Monday, 6 January 2014

rindu pengubat luka

huh. macam tak ada life sket sket nak shared lirik lagu. padahal kalau google berderet link link akan keluar. ah kesah pulak aku. blog aku. dan aku suka mendalami lirik sesebuah lagu. kalau tak mana nak dapat feel kan. setakat nyanyi pastu angguk angguk kepala padahal lirik hentah pape jer. macam lifeless. eh

next song yang juga berjaya membuat kawan kawan aku GILA sehari.

"Toi - RINDU PENGUBAT LUKA"

aku tak tahu virus apa yang terkena diorang nie. alkisahnya sorang sorang nak meroyan katanya patah hati jiwa direntap bla bla bla. ah tak habis habis dengan masalah cinta korang. ingat korang jer tahu nak bercinta? habis aku nie apa? kayu tunggul batu simen? aku pun ada perasaan ingin mencintai dan dicintai. pheh nak menjiwang agak agak ah. geli woi.

dah dah dah. jom aku aku nak menggunting dan tampal lirik lagunyaaaa.

Sering kali ku terkenang saat kau tersenyum
Lalu memandang ku
Tapi, kini pabila kau tiada di sisi
Ku terdampar layu, beralunan sepi
Melayang-layang dihembus bayumu

Tak ku ulangi kesilapan itu
Maafkan aku
Mengguris hatimu
Berilah ku ruang perbaiki diriku
Aku merayu kembali kepada ku
Rindu pengubat luka

Ku masih memerlukan belaian kasih
Dan tawa mesramu
Kau seretku ke dalam rongga hatimu
Salut kerinduan menggamit menusuk di kalbuku
Terangi hidupku dengan cahayamu

Tak ku ulangi kesilapan itu
Maafkan aku
Mengguris hatimu
Berilah ku ruang perbaiki diriku
Aku merayu kembali kepada ku
Rindu pengubat luka

Walau ku dilupakan
Namun jangan kau lupakan detik bersama

Tak ku ulangi kesilapan itu
Maafkan aku
Mengguris hatimu
Berilah ku ruang perbaiki diriku
Aku merayu kembali kepada ku
Tak ku ulangi kesilapan itu
Maafkan aku
Mengguris hatimu
Berilah ku ruang perbaiki diriku
Aku merayu kembali kepada ku
Rindu pengubat luka


oh yeahhh! rindu pengubat luka. and then selepas korang mendalami lirik lagu kat atas nie. apa yang korang paham? apa yang korang rasa? kalau korang betul betul mendalami lah. aku pun tak ada lah sampai tahap mendalami pergi cari maksud satu satu dalam kamus dewan. cukup setakat paham ayat yang terpampang tuh.

hah? apa yang aku paham?

hentah. aku rasa lagu nie best. ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha

ekceli ekceli setiap orang ada pandangan masing masing cara nak fahami sesuatu benda. atau dengan lebih tepat lagi nak faham sesuatu fahaman. yer aku tak berhak nak pengaruh korang nak faham apa yang aku faham. dan aku jugak tak berhak nak paksa korang percaya apa yang aku percaya. 

accept different from others. jangan ingat pendapat kau sorang jer betul dan semua orang TERPAKSA cakap. yer kau betul. no no no. at least bagi peluang kat orang lain mengemukakan pendapat masing masing dannnnnn cuba cakap. hurmmmm betul jugak kau cakap nie.

tak sweet namanya tuh? eh tak. kbai

sebenanrnya aku nak cakap nie langsung tak ada kena mengena dengan rindu pengubat luka. ha ha ha ha ha. k tak kelakar.

apa yang aku cuba nak sampaikan kat sini. peraturan peraturan menggunakan laman sosial. alah macam boring jer kalau aku nak bagitau. padahal rasanya masing masing dah boleh paham dan tahu dah cara nak guna untuk kebaikan dan keburukkan laman sosial.

at least lah paling komang kau mesti ada facebook. advance sket ada twitter. advance lagi instagram + wechat + keek + blog + bla bla bla.

tak salah nak memberitahu perjalanan kehidupan seharian anda di laman laman yang ada. tapi perpada-pada. begitu jugak dengan gambar yang nak disharedkan. perpada-pada. begitu jugak dengan sesi luahan perasaan. berpada-pada. dengan kata senangnya apa yang anda nak buat di laman sosial mestilah berpada-pada.

ssooooooo. kalau nak cakap bagi nasihat pun mestilah perpada-pada. tak semua akan terasa apa yang korang cakap. hentah hentah orang lain yang tak ada kena mengena pulak terasa dan tak semena-mena wrestling berlaku. tak mau. tak mau. tak mau. 

memang susah nak jaga hati semua orang. sebab kadang-kadang hati sendiri pun tak terjaga. so untuk keselamatan sejagat. fikir dulu sebelum bertindak.

hah. apa yang aku melalut nie?

kesimpulannya, kalau dah jakun sangat. baik masuk gua. ah gila langsung tak ada kena mengena. HAHAHAHAHAHAHAHAHA

hurmmm. nikmatilah rindu pengubat luka.


Friday, 3 January 2014

Tahun baru. Tahun 2014.


hai 2014. hai tahun baru. hai 21 tahun. hai awak. hai kamu. hai kau. hai lu.

maaf. aku dah lama tak melepak kat sini. tetiba malam nie berkesempatan pulak. dan aku sangat rindu kau blog. gila tak rindu. tengok last post tahun lepas kot. lama tuh. hehehehehe

hari nie dah masuk tajuk bab 3 daripada 365 bab. pheh! boleh tahan banyak bab aku kena explore nie. keep calm and always keep calm.

bila dah lama tak berblogging. dan dan jer terus blank nak post apa. hurmmmm so pikir pikir punyer pikir. aku TERJATUH CINTA pulak. eh bukan jatuh cinta dengan seseorang. jatuh cinta dengan lagu. lagu yang berkumandang kat blog niee haaa. jap jap jap. izinkan tuan hamba menyalin dan menampal lirik lagu tersebut.

Bila ku buka mata
Rasa tak berdaya
Hadapi semua
Sejak hatiku luka
Mampukah ku menunggu
Bayangan dirimu
Atau biar berlalu
Hapus semua lelahku
Meskipun engkau tahu
Hati ini masih menyayangi dan menyinta
Tegarnya kau menyiksa
Disaat diri derita
Mencari engkau tiada

Meski engkau sedari
Diri ini masih ingin terus ditemani
Mengapa engkau pergi
Disaat ku masih lagi
Perlu engkau disini
Aku perlu dirimu
Hiburkan siangku
Indahkan mimpiku
Ku ingin kau tahu
Oh sayang aku rindu
Ku cintai kamu
Peluklah diriku
Hangatkan seperti dulu
Meskipun engkau tahu
Hati ini masih menyayangi dan menyinta
Tegarnya kau menyiksa
Disaat diri derita
Mencari engkau tiada
Meski engkau sedari
Diri ini masih ingin terus ditemani
Mengapa engkau pergi
Disaat ku masih lagi
Perlu engkau disini
Mengapa engkau pergi
Disaat ku masih lagi
Perlu engkau disini
Masih Perlu – Tasha Manshahar
lagu nie cukup menceritakan seorang lelaki tinggalkan seorang perempuan dan bla bla bla. ah bosan. aku tak berminat nak bercerita tentang perjalanan lagu nie. aku lebih berminat nak kaitkan lagu nie dengan kisah hidup aku. kenapa? aku kena tinggalkan kekasih ker? oh please. sape kekasih aku?  
lately. ada pulak masalah yang timbul. hentah. aku tak tahu macam mana nak huraikan masalah yang aku hadapi. senang cerita macam nie. aku rapat dengan seseorang yang tak sepatutnya aku rapat. dan orang sekeliling pandang aku "buruk" sebab aku mungkin bersalah dalam hal nie. like hell yeah!
huh *mengeluh dan tarik nafas panjang-panjang*
tipu lah aku cakap aku boleh persetankan apa-apa orang cakap. tapi hakikatnya aku tak kuat. setiap kali nak tidor aku fikir. macam mana aku nak selesaikan. macam mana aku nak hadapi. macam mana aku nak terus kuat. macam mana aku tak nak nampak aku lemah.
"buat apa nak peduli apa orang cakap. kita tahu apa yang kita buat" - him
mungkin aku perlu berubah. mungkin bukan sekarang. mungkin masa akan datang. dan mungkin suatu hari nanti. 
dan cukup mimpi membuktikan aku perlu hilang. kalau itu untuk kebaikan semua orang. aku rela. dan aku nak kau tahu. bila aku hilang jangan cari aku. jangan terus cari aku. dan jangan terus menerus cari aku.
aku okey.
aku sayang kau sahabat. aku rindu kau sahabat. aku cinta kau sahabat.

//
ohhemmmgeeee. kemain post blog tahun baru sesedih semacam jer. HAHAHAHAHAHA. sajer ambik feel sket. padahal nak nangis dah niee haa. eh tak. aku tak semanja itu. setakat air mata meleleh itu biasa lah kan. alah setiap manusia ada had dia tak mampu nak jadi kuat. it's okey to cry kan?
by the way. wish luck kat semua kengkawan for the final exam and especially for me. oh yeahh! gila kentang semester 3 dah nak berlalu. and i will miss 2013.