Tuesday, 23 December 2014

Move ON

Setiap kali aku dengar perkataan "MOVE ON" nie mesti rasa nak tergelak. Sebab? Mungkin aku muak. Mungkinlah. Mana kau tak muak dohhhh asyik hari hari kau dengar. Bukan muak jer. Rasa nak sepak terajang siapa yang bisik kat telinga aku hampir saban hari. HAHAHAHA emosi gila.

Jap nak cool down meh.

Kadang kadang ada benda yang kita senang nak move on dan kadang kadang ada benda yang susah kita nak move on. Aku? aku jenis susah nak move on. Sebab tuh emosi terlebih gitu.

Contoh senang nak move on macam seluar kau dah kecik dan koyak. Move on lah tak payah pakai lagi beli yang baru atau pakai yang lain yang masik elok. Kan senang nak move on? Ke tak? Nak pakai lagi yang koyak tuh? Pakai jer lah tak ada sesiapa yang halang. Tapi malu tanggung sendiri. K

Contoh susah nak move on macam kau suka hello kitty pastu kawan kawan kau juga suka hello kitty. Bukan kawan kawan kau jer yang suka, malah jiran tertangga, selimut tertangga, musuh ketat, musuh longgar, scandal, sandel dan ramai lagi lah yang suka. Kau pulak jenis tak suka orang sama dengan kau. Hati nie suruh jer move on suka benda lain tapi tak boleh sebab kau dah suka. Nak tak nak kau tak boleh nak move on dan kau teruskan jugak lah sukakan hello kitty tuh. Tak dose pun wehhh minat kau sama dengan orang lain.

K overnya perbandingan. 

Masalahnya sekarang MOVE ON hati nie lain beb. Bila kau dah tersuka kat seseorang bukan sesenang jer nak ubah hati tuh. Mulut memang boleh cakap "aku dah move on lah gilaaaa" tapi hakikatnya susah. Sakit yang tanggung kat sini. Ha'ah kat sini kat hati. Hati nie kalau kental sado tak apa lah. Nie rapuh semacam jer. Kena tolak dengan angin pun rebah.

Mungkin kau tak berada kat tempat aku sebab tuh kau susah nak faham. Everybody just can say "Ummi please move on. You deserve better." HAHAHAHAH gelak keluar air mata. Aku tahu air mata fake sebab nak tutup sakitnya aku nak nafikan perasaan sendiri. BODOH nak nafikan buat apa?

Masalah datang bertimpa timpa. Dengan belajarnya suck. Dengan organisasinya tenggelam timbul. Dengan hubungan kawan kawan tunggu masa nak retak dan dengan hatinya rasa nak pecah.

Aku tak faham apa yang korang cuba nak buat? Nak sakitkan hati aku? Apa salah aku? Atau aku nie yang kejam? Mohon wehhhh berhenti aku tak kuat.

Menangis. Yer menangis berhak untuk kau yang loser.

Please. Where are you now? What happen to you?

Aku perlukan masa. Aku perlukan ruang. Aku perlukan kekuatan. Aku perlukan diri aku kembali. Aku perlukan KAU.


Sunday, 26 October 2014

impian

aku tahu semua orang ada impian. aku pun. impian aku banyak sampai tak cukup jari kaki tangan nak kira. pernah ada impian pelik tak? aku rasa setiap orang pun ada kan? impian yang mungkin tak tercapai. eh tetiba teringat KPO 2. aku pernah cakap impian yang tak mungkin aku capai "aku nak jadi perenang wakil UPM". oh mungkin ada pewaris aku yang boleh tunaikan impian aku? mungkin?

cakap pasal impian semua sama jer. mesti ada nak bahagiakan ibu bapa. nak jadi kaya. bla bla bla. clishe dohhhhhh

aku cuma nak petik satu impian jer. memandangkan sekarang telah masuk waktu waktu manusia remaja macam aku nak berjiwang. 

korang pernah ada impian nak mencintai dan dicintai? tipu lah kalau aku cakap tak ada. aku berani cukur bulu beruang kutub lah. eh tak ada kena mengena jenuh aku nak mencari beruang kutub nanti.

eleh malu malu nak mengaku. aku mengaku aku ada impian gitu. tak. aku tak tarlalu taksub nak mencari cinta sesama manusia sedangkan DIA lebih merindu cinta kita. tapi kita sebagai manusia yang biasa dan lemah inginkan fitrah sebegitu. alahai skemanyaaaa

okey bayangkan.

siti nie jenis pemalu plus pendiam plus forever alone. bila dia makan atau pergi ke mana mana mesti keseorangan. perasaan lonely yang ada pada dia sangat tinggi sehinggakan dia menjadi sangat rendah diri. dia sentiasa cemburukan kawan kawan dia yang mempunyai pasangan. 

terdetik di hati siti. " bilalah aku nak ada pakwe? kan best kalau aku ada pakwe."

pada suatu hari dia ternampak ada seorang mamat nie, amin tergesa gesa berjalan. mungkin dah lambat ke kelas. amin terpaksa membuka langkah sedikit laju. disebakan terlalu fokus nak sampai ke kelas dengan cepat dengan tiba tiba amin terlanggar siti. maka bertaburlah kertas ketas yang siti pegang. okey effect slow motion sket.

maka mata bertentang mata. mulalah timbul perasaan mendalam ingin lebih mengenali antara satu sama lain. effect kaku mata bertentang mata memakan masa selama setengah jam. pehal korang nie bisu ke?

bermula pada hari itu masing masing kerap berhubung melalui whatsapp dan menjadi semakin rapat dan sentiasa berteman ke mana mana sehingga nak ambik air sukida pun mereka sanggup menemani antara satu sama lain. auwwwww so sweet. eh aku pulak over.

the end.

eh jap apa moral of the story? haaa banyak korang fikir lah sendiri tapi aku ada satu maksud jer yang aku nak sampaikan. setiap orang ada perasaan nak mencintai dan dicintai.

cerita kat atas nie bukan cerita aku. tak ada kaitan dengan sesiapa pun. hanya rekaan semata-mata.

aku faham kebahagian yang dirasai mencintai dan dicintai tuh tapi tak semua berpanjangan. tapi nak buat macam mana kan? Allah dah takdirkan segalaNya. Allah adalah perancang kita yang paling teratur dan sempurna. aku ada terbaca kat putra confession pasal jodoh. yer kalau bukan jodoh dengan manusia mungkin jodoh kita dengan kematian. 

okey sedih.

orang asyik cakap masa depan kita jauh lagi. buat masa sekarang ikut flow yang ada. tapi untuk masa depan kena ada perancangan pada masa sekarang kan? eh ke tak?

it's up kat diri masing masing nak fikir apa itu mencintai dicintai sebab korang pun dah besar boleh fikir mana baik buruk mana dosa pahala. tapi bagi aku tak salah kalau korang serious dalam sesuatu perhubungan mungkin doa doa orang sekeliling dimakbul. amin

to you. i don't know who i'am to you but i want you to know i'm always will be there for you.

EH JIWANG GILA NAK MATI. KBAI

Thursday, 23 October 2014

terbang tunduk #2

aku benci. aku benci bila melibatkan isu hati sebab hati aku terlalu mudah rapuh. oh hati bila kau nak keras. bila kau nak jadi macam besi? bila kau nak jadi macam batu? tapi. besi dipanaskan akan cair. batu lama lama kena air pun akan lekuk. haaaa hati kau nak jadi macam mana?

*angkat tangan letak kat dada*

duhai hati. aku tak tahu selama mana kau mampu bertahan. tapi aku yakin kau mampu. duhai hati. jangan sedih boleh? kalau kau sedih aku pun akan sedih. tolong buat aku gembira boleh? aku rindu kau gembira. duhai hati. boleh jadi bekak bisu tuli tak? aku tak nak tahu apa orang sekeliling cakap pasal aku. duhai hati. kau mampu ajar aku jadi sabar tak? kebelakangan nie aku banyak hilang sabar. duhai hati. ajar aku supaya lebih kuat dari sebelum sebelum nie boleh? aku tak kuat weh. aku tak kuat.

aku mohon untuk kali nie. jaga hati kau leklok.

aku berada di dalam sebuah kotak yang mempunyai 4 sudut. atas keras bawah pun keras. atas ada objek yang berputar pada kelajuan kuasa tiga untuk mengurangkan haba sekeliling. bawah hanya tampat aku berlunjur. 

*betulkan urat leher. usap muka perlahan lahan.*

*pejam mata rapat rapat*

Ya Allah apa selama ini aku lakukan sudah cukup berbakti kepada-Mu? kepada orang tua ku? kepada keluarga ku? kepada guru guru ku? kepada sahabat sahabat ku? kepada saudara seislam ku? cukup?

*tarik nafas dalam dalam*

tetiba tersedar dari lamunan. aku rupanya dah masuk tahun ketiga semester ke-5. cepatnya masa berlalu seperti rasa semalam aku bau badan aku berpeluh pada hari pertama semasa pendaftaran kemasukkan universiti. mungkin masih boleh terbayang keadaan pada waktu itu. hmmm

*sengih*

aku nie pura pura sengih sebab terpaksa atau memang tabiat aku suka sengeh walhal kau tak tahu punca? eh orang cakap sengih (senyum nampak gigi) kadang kadang boleh mempengaruhi diri dan orang sekeliling. sekurangnya kau salurkan aura positif kat diorang. gitu? tak kisahlah. at least cuba walaupun susah.

*tarik nafas dalam dalam kali kedua*

dua perkara. yakin dan percaya setiap yang berlaku ada hikmah. kita jer yang tak nampak ada orang yang tolong kita. ada orang ambik tahu pasal kita. ada orang yang sentiasa support kita. sebab kita nie yang terlalu terbang dan susah nak tunduk. eh?

yes. TERBANG dan TUNDUK.




Wednesday, 22 October 2014

rindu yang tak berapa nak rindu

dalam bilik seperti biasa baring mengadap dinding tetiba timbul perasaan rindu. hmmmmm aku rindu nak berkumpul cukup lapan dan boleh maki hamun mengutuk sana sini melaha sentap menyentap.

*bukak phone tengok whatsapp*

okey meghoyan mengimbau kenangan gambar dulu dulu.

*bukak lappy tengok twitter*

okey abang epul tweet pasal kami.

RINDU

kami ibarat adik beradik lain mak ayah tapi ada jer benda yang tak kena setiap hari sampai satu tahap kami nak BUBAR. okey bubar.

aku banyak family lain kat UPM tapi korang family yang paling aku sayang siaaaaaa. walaupun dah tak macam dulu dan tak rasa ada dekat dengan aku tapi aku selalu bayangkan korang dibelakang aku. okey tetiba nak sedih kenapa gila?

hahahaha walaupun kadang kadang korang nie menyakitkan hati rasa nak bunuh jer sorang sorang tapi setiap manusia ada baik buruk kan? yeahhhh yang lepas kita sama sama terima dan yang bakal mendatang kita sama sama tempuh. sweet tak? puihhhhh

kalau nak describe sorang sorang memang tak habis cita dia. jap aku ada printscreen.








p/s : walaupun ke mana sahaja hala tuju korang selepas nie. korang memang takkan pernah luput sedikit pun dari ingatan.


Tuesday, 21 October 2014

terbang tunduk #1

Semalam aku baru balik dari UPM ke rumah. Dalam perjalanan menaiki bas yang agak agak dalam 6 atau 7 jam tuh aku terdengar satu lagu nie. Sebenarnya lagu nie dah lama aku TERDENGAR kat radio tapi aku ambik acah tak acah jer. So aku main agak jer lah siapa punyer suara tuh. TERUS tangan sepantas kilat search kat YOUTUBE.

"'FYNN JAMAL - TERBANG TUNDUK"

Perati punya perati dalam gelap kecik besar bebola mata aku. Phehhh mula mula agak kabur nak faham. BUT i repeated again and again. Rupanya seyes DEEP siaaaa lirik dia.


Bertahanlah wahai raksa
Jangan kau terhenti
Berpautlah wahai nyawa
Ini bukan mimpi
Saksikan dengan mata
Rasakan dengan jiwa
Kau sedang tinggi
Jauhnya kau terbang– siapa sangka?
Getir yang menghalang tak besar mana
Payah payah semalam, moga mudah selama
Tiap apa yang mematah tegakmu
Tiap yang menolak tiap yang memijak-henyak
Biar di belakangmu, jangan dikenang
Moga dibuang– dendam dan sayu
Tuhan, jangan kau izin aku lupa
Jangan kau biarkan aku mendepang dada
Pasakkan hatiku pada kaki
Paksakan ku tunduk sehingga mati
P/S : Aku mintak satu jer. faham dan hayati. oh well siapa yang bukak blog aku via web mungkin boleh dengar backgroud music. tapi kalau pakai phone sorry you guys cannot hear this. jom kita sama sama terbang tapi jangan lupa tunduk. EH?


Wednesday, 6 August 2014

#1 RAYA

ehem.

rasanya belum terlambat aku nak cakap SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN. 

bagi hashtag sket. #salamsyawal #salamlebaran #salamaidilfitri #salamkosongkosong

maaf biarkan blog terbiar sekejap. almaklumlah acah acah beraya sakan. padahal sempat jer korek hidung sambil kunyah kuih raya. aishhhhh tak senonoh punyer perangai.

ape cer raya tahun nie? best? atau sama jer? atau biasa biasa jer? bosan? nyampah? mengamuk sebab baju tak siap? atau kuih raya hangit? atau beraya bersama orang baru?

apa apa pun raya tetap raya walau apa pun terjadi. dan walaupun result aku macam sampah. raya tetap raya.

raya tahun nie ada penambahan orang baru sket. welcome to the club kak ipaq. selamat memahami suasana beraya bersama keluarga baru. haaaa kalau tak puas hati bukak gelanggang kita gusti sesama. kah

nak kata raya tahun nie sama macam tahun tahun lepas tak juga. siap ada TEMA uolls. biru gittewwwww. walaupun ada sorang dua yang tak ikut tema gi mampus lah. kesah pulak. aku nak beraya dan yang penting aku nak duit raya. hahahahaha

cakap banyak tak guna. meh nak tunjuk gambar sket.

eh sebelum terlupa. dua syawal tuh bersamaan 29/7/2014 birthday abah aku. happy birthday to youuu abah. semoga terus panjang umur dan dimurahkan rezeki. may Allah bless you always. love you muahhhh :*

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DARI KAMI

nanti aku update pasal raya lagi eh. 

Sunday, 20 July 2014

Realiti atau Fantasi?


saban hari kita ditipu dengan perbezaan realiti dan fantasi. ah senang cite kalau hari hari kau tengok TV lagi senang ditipu. TV nie salah satu fantasi will make us to dream come true about a good life and happy ending ever after. wahhh seronoknya kalau hidup aku boleh jadi macam dalam tv. 

hmmmm bukan TV jer. buku + movie + lagu + etc. banyak sangat fantasi dalam hidup kita. kadang kadang kita nie dah lebih hidup dengan fantasi padahal kenyataannya realiti hentah ke mana. tidor pun masuk dalam fantasi kan? mimpi okeyyyy.

aku dulu dulu selalu hidup dalam fantasi. aku rasa bukan aku jer. semua budak budak k. kena tipu dengan cerita kartun dan paling sadis kena tipu dengan sang kancil yang boleh bercakap dan tipu sang buaya. padahal kalau jumpa sang kancil pun paling mampu cakap hai dan lari lintang pukang. hahahaha

aku rasa fantasi nie salah satu cara nak tarik perhatian. bayangkan budak budak tengok drama KERANA TERPAKSA AKU RELAKAN. aku yang dah nak mencecah 21 tahun pun tak faham lagilah budak budak. eh padahal aku tengok episod akhir jer pun. 

tapi sepupu aku 6 tahun boleh menangis tengok drama DERHAKA SEORANG MADU k. nie aku sumpah pelik gila. seorang budak lelaki yang selama nie remote tak pernah lekang asyik nak tengok kartun jer boleh keluar air mata sebab drama melayu. sumpah sampai sekarang masih pelik. HAHAHAHAHA

okey back to reality. kalau ikutkan nak jer bermimpi sampai bila bila. sebab apa? sebab mimpi mampu buat apa-apa yang kita tak mampu buat dalam kehidupan seharian. haaa kalau nak tahu beza fantasi dan realiti tuhlah. mampu buat apa-apa saja dalam berfantasi. aku nak jadi super hero semalamatkan dunia. ohyeahhhh

fantasi juga boleh diadaptasi dalam media sosial. contohnya gambar. haaa pakai 360 flawless gittew padahal realiti rasa nak lingkup meja atas muka dia. wahhh kejamnya. apa salah dia? hahahahaha

bercinta pun kadang kadang masuk dalam fantasi. kenapa aku cakap cemgitu? semasa bercinta kita diibaratkan hiperbola sanggup menunggumu seribu tahun lagi lautan api sanggup kuredah lautan pasifik sanggup kurenangi akan ku sematkan dirimu dalam hatiku. ace fikir logik. ayam KFC pun belum tentu boleh masuk dalam hati bahkan ini pula manusia. k tak lawak dan hambar.

sebab nie lah manusia terlalu jauh dengan fantasi. hari hari dihadapkan dengan dunia fantasi sampai kebanyakkan orang terlalu obses.

maksud aku?

fantasi yang dimaksudkan oleh aku adalah orang cantik + hensem + lawa + smart akan direbut rebut last last dapat kahwin dengan orang kaya cerai jumpa bapak tiri pinjam duit dengan jiran ambil anak angkat. blerghhhh

sebenarnya contoh contoh tuh semua dikutip melalui realiti juga. seyesly

kan aku dah cakap. hidup kita nie penuh dengan fantasi. please come back to reality.

p/s : hari hari terakhir bulan ramadan. semoga kita mendapat barakahNya.

Saturday, 19 July 2014

#PrayFor

sekali lagi negara kita dikejutkan dengan sebuah lagi berita. selepas kehilangan sebuah kapal terbang MH370 yang sampai sekarang masih hilang tidak dapat dijejaki, dengan kuasa-Nya sebuah lagi kapal terbang MH17 disyaki telah ditembak dan terhempas di Ukraine.

Al-fatihah.

salam takziah buat keluarga, sahabat dan kenalan mangsa.

mungkin semalam merupakan hari yang paling sayu bagi warga Malaysia. dengan kejutan seperti itu. tambahan pula kita sekarang sedang menempuhi hari hari terakhir bulan ramadan. mungkin ada sebahagian penumpang yang mahu pulang beraya di Malaysia. Allahu. rancangan DIA penuh dengan hikmah-Nya untuk peringatan kepada kita juga.

aku harap jenis homo sapien yang berlagak hebat ala ala keyboard warriors berhenti membuat spekulasi yang tidak berasas dan tolonglah jangan cepat melatah. setiap apa-apa yang disampaikan menjadi pertanyaan di kemudian hari. 

dan mungkin pihak pihak lain jugak boleh berhenti menyiarkan gambar yang menyayat hati. aku pun tak sanggup nak tengok apatah lagi keluarga mangsa.

semoga Allah tabahkan mereka.

dalam kita simpati atas apa yang terjadi. diharap kita tidak lupa terhadap keganasan Israel terhadap rakyat di Palestin. Allah sentiasa bersamamu wahai muslimin dan muslimat.

dan tidak lupa Al-fatihah untuk diri sendiri yang sentiasa membuat kesalahan dan kesilapan serta alpa dengan keduniaan.



Sunday, 13 July 2014

to the beautiful you

it has been a long time aku tak layan drama drama korea nie. nak cakap peminat tegar tak ada lah sangat. setakat nak isi masa kebosanan tuh boleh lah. oh well aku nie ketinggalan sket dalam bab bab drama terbaru nie hahahaha nampak tak perkembangan aku?

aku baru layan THE HEIRS time study week baru nie. haaaa tengok produktif tak study week aku. kah

minggu lepas baru jumpa drama baru. sebenarnya drama nie dah lama. tahun 2012 kot. oh my god i fall in love with you CHOI MIN HO. hahahahaha

TO THE BEAUTIFUL YOU. haaa drama nie lah aku nak bagitau. drama nie sama ala ala drama HANAKIMI jepun tuh. tapi yang nie versi korea. clishe sama jer. perempuan nie haa menyamar jadi lelaki kat sekolah lelaki. the end

by the way cite nie lengkap. ada someone special + friendship + friendzone + cemburu + benci + sacrifice + etc.

bintang? aku bagi 4 bintang sebab ending dia sedih dan best. yeahhhhhhh

yang belum tengok tuh. aku sarankan tengok eh. hmmm sebab? hentah. sebab CHOI MIN HO comel. kahkahkah bangang aku minat retis korea. okey jangan bash aku. suam suam kuku jer eh minat. K

the ACTORS 

CHOI MIN HO. kbai


Thursday, 3 July 2014

berubah atau jangan berubah?

kadang kadang kita tak sedar perubahan yang berlaku pada diri. senang cerita tengok pada diri aku sendiri. dari aku kecik sehingga aku mampu berdikari. aku banyak berubah. dari aku dulu berhingus dan sekarang pandai mensyampu, menyikat dan letak minyak pada rambut tanpa bantuan orang lain. aku gembira dengan perubahan itu. alhamdulillah aku masih diberikan peluang untuk melihat dan merasa perubahan itu.

*sengih*

dulu dulu time sekolah rendah rajin berlumba basikal berlari semata-mata nak dapat angka giliran pertama mengaji. gigih kan?

dulu dulu time sekolah menengah setiap pagi bawa tafsir Al-Quran untuk dibaca beramai-ramai pada setiap perhimpunan pagi. seronok kan?

sekarang? masih adakah semua itu? tepuk dada tanya iman. hurmmmm dah jauh tersasar. bila? bila? bila nak kembali ke landasan? bila?

*pejam mata tarik nafas dalam dalam*

perubahan.

setiap orang inginkan perubahan ke arah yang lebih baik. tapi kadang kadang ada sesetengah orang yang bencikan perubahan. perubahan apakah yang dimaksudkan? menjadi seseorang yang lain? atau menjadi diri sendiri yang sebenar?

aku? aku suka tengok orang berubah dan aku juga benci tengok orang berubah.

nak berubah boleh. tapi tolonglah nekad betul betul nak berubah. setakat acah acah cakap nak berubah tapi masih berada di takuk yang lama baik tak payah. yer aku tahu jalan untuk berubah bukan lurus. bengkang bengkok. tapi jangan kau risau. setiap perubahan ke arah yang lebih baik sentiasa dalam lindunganNya. 

tak nak berubah pun boleh. tapi tolong. tolong kali nie jangan berubah kepada seseorang yang lain. seseorang yang tidak dikenali. seseorang yang hipokrit. seseorang yang hurmmmmm. dan tolong jangan berubah ke arah yang lebih buruk. lama lama perubahan itu akan memakan diri.

aku gembira kau dah berubah.

senang hati melihat masing-masing gembira dengan kehidupan. walaupun kadang kadang ada ribut taufan dan itu normal. selagi kau mampu tersenyum dan memanjatkan rasa syukur dah cukup buat aku gembira. tapi ingat. bila kita tengah susah jangan menghukum diri. perhatikan sekeliling dan cakap "alhamdulillah".
senang kan?

jika terdetik dalam hati kenapa aku macam nie? kenapa aku yang kena? kenapa aku yang diuji? pernah tak kita fikir. pernah tak sebelum sebelum nie kita melakukan pekara yang sama terhadap orang lain. pernah?

nope. i'm not talking about KARMA. it's about pengajaran kepada kita sendiri supaya kita lebih sedar. dan supaya kita lebih berfikir jangan buat lagi dan lagi.

hahahahaha aku cuma nak cakap satu. SATU

eh tak aku nak cakap "something". terima kasih kerana pernah hadir dalam hidup aku dan bagi kenangan manis. minta maaf kalau ada terkurang yang ada pada diri aku. well lupakan apa yang terjadi dan terus pandang ke hadapan. hahahaha saja jer lah nie tetiba nak teringat balik kisah kisah dulu sebab rasa kagum dah boleh sengih dan lupakan walaupun parut sakit masih ada.

so be a good girl ummi. :)

Friday, 27 June 2014

#3 don't judge the book by it's cover

tengok tajuk.
hampeh.
keep all the same thing.
menyampah.
muak.
mual.
bosan.

menipu.
terasa ditipu.
dan tertipu.
mana hujung pangkalnya?
sedar?
atau masih dalam mimpi?
atau tertipu.
oh bangun lah.
kau kene tipu.

tipu apa?

tertipu dengan kulit buku tanpa mengetahui isi buku.
adakah sama dengan.
tertipu dengan manusia yang pijak kuman tapi tak mati.
tapi kat belakang tengah siap sedia asah pisau untuk menikam.

haaa tikam lah aku.
tikam berkali kali.
sampai aku tak terasa sakit.
perit.
pedih.

aku seakan meminta minta untuk ditikam lagi.

seronok berpura-pura?
seronok senyum?
seronok ketawa?
seronok tengok manusia manusia lain di bawah?
oh kena tipu lagi.

tolong jangan baik di depan padahal kau celaka di belakang.

kau berhak nak judge orang?
aku rasa kau baik.
aku rasa kau jahat.

melainkan kalau kau tukar.

aku rasa aku baik.
aku rasa aku jahat.

bukan kerja kita untuk judge. 
tapi aku tak dapat nak nafikan.
manusia inginkan kesempurnaan.
manusia inginkan perhatian.
manusia inginkan keperluan dan kehendak.

aku berani potong kaki tangan kalau manusia nie bukan dalam kategori memilih.

pilihlah.
pilihlah kesempurnaan di mata kau.

buanglah.
buanglah keburukkan yang muncul di mata kau.

sampah tetap sampah.
sampah takkan jadi belian.
sebab belian akan terus jadi belian.
dan sampah akan terus jadi sampah.

kadang kadang jadi sampah itu dah terbiasa.
dan aku gembira jadi sampah.

ingat.
biar buruk di mata manusia.
asalkan indah di mata DIA.









Thursday, 26 June 2014

kelemahan

aku yakin dan aku pasti setiap orang ada kelemahan. begitu juga dengan aku. kelemahan tak sepatutnya ditunjuk memandangkan kita terlalu ramai haters yang pada bila bila masa akan menjatuhkan kita. tunggu masa dan keadaan yang sesuai untuk bertindak. hmmmmmm kelemahan akan terus menjadi kelemahan kalau kita tidak cuba untuk perbaikinya.

tak semua orang akan kuat untuk terus kuat. disebabkan itu kelemahan akan muncul. lembik. manja. menangis. merayu. berputus asa. diam.

semua orang tahu. kalau sedih menangis. kalau marah diam. kalau gembira ketawa. kalau itu dan ini dan kalau itu dan ini.  

mungkin senang untuk berbicara. saya harap awak tabah. saya harap awak terus kuat. saya harap awak berusaha lagi. saya harap awak jangan berputus asa. saya harap awak terus bangun. 

dan ada yang berjanji. saya ada di sisi. saya ada di belakang. saya ada hulurkan tangan. saya ada kalau awak perlukan saya.

adakah yakin janji saya ada itu dapat ditunaikan?

pergi mampus kalau pandai memberikan janji kalau seseorang itu terus mempersoalkan "di manakah kamu? di manakah kamu ketika saya perlukan kamu? adakah kamu sudah lupa akan janji janji kita?"

bagi peluang. yer bagi peluang pada diri sendiri untuk terus mempercayai diri sendiri. dan juga bagi peluang untuk terus mempercayai orang di sekeliling kita. mungkin tak semua orang mampu ada ketika kita susah. dan mungkin tak semua mampu menolong ketika kita sedang mempunyai masalah.

masih mempersoalkan kelemahan?

wahai orang yang budiman yang mengenaliku. jika kau tahu kelemahan aku. mungkin ramai akan menjauhkan dari aku. mungkin tak ada sekelumit perasaan untuk memandangku. maaf aku hanya manusia biasa yang mempunyai kelemahan. dan maafkan aku atas kelemahan itu.

aku cuba untuk terus tersenyum supaya kelemahan aku itu terus menjadi suatu kelebihan. tapi dalam perjalanan aku bukan sesenang itu untuk terus tersenyum. ada air mata. yer air mata merupakan suatu kelemahan. jangan tunjuk air mata di depan orang orang yang lain kerana air mata itu menunjukkan kamu lebih lemah.

tapi adakah aku begitu kuat untuk bertahan tanpa mengeluarkan air mata?

aku harap selepas air mata aku keluar ada suara yang akan mengatakan "aku takkan biarkan lagi air mata itu keluar" tapi apa yang aku dapat? apa? hanya senyuman sinis yang lebih mengatakan. teruskan jadi lemah. teruskan kelemahan itu memakan diri.

Allah. kali ini aku betul betul jatuh.

cukup aku menyaksikan air mata orang di sekelilingku jatuh. aku cuba untuk bertahan lagi supaya air mata aku tidak jatuh sekali. dan untuk sekali lagi aku cuba untuk senyum supaya aku dapat menyalurkan aura yang positif kepada mereka.

aku mohon sekali lagi. jangan nangis mama.

"Allah nak uji lagi tuh" - mama

*terduduk dan air mata jatuh*








Wednesday, 25 June 2014

MTM 2013/2014

MTM is stand for MAJLIS TERTINGGI MAHASISWA. ape eh? haaa senang cite aku pun malas nak cite banyak. kat UPM nie ada 18 kolej termasuk UPM cawangan bintulu. so setiap kolej akan ada satu organisasi yang dipanggil MTM nie untuk handle semua aktiviti kolej dan pelajar. jangan silap eh. MPP tuh MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR yang handle segala mak bapak aktiviti dekat universiti k.

dekat UPM dipanggil MTM. mungkin universiti lain dipanggil lain. kan?

citenya bermula bila aku jugak terpilih sebagai salah seorang organisasi tersebut. haaa langkah nak jadi MTM? okey senang cite macam nie. kau aktif lepas tuh nama terpilih untuk pergi KEM PEMANTAPAN ORGANISASI 1 (KPO 1) lepas tuh ada TEMUDUGA oleh pihak pengurusan kolej dan lepas tuh dipilih bertuah pergi lah KEM PEMANTAPAN ORGANISASI 2 (KPO2) jadilah MTM. hahahahaha over jer kan.

ekceli aku pun tak berminat nak cite langkah-langkah dengan lebih teperinci. apa yang aku nak cakap TERLALU banyak rintangan dugaan halangan semasa kau bergelar seorang pemimpin. mesti semua orang tahu "tanggungjawab itu amanah". dah rasa amanah tuh bertanggungjaawab lah. bukan ambik sikap enau dalam belukar melepaskan pucuk masing masing. kemain keluar peribahasa kau.

aku pegang EXCO ICT dan MULTIMEDIA bersama partner. haaa simple jer keje exco aku. jaga cyberlab. jaga ternikal. haaa berkaitan dengan ict multimedia keje kami lah. nak cakap berat? sibuk? tak der lah sangat memandangkan exco aku tak ada buat program untuk tahun nie. asalnya ada tapi dibatalkan atas sebab sebab tertentu. ngelat kan? 

banyak sangat kalau nak cerita. kan jadi karangan SPM meluat pulak nak baca. 

alhamdulillah akhirnya selesai juga tanggungjawab kami bagi sesi 2013/2014. diharap apa apa yang telah dilakukan dapat memuaskan hati semuorang. yang baik jadikan teladan. yang buruk jadikan sempadan. terima kasih dan memohon beribu kemaafan dari aku jika ada terkurang semasa aku menjalankan tanggungjawab. biasalah manusia tak sempurna. cliche kan ayat?

aku sayang family MTM aku. aku rasa korang pelangkap perjalanan hidup aku. korang adalah kenangan dan korang jugak adalah pengalaman. love from me till infinity.

we are family

cuba teka mana aku?

program terakhir "MAKP22"


Sunday, 4 May 2014

Throwback

ada orang suka throwback. ada orang tak. hentah. mungkin kadang-kadang throwback itu menyakitkan. dan mungkin throwback itu pahit untuk ditelan.

bagi aku banyak throwback yang aku nak lupakan. walaupun kenangan itu takkan pernah luput daripada ingatan.

"kau kenapa termenung jauh?"

senyum.

"tengok. dah lah termenung sorang-sorang pastu senyum pun sorang-sorang. gila eh?"

geleng-geleng kepala. dan masih tersenyum.

"kalau kau ada cerita yang menarik cerita lah. kalau kau ada masalah kongsi lah"

dan masih lagi tersenyum.

"aku cuma rindukan kenangan dulu"

aku pasti ramai yang akan rindukan kenangan dulu. sejak kecil sehingga ke hari ini kita mencipta kenangan. dan kenangan itulah yang dithrowbackkan. 

tak semua kenangan kita dapat luahkan dengan kata-kata. ada yang terselit di kepala dan ada yang tersemat di hati.

kenangan yang pahit? boring lah hidup kalau sepanjang kehidupan kita sentiasa mendapat kenangan manis. tapi aku tahu setiap orang jalan tak lurus kan. bengkok sana sini. lepas tuh baru terhegeh-hegeh nak cari jalan yang lurus. sokey dah terbiasa.

aku nak throwback.

aku tetiba teringat kenangan semasa aku di sekolah rendah. belajar erti berkawan. belajar erti menjadi seorang pelajar yang berjaya. belajar menjadi anak yang baik. 

dan seterusnya aku di sekolah menengah. belajar erti kebebasan. belajar erti menjadi seorang pemimpin. belajar erti menjadi remaja.

dan aku di matrikulasi. walaupun sekejap aku belajar erti berdikari. erti menguruskan diri. erti berjauhan dengan insan tersayang.

dan kini aku di universiti. aku belajar semua segala benda yang pernah aku belajar dari sekolah rendah hingga ke sekarang. banyak yang telah aku pelajari dan mungkin lebih banyak yang mungkin akan aku pelajari.

well see tengok lah ada tak improvement diri?

yang baik jadikan tauladan. yang tak baik jadikan sempadan.

aku tahu semua orang wish ada butang delete yang boleh padamkan semua kenangan-kenangan pahit. tapi tak bagi aku. kenangan pahit itu yang lebih membangunkan aku. jika kenangan pahit itu menyakitkan kita ubah kenangan pahit menjadi manis seperti tambah gula atau madu.

k tak kelakar.

at least lah. ambik salah satu throwback untuk buat kita tersenyum kembali. sapa tak rindu sebuah senyuman dari seseorang. 

just miss. not anything.

"kau kenapa menangis?"

angkat muka pandang dengan penuh pengertian.

"kalau kau sedih aku pun akan sedih. please stop nangis"

air mata terus mengalir dengan laju.

"aku tahu kau kuat. dan aku tahu kau boleh"

kesat air mata sambil teresak-resak.

kadang-kadang kesedihan susah nak diungkapkan dengan kata-kata. hanya mata yang tidak pandai menipu menceritakan segalanya.

"tak salah menangis bro. tapi jangan hilang macho"

throwback eh? penat tak throwback tapi ada orang langsung tak nak ingat kenangan dia dengan kita. tak penat ker?

malah ada yang semakin membenci. dan mungkin akan menjauhi. jahat ker tak haaa?

aku tak mintak untuk diingati. aku cuma nak orang tahu. jika tengah bersedih ingatlah segala kenangan manis. walaupun bukan dengan aku tapi mungkin dengan orang lain.

jom cipta memori. 

Saturday, 19 April 2014

tempat yang sama orang yang berbeza

aku nampak jer acah acah gembira. acah acah kuat. acah acah boleh lompat sana sini. tapi hakikatnya aku jatuh. aku jatuh terlalu dalam sampai aku tak mampu nak mencapai tangan tangan yang dihulurkan. aku mencari tangan tangan itu. hurmmmm masih adakah yang sudi menghulurkan tangan. masih ada?

cukup ada yang datang. ada yang pergi. tak perlu risau melebih dan menangisi meraung. dah memang adat dunia. semua yang kita jumpa akan pergi jugak. sedih kan?




satu malam aku duduk memandang tasik. tasik yang luas terbentang di depan mata. aku gelarkan tasik itu "tempat yang sama orang yang berbeza". hentah kenapa tasik itu begitu istimewa bagi aku. banyak kenangan yang dilalui dan diciptakan di situ. ada gelak. ada diam. ada tangisan. dan ada juga angan angan tanpa sedar.

bunyi bunyi kereta lalu lalang berserta angin pagi hanya memecahkan suasana. tujuan aku cuma satu. memandang tasik hingga aku mendapat suatu perasaan. dan perasaan ini bukan senang untuk dimiliki.

apa?

ha'ah rasa ketenangan dan rasa bersyukur.

tenang melihat tasik yang luas terbentang. tenang melihat langit yang disinari bulan dan bintang. tenang melihat segala ciptaan-Nya. hentah cuma rasa tenang datang dengan tetiba. aku cuba pejam mata dan terbayangkan lakon layar kehidupan selama 21 tahun. apa yang kau dah buat?

bila aku buka mata kembali. suatu perasaan lain pula yang muncul. yer rasa bersyukur. rasa bersyukur masih mampu membuka mata dan memandang tasik yang luas terbentang di depan mata. dan juga masih mampu memandang langit yang disinari bulan dan bintang.

ALHAMDULILAH.

aku hanya hamba-Mu yang lemah.

aku tersenyum sendiri. satu persatu kenangan yang berlaku singgah di benak otak. ada yang manis. ada yang tawar. kalau boleh aku nak buang yang tawar tuh jauh jauh. buat apa nak simpan yang tawar. nak biar sampai berkulat haaaa?

mungkin sebab banyak kenangan yang manis aku sukakan tasik itu. walaupun aku datang dengan orang yang berbeza tapi tak sama setiap kali persinggahan di tasik itu. aku tahu ada yang mungkin akan benci dan tak suka tasik itu. tapi aku nak beritahu aku sukakan tempat yang sama orang yang berbeza itu okeyyyyyy.

tasik itu menyaksikan beberapa perjanjian. tapi aku tahu perjanjian hanya meniti di bibir walaupun ada sesetengah yang telah ingkar dan lupa kepada perjanjian itu. aku tak kisah walhal dalam hati memberontak sebab kita tak boleh nak memaksa seseorang.

aku pandang tasik itu dengan pandangan yang kosong. aku memerlukan kekuatan. aku harap dengan rasa ketenangan itu aku boleh menyerap kembali semangat aku yang hilang. aku cuba untuk berdiri walaupun aku masih nampak utuh berdiri. namun aku jatuh. jatuh terduduk memandang tasik itu lagi.

sampai satu tahap kita sebenarnya tak kuat. Allah kuatkan aku.

Sunday, 6 April 2014

Shemput Team

apa pulak nie shemput team? haaa nie nak bagitau bagaimana shemput team boleh terbina boleh ditubuhkan boleh didirikan.

macam biasa medium group whatsapp untuk shemput team mestilah ada.

kami shemput team adalah kaki kaki beginners yang baru nak masuk alam hiking bukit-bukit atau gunung-gunung yang ada kat dunia nie. oh by the way kami siap ada tagline tau.

"hiking till the end"

disebabkan kitorang nie budak budak baru nak belajar. kitorang hanya mengikut pendakian orang lain. bak kata orang masuk selit celah asalkan ada peluang kitorang nak hiking. haaaa itulah permulaan kami menggerakkan team nie. kalau nak redah kami nie terlalu macam acah acah bajet hebat pulak. alahhh alang alang tuh boleh menajamkan lagi skill skill yang ada supaya nanti kami boleh bergerak dengan kepala dan kaki sendiri. tak gittew?

bila dikira dihitung balik aku pun tak pasti shemput team nie ada berapa orang. sebab ahli-ahli kadang-kadang ada yang ikut ada yang tak. so generalnya sapa yang ikot bergambar bila kami jerit "shemmmmputtt teammm jommm bergambarrrr". so sesiapa yang ada dalam gambar dialah shemput team. kahkahkah

tak kisah lah.

mungkin aku bersama shemput team dah kali ke-7 kami hiking bersama-sama. bermula dengan Bukit Broga, Bukit Tabur, Gunung Nuang, Bukit Kutu, Bukit Saga, Gunung Stong dan Gunung Datuk.

Aim kami untuk menawan puncak yang ada akan dilistkan. haaaa slow slow okey. ingat tagline. hiking till the end. sampai tua kitorang akan mendaki lagi. in shaa Allah kalau diberikan keizinan.

walaupun kadang kadang ada jer benda tak puas hati dengan korang nie. sumpah aku sayang korang. dengan perangai yang bajet poyo bajet pandai bajet kuat bajet hebat bajet cantik bajet comel bajet macho bajet hensem dan segala bajet bajet yang ada. hahahahaha

"Setiap perjalanan ada pengalaman yang tersendiri dan setiap orang ada perangai yang tersendiri. Tak tahu tapi korang memang awesome." - twitter


Bukit Broga
Bukit Tabur

Gunung Nuang


Bukit Kutu

Gunung Stong

Caving

Gunung Datuk
p/s : abaikan ada dua tiga orang yang terselit. kalau nampak muka yang sama tuh. diorang lah shemput team yang sebenar. kekekekekeke

Sunday, 23 March 2014

RINDU

satu patah perkataan mengandungi 5 huruf dimulai dengan huruf R dan diakhiri dengan huruf U. apa itu? ha'ah rindu.

satu perkataan yang cukup memberikan makna yang sangat besar. besar setakat mana? besar seperti sebiji burger king?

disebabkan perkataan ini memberikan makna yang besar. aku rindu. aku rindu untuk rasa rindu. aku rindu untuk dirindui dan aku rindu untuk merindu. apebenda nie?

kadang-kadang orang sering kali melupakan erti makna perkataan rindu dan mungkin juga bagi sesetengah orang perkataan rindu itu boleh diungkapkan dengan tiada perasaan rindu. hah kau paham apa yang aku cuba sampaikan?

dengan erti kata mudahnya. aku cakap aku rindu kau. so feedback aku dapat balik kadang-kadang macam "oh yer ker? eh? tipu? betul ker kau rindu aku?' dan seterusnya.

apa yang kau harapkan kalau seseorang itu rasa rindu?

aku rindu.

1. aku rindu family aku dohhhhh. cite dia hari nie dah masuk sebulan lebih aku tak jumpa mereka. hanya mendengar sayup-sayup suara di corong telefon. tak cukup untuk melepaskan rindu kot. huhhhhh. like seriusly aku rindu nak dengar mama aku membebel , nak dengar abah aku bajet bajet marah, nak gaduh gaduh dengan abang aku dan yang paling penting aku nak makan masakan kat rumah tanpa perlu ada rasa takut untuk gemuk. kikikikikikikiki

2. aku rindu zaman matrikulasi. sesajer nak campak balik kenangan kenangan setahun aku berada nun jauh di sebelah utara. walaupun setahun tapi cukup memberikan perlbagai masam pahit manis tawar. dan juga cukup mengejarkan aku erti nilai persahabatan walaupun kita bercakap lain lain loghat. kan?

3. aku rindu nak hiking lagi. hurmmmmm tak cukup melepaskan rindu dengan memerhati gambar gambar bukit bukit gunung gunung yang lepas. bila nak hiking lagi hoi?

cukuplah hanya dimentionkan 3 sahaja kerinduan aku. kalau ikutkan banyak lagi. tapi biarlah hati sahaja yang mengetahui aku rindu. 

yer aku rindu kepada mereka yang pernah singgah dalam hidup aku. aku rindu insan insan yang buat aku tersenyum. dan juga aku rindu insan insan yang buat aku menangis.

dan yang paling penting. aku merindui MH370. susah nak diungkap dengan kata kata apatah lagi dengan penulisan. aku cuba meletakkan diri aku sebagai orang yang terdekat. sebak dan hanya mampu berdoa. 


kau kat mana? please muncul. kitorang semua menunggu kau.

Sunday, 9 March 2014

okey ker?

hampir saban hari atau setiap hari. kau okey tak? kau okey tak? kau okey tak?

hurmmm muak tau. muak kalau asyik ditanya. tapi sebenarnya soalan soalan ini menunjukkan kita masih disayangi. kita masih diambil berat. dan kita masih wujud. eh ker tak?

tapi bagi aku. aku suka kalau orang tanya aku okey ker tak. kenapa? sebab aku memang suka lah.

lately banyak sangat pekara mengejut berlaku dalam hidup. pheh boleh pulak kau datang gedabak camtuh jer. dah lah aku tak ready lagi. dah lah jatuh. pastu ditimpa tangga. pastu orang pijak pijak. pastu terus tertanam dalam tanah. 

k hiperbola sangat.

kau ready ker tak. kau kena hadapi. sama jugak dengan KEMATIAN. kita bukan tahu bila kita akan pergi. pastu boleh pulak nak main tangguh tangguh. TAK.

bagi aku senang. ada masalah hadapai. bukan lari. walaupun dalam kepala aku nie asyik dok pikir. bawa aku pergi. tapi tak boleh. i'm becoming a LOOSER kalau aku asyik lari. weh tak penat ker lari? aku yang jalan nak gi fakulti hari hari nie semput tau. 

tak tahu tanya. bukan cepat cepat jer nak judge. nie lah manusia. cepat sangat melatah. bukan nak ambik tahu dulu. pastu dok sebar cerita sini sana jet jet kau jer manusia paling pantas kat dunia nie yang boleh menyebarkan cerita lebih pantas daripada laman sosial. kan?

by the way lupa. kau tanya aku okey tak?

TAK.

tak tahu apa yang aku pikir sekarang. tapi yang aku tahu nama aku dah diburukkan. hurmmmmm malas nak cerita panjang. cukup lah tahu sampai setakat tuh jer. yer aku mengaku salah aku. aku memang jahat walaupun salah kecik tapi ibarat aku telah bunuh seekor harimau. eh aku telah bunuh seorang manusia. eh aku telah bunuh seekor semut hitam.

hah. abaikan. aku tersangat lah down bila seseorang tak percayakan aku. sampai mengkondem kan cita cita aku sejak dari kecik lagi. hah i'm become useless.

keep calm and break the rules.

bila semuanya berubah. semua berubah secara drastik sebab kau tak menjangkakan perubah yang berlaku sekarang. aku gembira dengan setiap perubahan yang berlaku kalau perubahan itu memberikan kebaikan kepada semua. simple. aku gembira melihat kebahagiaan orang lain. sebab bagi aku. bila kita bahagiakan orang lain. in shaa Allah kita juga akan bahagia. pegang konsep tuh.

cukup cukup lah tuh meroyan. sekali sekala tak per. tapi kalau dah berkali berkala. rasa nak sepak pun ada. kah

tipu lah kalau aku cakap tak jeles tengok orang lain boleh tersenyum bila dia tengah berduka. wah bagi aku sumpah nak respect orang cemgini. mohon ajar aku jadi fake jugak. hewhewhewhewhew

bukan sesukahati nak jadi fake palsu bagai. tapi keadaan yang memaksa untuk jadi camtuh. kalau tak nanti orang tanya. okey ker tak? sebab asyik nampak tak okey kan orang cakap period datang berbulan bulan tah habis habis lagi. lews

lama tak update blog. bila nak nak jadi serius pemblogger hentah. tahu walaupun bukan orang nak baca sangat. ah kesah pulak aku. sapa suruh kau bukak. kakakakakaka

keep calm and everything will be okey.

p/s : Happy Women Day and Pray for MH370



Saturday, 8 March 2014

let her GO

Well you only need the light when it's burning low
Only miss the sun when it starts to snow
Only know you love her when you let her go

Only know you've been high when you're feeling low
Only hate the road when you’re missin' home
Only know you love her when you let her go
And you let her go

Staring at the bottom of your glass
Hoping one day you'll make a dream last
But dreams come slow and they go so fast

You see her when you close your eyes
Maybe one day you'll understand why
Everything you touch surely dies

But you only need the light when it's burning low
Only miss the sun when it starts to snow
Only know you love her when you let her go

Only know you've been high when you're feeling low
Only hate the road when you're missin' home
Only know you love her when you let her go

Staring at the ceiling in the dark
Same old empty feeling in your heart
'Cause love comes slow and it goes so fast

Well you see her when you fall asleep
But never to touch and never to keep
'Cause you loved her too much
And you dived too deep

Well you only need the light when it's burning low
Only miss the sun when it starts to snow
Only know you love her when you let her go

Only know you've been high when you're feeling low
Only hate the road when you're missin' home
Only know you love her when you let her go

And you let her go
And you let her go
Will you let her go?

'Cause you only need the light when it's burning low
Only miss the sun when it starts to snow
Only know you love her when you let her go

Only know you've been high when you're feeling low
Only hate the road when you're missin' home
Only know you love her when you let her go

'Cause you only need the light when it's burning low
Only miss the sun when it starts to snow
Only know you love her when you let her go

Only know you've been high when you're feeling low
Only hate the road when you're missin' home
Only know you love her when you let her go

And you let her go

p/s : walaupun lagu kat tema blog nie just cover. tapi maksud yang nak disampaikan sama. ha'ah let her go.