Sunday, 20 July 2014

Realiti atau Fantasi?


saban hari kita ditipu dengan perbezaan realiti dan fantasi. ah senang cite kalau hari hari kau tengok TV lagi senang ditipu. TV nie salah satu fantasi will make us to dream come true about a good life and happy ending ever after. wahhh seronoknya kalau hidup aku boleh jadi macam dalam tv. 

hmmmm bukan TV jer. buku + movie + lagu + etc. banyak sangat fantasi dalam hidup kita. kadang kadang kita nie dah lebih hidup dengan fantasi padahal kenyataannya realiti hentah ke mana. tidor pun masuk dalam fantasi kan? mimpi okeyyyy.

aku dulu dulu selalu hidup dalam fantasi. aku rasa bukan aku jer. semua budak budak k. kena tipu dengan cerita kartun dan paling sadis kena tipu dengan sang kancil yang boleh bercakap dan tipu sang buaya. padahal kalau jumpa sang kancil pun paling mampu cakap hai dan lari lintang pukang. hahahaha

aku rasa fantasi nie salah satu cara nak tarik perhatian. bayangkan budak budak tengok drama KERANA TERPAKSA AKU RELAKAN. aku yang dah nak mencecah 21 tahun pun tak faham lagilah budak budak. eh padahal aku tengok episod akhir jer pun. 

tapi sepupu aku 6 tahun boleh menangis tengok drama DERHAKA SEORANG MADU k. nie aku sumpah pelik gila. seorang budak lelaki yang selama nie remote tak pernah lekang asyik nak tengok kartun jer boleh keluar air mata sebab drama melayu. sumpah sampai sekarang masih pelik. HAHAHAHAHA

okey back to reality. kalau ikutkan nak jer bermimpi sampai bila bila. sebab apa? sebab mimpi mampu buat apa-apa yang kita tak mampu buat dalam kehidupan seharian. haaa kalau nak tahu beza fantasi dan realiti tuhlah. mampu buat apa-apa saja dalam berfantasi. aku nak jadi super hero semalamatkan dunia. ohyeahhhh

fantasi juga boleh diadaptasi dalam media sosial. contohnya gambar. haaa pakai 360 flawless gittew padahal realiti rasa nak lingkup meja atas muka dia. wahhh kejamnya. apa salah dia? hahahahaha

bercinta pun kadang kadang masuk dalam fantasi. kenapa aku cakap cemgitu? semasa bercinta kita diibaratkan hiperbola sanggup menunggumu seribu tahun lagi lautan api sanggup kuredah lautan pasifik sanggup kurenangi akan ku sematkan dirimu dalam hatiku. ace fikir logik. ayam KFC pun belum tentu boleh masuk dalam hati bahkan ini pula manusia. k tak lawak dan hambar.

sebab nie lah manusia terlalu jauh dengan fantasi. hari hari dihadapkan dengan dunia fantasi sampai kebanyakkan orang terlalu obses.

maksud aku?

fantasi yang dimaksudkan oleh aku adalah orang cantik + hensem + lawa + smart akan direbut rebut last last dapat kahwin dengan orang kaya cerai jumpa bapak tiri pinjam duit dengan jiran ambil anak angkat. blerghhhh

sebenarnya contoh contoh tuh semua dikutip melalui realiti juga. seyesly

kan aku dah cakap. hidup kita nie penuh dengan fantasi. please come back to reality.

p/s : hari hari terakhir bulan ramadan. semoga kita mendapat barakahNya.

Saturday, 19 July 2014

#PrayFor

sekali lagi negara kita dikejutkan dengan sebuah lagi berita. selepas kehilangan sebuah kapal terbang MH370 yang sampai sekarang masih hilang tidak dapat dijejaki, dengan kuasa-Nya sebuah lagi kapal terbang MH17 disyaki telah ditembak dan terhempas di Ukraine.

Al-fatihah.

salam takziah buat keluarga, sahabat dan kenalan mangsa.

mungkin semalam merupakan hari yang paling sayu bagi warga Malaysia. dengan kejutan seperti itu. tambahan pula kita sekarang sedang menempuhi hari hari terakhir bulan ramadan. mungkin ada sebahagian penumpang yang mahu pulang beraya di Malaysia. Allahu. rancangan DIA penuh dengan hikmah-Nya untuk peringatan kepada kita juga.

aku harap jenis homo sapien yang berlagak hebat ala ala keyboard warriors berhenti membuat spekulasi yang tidak berasas dan tolonglah jangan cepat melatah. setiap apa-apa yang disampaikan menjadi pertanyaan di kemudian hari. 

dan mungkin pihak pihak lain jugak boleh berhenti menyiarkan gambar yang menyayat hati. aku pun tak sanggup nak tengok apatah lagi keluarga mangsa.

semoga Allah tabahkan mereka.

dalam kita simpati atas apa yang terjadi. diharap kita tidak lupa terhadap keganasan Israel terhadap rakyat di Palestin. Allah sentiasa bersamamu wahai muslimin dan muslimat.

dan tidak lupa Al-fatihah untuk diri sendiri yang sentiasa membuat kesalahan dan kesilapan serta alpa dengan keduniaan.



Sunday, 13 July 2014

to the beautiful you

it has been a long time aku tak layan drama drama korea nie. nak cakap peminat tegar tak ada lah sangat. setakat nak isi masa kebosanan tuh boleh lah. oh well aku nie ketinggalan sket dalam bab bab drama terbaru nie hahahaha nampak tak perkembangan aku?

aku baru layan THE HEIRS time study week baru nie. haaaa tengok produktif tak study week aku. kah

minggu lepas baru jumpa drama baru. sebenarnya drama nie dah lama. tahun 2012 kot. oh my god i fall in love with you CHOI MIN HO. hahahahaha

TO THE BEAUTIFUL YOU. haaa drama nie lah aku nak bagitau. drama nie sama ala ala drama HANAKIMI jepun tuh. tapi yang nie versi korea. clishe sama jer. perempuan nie haa menyamar jadi lelaki kat sekolah lelaki. the end

by the way cite nie lengkap. ada someone special + friendship + friendzone + cemburu + benci + sacrifice + etc.

bintang? aku bagi 4 bintang sebab ending dia sedih dan best. yeahhhhhhh

yang belum tengok tuh. aku sarankan tengok eh. hmmm sebab? hentah. sebab CHOI MIN HO comel. kahkahkah bangang aku minat retis korea. okey jangan bash aku. suam suam kuku jer eh minat. K

the ACTORS 

CHOI MIN HO. kbai


Thursday, 3 July 2014

berubah atau jangan berubah?

kadang kadang kita tak sedar perubahan yang berlaku pada diri. senang cerita tengok pada diri aku sendiri. dari aku kecik sehingga aku mampu berdikari. aku banyak berubah. dari aku dulu berhingus dan sekarang pandai mensyampu, menyikat dan letak minyak pada rambut tanpa bantuan orang lain. aku gembira dengan perubahan itu. alhamdulillah aku masih diberikan peluang untuk melihat dan merasa perubahan itu.

*sengih*

dulu dulu time sekolah rendah rajin berlumba basikal berlari semata-mata nak dapat angka giliran pertama mengaji. gigih kan?

dulu dulu time sekolah menengah setiap pagi bawa tafsir Al-Quran untuk dibaca beramai-ramai pada setiap perhimpunan pagi. seronok kan?

sekarang? masih adakah semua itu? tepuk dada tanya iman. hurmmmm dah jauh tersasar. bila? bila? bila nak kembali ke landasan? bila?

*pejam mata tarik nafas dalam dalam*

perubahan.

setiap orang inginkan perubahan ke arah yang lebih baik. tapi kadang kadang ada sesetengah orang yang bencikan perubahan. perubahan apakah yang dimaksudkan? menjadi seseorang yang lain? atau menjadi diri sendiri yang sebenar?

aku? aku suka tengok orang berubah dan aku juga benci tengok orang berubah.

nak berubah boleh. tapi tolonglah nekad betul betul nak berubah. setakat acah acah cakap nak berubah tapi masih berada di takuk yang lama baik tak payah. yer aku tahu jalan untuk berubah bukan lurus. bengkang bengkok. tapi jangan kau risau. setiap perubahan ke arah yang lebih baik sentiasa dalam lindunganNya. 

tak nak berubah pun boleh. tapi tolong. tolong kali nie jangan berubah kepada seseorang yang lain. seseorang yang tidak dikenali. seseorang yang hipokrit. seseorang yang hurmmmmm. dan tolong jangan berubah ke arah yang lebih buruk. lama lama perubahan itu akan memakan diri.

aku gembira kau dah berubah.

senang hati melihat masing-masing gembira dengan kehidupan. walaupun kadang kadang ada ribut taufan dan itu normal. selagi kau mampu tersenyum dan memanjatkan rasa syukur dah cukup buat aku gembira. tapi ingat. bila kita tengah susah jangan menghukum diri. perhatikan sekeliling dan cakap "alhamdulillah".
senang kan?

jika terdetik dalam hati kenapa aku macam nie? kenapa aku yang kena? kenapa aku yang diuji? pernah tak kita fikir. pernah tak sebelum sebelum nie kita melakukan pekara yang sama terhadap orang lain. pernah?

nope. i'm not talking about KARMA. it's about pengajaran kepada kita sendiri supaya kita lebih sedar. dan supaya kita lebih berfikir jangan buat lagi dan lagi.

hahahahaha aku cuma nak cakap satu. SATU

eh tak aku nak cakap "something". terima kasih kerana pernah hadir dalam hidup aku dan bagi kenangan manis. minta maaf kalau ada terkurang yang ada pada diri aku. well lupakan apa yang terjadi dan terus pandang ke hadapan. hahahaha saja jer lah nie tetiba nak teringat balik kisah kisah dulu sebab rasa kagum dah boleh sengih dan lupakan walaupun parut sakit masih ada.

so be a good girl ummi. :)