Saturday, 19 April 2014

tempat yang sama orang yang berbeza

aku nampak jer acah acah gembira. acah acah kuat. acah acah boleh lompat sana sini. tapi hakikatnya aku jatuh. aku jatuh terlalu dalam sampai aku tak mampu nak mencapai tangan tangan yang dihulurkan. aku mencari tangan tangan itu. hurmmmm masih adakah yang sudi menghulurkan tangan. masih ada?

cukup ada yang datang. ada yang pergi. tak perlu risau melebih dan menangisi meraung. dah memang adat dunia. semua yang kita jumpa akan pergi jugak. sedih kan?




satu malam aku duduk memandang tasik. tasik yang luas terbentang di depan mata. aku gelarkan tasik itu "tempat yang sama orang yang berbeza". hentah kenapa tasik itu begitu istimewa bagi aku. banyak kenangan yang dilalui dan diciptakan di situ. ada gelak. ada diam. ada tangisan. dan ada juga angan angan tanpa sedar.

bunyi bunyi kereta lalu lalang berserta angin pagi hanya memecahkan suasana. tujuan aku cuma satu. memandang tasik hingga aku mendapat suatu perasaan. dan perasaan ini bukan senang untuk dimiliki.

apa?

ha'ah rasa ketenangan dan rasa bersyukur.

tenang melihat tasik yang luas terbentang. tenang melihat langit yang disinari bulan dan bintang. tenang melihat segala ciptaan-Nya. hentah cuma rasa tenang datang dengan tetiba. aku cuba pejam mata dan terbayangkan lakon layar kehidupan selama 21 tahun. apa yang kau dah buat?

bila aku buka mata kembali. suatu perasaan lain pula yang muncul. yer rasa bersyukur. rasa bersyukur masih mampu membuka mata dan memandang tasik yang luas terbentang di depan mata. dan juga masih mampu memandang langit yang disinari bulan dan bintang.

ALHAMDULILAH.

aku hanya hamba-Mu yang lemah.

aku tersenyum sendiri. satu persatu kenangan yang berlaku singgah di benak otak. ada yang manis. ada yang tawar. kalau boleh aku nak buang yang tawar tuh jauh jauh. buat apa nak simpan yang tawar. nak biar sampai berkulat haaaa?

mungkin sebab banyak kenangan yang manis aku sukakan tasik itu. walaupun aku datang dengan orang yang berbeza tapi tak sama setiap kali persinggahan di tasik itu. aku tahu ada yang mungkin akan benci dan tak suka tasik itu. tapi aku nak beritahu aku sukakan tempat yang sama orang yang berbeza itu okeyyyyyy.

tasik itu menyaksikan beberapa perjanjian. tapi aku tahu perjanjian hanya meniti di bibir walaupun ada sesetengah yang telah ingkar dan lupa kepada perjanjian itu. aku tak kisah walhal dalam hati memberontak sebab kita tak boleh nak memaksa seseorang.

aku pandang tasik itu dengan pandangan yang kosong. aku memerlukan kekuatan. aku harap dengan rasa ketenangan itu aku boleh menyerap kembali semangat aku yang hilang. aku cuba untuk berdiri walaupun aku masih nampak utuh berdiri. namun aku jatuh. jatuh terduduk memandang tasik itu lagi.

sampai satu tahap kita sebenarnya tak kuat. Allah kuatkan aku.

Sunday, 6 April 2014

Shemput Team

apa pulak nie shemput team? haaa nie nak bagitau bagaimana shemput team boleh terbina boleh ditubuhkan boleh didirikan.

macam biasa medium group whatsapp untuk shemput team mestilah ada.

kami shemput team adalah kaki kaki beginners yang baru nak masuk alam hiking bukit-bukit atau gunung-gunung yang ada kat dunia nie. oh by the way kami siap ada tagline tau.

"hiking till the end"

disebabkan kitorang nie budak budak baru nak belajar. kitorang hanya mengikut pendakian orang lain. bak kata orang masuk selit celah asalkan ada peluang kitorang nak hiking. haaaa itulah permulaan kami menggerakkan team nie. kalau nak redah kami nie terlalu macam acah acah bajet hebat pulak. alahhh alang alang tuh boleh menajamkan lagi skill skill yang ada supaya nanti kami boleh bergerak dengan kepala dan kaki sendiri. tak gittew?

bila dikira dihitung balik aku pun tak pasti shemput team nie ada berapa orang. sebab ahli-ahli kadang-kadang ada yang ikut ada yang tak. so generalnya sapa yang ikot bergambar bila kami jerit "shemmmmputtt teammm jommm bergambarrrr". so sesiapa yang ada dalam gambar dialah shemput team. kahkahkah

tak kisah lah.

mungkin aku bersama shemput team dah kali ke-7 kami hiking bersama-sama. bermula dengan Bukit Broga, Bukit Tabur, Gunung Nuang, Bukit Kutu, Bukit Saga, Gunung Stong dan Gunung Datuk.

Aim kami untuk menawan puncak yang ada akan dilistkan. haaaa slow slow okey. ingat tagline. hiking till the end. sampai tua kitorang akan mendaki lagi. in shaa Allah kalau diberikan keizinan.

walaupun kadang kadang ada jer benda tak puas hati dengan korang nie. sumpah aku sayang korang. dengan perangai yang bajet poyo bajet pandai bajet kuat bajet hebat bajet cantik bajet comel bajet macho bajet hensem dan segala bajet bajet yang ada. hahahahaha

"Setiap perjalanan ada pengalaman yang tersendiri dan setiap orang ada perangai yang tersendiri. Tak tahu tapi korang memang awesome." - twitter


Bukit Broga
Bukit Tabur

Gunung Nuang


Bukit Kutu

Gunung Stong

Caving

Gunung Datuk
p/s : abaikan ada dua tiga orang yang terselit. kalau nampak muka yang sama tuh. diorang lah shemput team yang sebenar. kekekekekeke