Friday, 27 June 2014

#3 don't judge the book by it's cover

tengok tajuk.
hampeh.
keep all the same thing.
menyampah.
muak.
mual.
bosan.

menipu.
terasa ditipu.
dan tertipu.
mana hujung pangkalnya?
sedar?
atau masih dalam mimpi?
atau tertipu.
oh bangun lah.
kau kene tipu.

tipu apa?

tertipu dengan kulit buku tanpa mengetahui isi buku.
adakah sama dengan.
tertipu dengan manusia yang pijak kuman tapi tak mati.
tapi kat belakang tengah siap sedia asah pisau untuk menikam.

haaa tikam lah aku.
tikam berkali kali.
sampai aku tak terasa sakit.
perit.
pedih.

aku seakan meminta minta untuk ditikam lagi.

seronok berpura-pura?
seronok senyum?
seronok ketawa?
seronok tengok manusia manusia lain di bawah?
oh kena tipu lagi.

tolong jangan baik di depan padahal kau celaka di belakang.

kau berhak nak judge orang?
aku rasa kau baik.
aku rasa kau jahat.

melainkan kalau kau tukar.

aku rasa aku baik.
aku rasa aku jahat.

bukan kerja kita untuk judge. 
tapi aku tak dapat nak nafikan.
manusia inginkan kesempurnaan.
manusia inginkan perhatian.
manusia inginkan keperluan dan kehendak.

aku berani potong kaki tangan kalau manusia nie bukan dalam kategori memilih.

pilihlah.
pilihlah kesempurnaan di mata kau.

buanglah.
buanglah keburukkan yang muncul di mata kau.

sampah tetap sampah.
sampah takkan jadi belian.
sebab belian akan terus jadi belian.
dan sampah akan terus jadi sampah.

kadang kadang jadi sampah itu dah terbiasa.
dan aku gembira jadi sampah.

ingat.
biar buruk di mata manusia.
asalkan indah di mata DIA.









Thursday, 26 June 2014

kelemahan

aku yakin dan aku pasti setiap orang ada kelemahan. begitu juga dengan aku. kelemahan tak sepatutnya ditunjuk memandangkan kita terlalu ramai haters yang pada bila bila masa akan menjatuhkan kita. tunggu masa dan keadaan yang sesuai untuk bertindak. hmmmmmm kelemahan akan terus menjadi kelemahan kalau kita tidak cuba untuk perbaikinya.

tak semua orang akan kuat untuk terus kuat. disebabkan itu kelemahan akan muncul. lembik. manja. menangis. merayu. berputus asa. diam.

semua orang tahu. kalau sedih menangis. kalau marah diam. kalau gembira ketawa. kalau itu dan ini dan kalau itu dan ini.  

mungkin senang untuk berbicara. saya harap awak tabah. saya harap awak terus kuat. saya harap awak berusaha lagi. saya harap awak jangan berputus asa. saya harap awak terus bangun. 

dan ada yang berjanji. saya ada di sisi. saya ada di belakang. saya ada hulurkan tangan. saya ada kalau awak perlukan saya.

adakah yakin janji saya ada itu dapat ditunaikan?

pergi mampus kalau pandai memberikan janji kalau seseorang itu terus mempersoalkan "di manakah kamu? di manakah kamu ketika saya perlukan kamu? adakah kamu sudah lupa akan janji janji kita?"

bagi peluang. yer bagi peluang pada diri sendiri untuk terus mempercayai diri sendiri. dan juga bagi peluang untuk terus mempercayai orang di sekeliling kita. mungkin tak semua orang mampu ada ketika kita susah. dan mungkin tak semua mampu menolong ketika kita sedang mempunyai masalah.

masih mempersoalkan kelemahan?

wahai orang yang budiman yang mengenaliku. jika kau tahu kelemahan aku. mungkin ramai akan menjauhkan dari aku. mungkin tak ada sekelumit perasaan untuk memandangku. maaf aku hanya manusia biasa yang mempunyai kelemahan. dan maafkan aku atas kelemahan itu.

aku cuba untuk terus tersenyum supaya kelemahan aku itu terus menjadi suatu kelebihan. tapi dalam perjalanan aku bukan sesenang itu untuk terus tersenyum. ada air mata. yer air mata merupakan suatu kelemahan. jangan tunjuk air mata di depan orang orang yang lain kerana air mata itu menunjukkan kamu lebih lemah.

tapi adakah aku begitu kuat untuk bertahan tanpa mengeluarkan air mata?

aku harap selepas air mata aku keluar ada suara yang akan mengatakan "aku takkan biarkan lagi air mata itu keluar" tapi apa yang aku dapat? apa? hanya senyuman sinis yang lebih mengatakan. teruskan jadi lemah. teruskan kelemahan itu memakan diri.

Allah. kali ini aku betul betul jatuh.

cukup aku menyaksikan air mata orang di sekelilingku jatuh. aku cuba untuk bertahan lagi supaya air mata aku tidak jatuh sekali. dan untuk sekali lagi aku cuba untuk senyum supaya aku dapat menyalurkan aura yang positif kepada mereka.

aku mohon sekali lagi. jangan nangis mama.

"Allah nak uji lagi tuh" - mama

*terduduk dan air mata jatuh*








Wednesday, 25 June 2014

MTM 2013/2014

MTM is stand for MAJLIS TERTINGGI MAHASISWA. ape eh? haaa senang cite aku pun malas nak cite banyak. kat UPM nie ada 18 kolej termasuk UPM cawangan bintulu. so setiap kolej akan ada satu organisasi yang dipanggil MTM nie untuk handle semua aktiviti kolej dan pelajar. jangan silap eh. MPP tuh MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR yang handle segala mak bapak aktiviti dekat universiti k.

dekat UPM dipanggil MTM. mungkin universiti lain dipanggil lain. kan?

citenya bermula bila aku jugak terpilih sebagai salah seorang organisasi tersebut. haaa langkah nak jadi MTM? okey senang cite macam nie. kau aktif lepas tuh nama terpilih untuk pergi KEM PEMANTAPAN ORGANISASI 1 (KPO 1) lepas tuh ada TEMUDUGA oleh pihak pengurusan kolej dan lepas tuh dipilih bertuah pergi lah KEM PEMANTAPAN ORGANISASI 2 (KPO2) jadilah MTM. hahahahaha over jer kan.

ekceli aku pun tak berminat nak cite langkah-langkah dengan lebih teperinci. apa yang aku nak cakap TERLALU banyak rintangan dugaan halangan semasa kau bergelar seorang pemimpin. mesti semua orang tahu "tanggungjawab itu amanah". dah rasa amanah tuh bertanggungjaawab lah. bukan ambik sikap enau dalam belukar melepaskan pucuk masing masing. kemain keluar peribahasa kau.

aku pegang EXCO ICT dan MULTIMEDIA bersama partner. haaa simple jer keje exco aku. jaga cyberlab. jaga ternikal. haaa berkaitan dengan ict multimedia keje kami lah. nak cakap berat? sibuk? tak der lah sangat memandangkan exco aku tak ada buat program untuk tahun nie. asalnya ada tapi dibatalkan atas sebab sebab tertentu. ngelat kan? 

banyak sangat kalau nak cerita. kan jadi karangan SPM meluat pulak nak baca. 

alhamdulillah akhirnya selesai juga tanggungjawab kami bagi sesi 2013/2014. diharap apa apa yang telah dilakukan dapat memuaskan hati semuorang. yang baik jadikan teladan. yang buruk jadikan sempadan. terima kasih dan memohon beribu kemaafan dari aku jika ada terkurang semasa aku menjalankan tanggungjawab. biasalah manusia tak sempurna. cliche kan ayat?

aku sayang family MTM aku. aku rasa korang pelangkap perjalanan hidup aku. korang adalah kenangan dan korang jugak adalah pengalaman. love from me till infinity.

we are family

cuba teka mana aku?

program terakhir "MAKP22"