Sunday, 1 December 2013

power of friendship

kriuk kriuk kriuk.

boleh patah jari aku nak menaip kat keyboard nie. allllloooohaaa lama gila doh aku tak menaip dan mengepost dan merapu dan meroyan kat blog nie. tahu tak betapa aku rindu. aku rindu nak luangkan masa kat sini. hurmmmm by the way hai sekali lagi. :D

apa yang nak diceritakan? banyak sangat sampai tak tahu mana satu yang patut didahulukan. LOL

"the power of friendship"

GILA apa aku nak cakap persahabatan nie. skema doh. hahahahaha. hurmmmm lately banyak sangat yang berlaku melibatkan persahabatan sampai air mata aku nie dah sebaldi kot dokkkkk menangis jer. cengeng!

bukan apa. aku nie bab bab kawan nie senstippp sket.

bermula dengan membaca post blog seorang kawan. hurmmm aku dah menjadi sorang yang sangat kejam. sanggup kau buat kawan kau macam tuh ummi. i'm sooooo soooryyyy.

aku ker yang berubah? aku ker yang mempergunakan kau? aku ker yang memperkotak-katikkan kau? dan aku ker yang patut pergi jahanam?

ALLAH. kau uji lagi aku. aku terkaku. aku terdiam. aku buntu. apa yang patut aku buat supaya kau boleh terima aku sebagai seorang kawan.

aku rindukan erti menjadi seorang kawan.

bagi aku peluang untuk menjadi seorang kawan. aku tahu aku telah membuat kesilapan. aku tak sempurna. aku tak seperti yang kau harapkan. tapi aku akan cuba.

dan aku lagi diuji dengan secara tidak langsung terlibat dengan permasalahan orang lain. kenapa aku? kenapa bukan orang lain?

aku tahu. kau memang langsung tak menyalahkan aku. tapi kau lupa. punca bermula masalah kau adalah berkaitan dengan aku. aku meletakkan diri aku sebagai seorang pesalah. and once again i'm soooo soooorryyyyy.

aku wonder. kenapa kau nak tahu jawapan daripada aku? bagi aku. cukup apa yang aku rasa. cukup apa yang aku tahu. aku tak nak sesiapa pun yang memandai judge aku. adakah jawapan yang aku berikan dapat membantu menyelesaikan masalah kau? aku lebih memilih untuk berdiam diri. you think it's more better?

bukan setahun sekali aku jumpa kau. setiap hari. dan kadang-kadang aku pun tak dapat nak kawal perasaan aku.

kau tak perlu minta maaf. bukan salah kau yang menyebabkan apa yang aku rasa sekarang? benda nie berlaku dengan terlalu pantas dan secara tidak sengaja. bukan nak. bukan boleh dipaksa. suka, sayang, benci, cemburu merupakan sesuatu yang subjektif.

jangan risau. aku dah lama move on. aku dah lama cuba melupakan. aku tahu mungkin susah bagi aku. tapi jangan panggil aku UMMI AFIQAH kalau aku tak boleh.

dan satu lagi. please stop stalking me. common! jangan jadi bebudak. get a LIFE!

kadang-kadang tanpa sedar kita jadi rapat dengan seseorang. hentah. mungkin aku lebih selesa dengan dia even selama nie aku niee paling pantang jumpa dia. asyik nak bergaduhhhhh jer dopolohpatjam. hentah. aku rasa dia bajet hot. aku rasa dia poyo. dan dia suka bangkang apa yang aku cakap sebab dia rasa dia soooorrrrrrrang jer betul kat dunia nie. mungkin selepas "sebuah" kejadian yang berlaku antara kami. kami jadi baik. even aku rasa dia masih bajet hot dan poyo. hahahaha

bila bercakap pasal the first impression. aku cakap dia bajet hot dan poyo. tapi bila bercakap pasal now impression. aku rasa dia sweet. hurmmmm sweet sweet niee kadang-kadang bahaya jugak. jangan melting sudahhhhhh. eh tarik balik kata-kata tuh. LOLOLOLOLOLOL

aku mendoakan kebahagian kawan-kawan aku.

bagi aku cukup bahagia kalau tengok kawan-kawan aku bahagia walaupun aku FA (foreveralone). tak gittew?

oh cukup setakat niee aku tak nak merosakkan langsung hubungan persahabatan yang ada. aku penat doh. kalau aku ada buat salah. marah lah. kalau aku ada buat kesilapan. tumbuk lah. eh

plus aku nak ucapkan terima kasih bebanyak kat member member teman seperjuangan kaki mengumpat sebab banyak memberikan nasihat, pertolongan dan yang berkaitan dengannya. tanpa korang aku tak mampu nak duduk bersila update blog niee taukkk! hahahahaha


p/s : aku sayang korang :'D