Sunday, 10 November 2013

happy birthday 20th



Hari nie. 7 november 2013. Genap usia aku 20 tahun mengecapi hidup dengan lurus dan kadang-kadang berliku. Aku rasa baru semalam aku menyambut birthday aku yang ke-19. Tup tup tup zaman teen aku dah berlalu pergi.

for the first time. no cake. no birthday party. no special guest. no awesome birthday present. no havoc havoc in my house. no.

sama seperti hari-hari biasa.

kecewa. 

tak langsung. 

aku gembira kerana masih diberikan kesempatan untuk melihat sekeliling. menghidu bau makanan. mendengar bebelan seorang ibu. berjalan menuju ke tandas. tersenyum menonton televisyen. menyanyi ala ala aku nie dalam one in million. mengunyah tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. gelak kononya merdu sangat suara nie.

tak gheti bersyukur ker?

ALHAMDULILLAH

apa yang aku patut rasa sekarang?

Gembira.

aku mempunyai ramai orang disekeliling yang masih menyayangi aku. Aku bersyukur Ya Allah engkau berikan aku insan yang sanggup memimpin tangan aku menuju ke syurga-Mu. Dan aku rasa bertuah masih diberikan peluang dan ruang meluangkan masa bersama-sama mereka.

ok ok ok. apa harapan aku bila dah menemui seorang ummi yang berumur 20?

aku harap kau jadi seorang yang lebih tabah. cekal. kuat. mungkin dulu dulu orang cakap kau nie manja. lemah. aku tak nak lagi dengar orang cakap macam tuh. aku nak tengok kau jadi seorang yang matang. seorang yang boleh berfikir secara logik. seorang yang mampu mengawal emosi. dan seorang yang boleh menggembirakan semua orang.

aku bukan suruh kau berubah jadi orang lain. aku cuma nak. kau berbanyakkan kebaikan dan jauhkan keburukan. cukup lah kejahatan yang kau buat selama nie. uuuu kejahatan? jahat sangat ker kau nie?

menjadi seorang ummi bukanlah senang. hanya kau seorang yang mengerti menjadi seorang ummi kan? 

aku adalah aku.
aku tetap aku.
aku hanyalah diriku dan tidak mahu menjadi orang lain.
aku ingin menjadi aku.
i am me.
i'm proud to be myself.

selfish!


//

terima kasih sekali lagi kepada pengewish birthday aku. tak kira kat mana. tak kira seistimewa mana. tak kira sesweet mana. tak kira bila. tak kira masa. thanks again again and again. May Allah bless you all always. :D