Sunday, 4 May 2014

Throwback

ada orang suka throwback. ada orang tak. hentah. mungkin kadang-kadang throwback itu menyakitkan. dan mungkin throwback itu pahit untuk ditelan.

bagi aku banyak throwback yang aku nak lupakan. walaupun kenangan itu takkan pernah luput daripada ingatan.

"kau kenapa termenung jauh?"

senyum.

"tengok. dah lah termenung sorang-sorang pastu senyum pun sorang-sorang. gila eh?"

geleng-geleng kepala. dan masih tersenyum.

"kalau kau ada cerita yang menarik cerita lah. kalau kau ada masalah kongsi lah"

dan masih lagi tersenyum.

"aku cuma rindukan kenangan dulu"

aku pasti ramai yang akan rindukan kenangan dulu. sejak kecil sehingga ke hari ini kita mencipta kenangan. dan kenangan itulah yang dithrowbackkan. 

tak semua kenangan kita dapat luahkan dengan kata-kata. ada yang terselit di kepala dan ada yang tersemat di hati.

kenangan yang pahit? boring lah hidup kalau sepanjang kehidupan kita sentiasa mendapat kenangan manis. tapi aku tahu setiap orang jalan tak lurus kan. bengkok sana sini. lepas tuh baru terhegeh-hegeh nak cari jalan yang lurus. sokey dah terbiasa.

aku nak throwback.

aku tetiba teringat kenangan semasa aku di sekolah rendah. belajar erti berkawan. belajar erti menjadi seorang pelajar yang berjaya. belajar menjadi anak yang baik. 

dan seterusnya aku di sekolah menengah. belajar erti kebebasan. belajar erti menjadi seorang pemimpin. belajar erti menjadi remaja.

dan aku di matrikulasi. walaupun sekejap aku belajar erti berdikari. erti menguruskan diri. erti berjauhan dengan insan tersayang.

dan kini aku di universiti. aku belajar semua segala benda yang pernah aku belajar dari sekolah rendah hingga ke sekarang. banyak yang telah aku pelajari dan mungkin lebih banyak yang mungkin akan aku pelajari.

well see tengok lah ada tak improvement diri?

yang baik jadikan tauladan. yang tak baik jadikan sempadan.

aku tahu semua orang wish ada butang delete yang boleh padamkan semua kenangan-kenangan pahit. tapi tak bagi aku. kenangan pahit itu yang lebih membangunkan aku. jika kenangan pahit itu menyakitkan kita ubah kenangan pahit menjadi manis seperti tambah gula atau madu.

k tak kelakar.

at least lah. ambik salah satu throwback untuk buat kita tersenyum kembali. sapa tak rindu sebuah senyuman dari seseorang. 

just miss. not anything.

"kau kenapa menangis?"

angkat muka pandang dengan penuh pengertian.

"kalau kau sedih aku pun akan sedih. please stop nangis"

air mata terus mengalir dengan laju.

"aku tahu kau kuat. dan aku tahu kau boleh"

kesat air mata sambil teresak-resak.

kadang-kadang kesedihan susah nak diungkapkan dengan kata-kata. hanya mata yang tidak pandai menipu menceritakan segalanya.

"tak salah menangis bro. tapi jangan hilang macho"

throwback eh? penat tak throwback tapi ada orang langsung tak nak ingat kenangan dia dengan kita. tak penat ker?

malah ada yang semakin membenci. dan mungkin akan menjauhi. jahat ker tak haaa?

aku tak mintak untuk diingati. aku cuma nak orang tahu. jika tengah bersedih ingatlah segala kenangan manis. walaupun bukan dengan aku tapi mungkin dengan orang lain.

jom cipta memori.