aku kutip selama hampir dua minggu as "FASILITATOR UNIVERSITI" berjaya membuatkan aku mengenali berbagai jenis ragam manusia..

baik..

buruk..

suka..

benci..

marah..

gembira..

rasanya aku sendiri pun malas nak cerita rentetan yang berlaku dalam dua minggu itu..cukuplah memori itu terpahat di kepala dan bayangan terus berlayar di mata..

seronok apabila menjadi idola kepada adik-adik even rasa diri ini langung tak layak dijadikan pembimbing..namun itulah fakta yang berlaku..setiap tingkah laku dan perbuatan menjadi tontonan..setiap ucapan dan kata-kata menjadi tikaman..

kalau mempamerkan diri yang "baik"..

baiklah anda di mata diorang...

kalau mempamerkan diri "jahat"..

jahatlah di mata diorang..

setiap orang layak menilai even diri tak sempurna..kenape nak menilai??setiap nilaian akan terus menjadi pendorong untuk terus berubah..

aku cuma nak cakap berbanyak-banyak kemaafan jika ada tugas yang ditugaskan untuk aku tidak dilakukan dengan sempurna..aku manusia biasa..kalau ada benda tak kena janganlah hanya meyalahkan diri aku semata-mata..bagi aku peluang dan ruang untuk memperbaiki segala kekurangan..

dan juga aku nak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kerana memberikan aku kerjasama sepanjang aku bergelar "FU"..mungkin ramai yang tak sedar..dalam kita sibuk menjalankan tugas..ukhwah sesama manusia terus menular merapatkan diri masing-masing..

apa-apa yang berlaku tak usah diungkit-ungkit..mungkin secara khilafnya kita melakukan kesilapan dan seeloknya meminta maaf jika tidak mahu situasi bertambah tegang..tapi jika pihak lagi satu terus menjadi batu api..seeloknya kita mendoakan yang terbaik untuk mereka..

setiap orang mungkin ada had masing-masing..dan terima kasih kerana berjaya overkan had aku..marah dan menangis..yer mungkin benda itu yang paling paling paling aku nak elakkan..finally i'm done..aku jatuh lagi..and again i'm become a losser!!

keep calm dan senyum..keep calm dan pekakkan telinga..keep calm dan butakan mata..i wish i still have this keep calm in myself.. :')

walau apa-apa pun yang berlaku..aku sayang korang terutama junior-junior intake sesi 2013/2014..

tepuk tepuk sayang!!

"muah muah muah muah muah muah"