Sunday, 26 October 2014

impian

aku tahu semua orang ada impian. aku pun. impian aku banyak sampai tak cukup jari kaki tangan nak kira. pernah ada impian pelik tak? aku rasa setiap orang pun ada kan? impian yang mungkin tak tercapai. eh tetiba teringat KPO 2. aku pernah cakap impian yang tak mungkin aku capai "aku nak jadi perenang wakil UPM". oh mungkin ada pewaris aku yang boleh tunaikan impian aku? mungkin?

cakap pasal impian semua sama jer. mesti ada nak bahagiakan ibu bapa. nak jadi kaya. bla bla bla. clishe dohhhhhh

aku cuma nak petik satu impian jer. memandangkan sekarang telah masuk waktu waktu manusia remaja macam aku nak berjiwang. 

korang pernah ada impian nak mencintai dan dicintai? tipu lah kalau aku cakap tak ada. aku berani cukur bulu beruang kutub lah. eh tak ada kena mengena jenuh aku nak mencari beruang kutub nanti.

eleh malu malu nak mengaku. aku mengaku aku ada impian gitu. tak. aku tak tarlalu taksub nak mencari cinta sesama manusia sedangkan DIA lebih merindu cinta kita. tapi kita sebagai manusia yang biasa dan lemah inginkan fitrah sebegitu. alahai skemanyaaaa

okey bayangkan.

siti nie jenis pemalu plus pendiam plus forever alone. bila dia makan atau pergi ke mana mana mesti keseorangan. perasaan lonely yang ada pada dia sangat tinggi sehinggakan dia menjadi sangat rendah diri. dia sentiasa cemburukan kawan kawan dia yang mempunyai pasangan. 

terdetik di hati siti. " bilalah aku nak ada pakwe? kan best kalau aku ada pakwe."

pada suatu hari dia ternampak ada seorang mamat nie, amin tergesa gesa berjalan. mungkin dah lambat ke kelas. amin terpaksa membuka langkah sedikit laju. disebakan terlalu fokus nak sampai ke kelas dengan cepat dengan tiba tiba amin terlanggar siti. maka bertaburlah kertas ketas yang siti pegang. okey effect slow motion sket.

maka mata bertentang mata. mulalah timbul perasaan mendalam ingin lebih mengenali antara satu sama lain. effect kaku mata bertentang mata memakan masa selama setengah jam. pehal korang nie bisu ke?

bermula pada hari itu masing masing kerap berhubung melalui whatsapp dan menjadi semakin rapat dan sentiasa berteman ke mana mana sehingga nak ambik air sukida pun mereka sanggup menemani antara satu sama lain. auwwwww so sweet. eh aku pulak over.

the end.

eh jap apa moral of the story? haaa banyak korang fikir lah sendiri tapi aku ada satu maksud jer yang aku nak sampaikan. setiap orang ada perasaan nak mencintai dan dicintai.

cerita kat atas nie bukan cerita aku. tak ada kaitan dengan sesiapa pun. hanya rekaan semata-mata.

aku faham kebahagian yang dirasai mencintai dan dicintai tuh tapi tak semua berpanjangan. tapi nak buat macam mana kan? Allah dah takdirkan segalaNya. Allah adalah perancang kita yang paling teratur dan sempurna. aku ada terbaca kat putra confession pasal jodoh. yer kalau bukan jodoh dengan manusia mungkin jodoh kita dengan kematian. 

okey sedih.

orang asyik cakap masa depan kita jauh lagi. buat masa sekarang ikut flow yang ada. tapi untuk masa depan kena ada perancangan pada masa sekarang kan? eh ke tak?

it's up kat diri masing masing nak fikir apa itu mencintai dicintai sebab korang pun dah besar boleh fikir mana baik buruk mana dosa pahala. tapi bagi aku tak salah kalau korang serious dalam sesuatu perhubungan mungkin doa doa orang sekeliling dimakbul. amin

to you. i don't know who i'am to you but i want you to know i'm always will be there for you.

EH JIWANG GILA NAK MATI. KBAI

Thursday, 23 October 2014

terbang tunduk #2

aku benci. aku benci bila melibatkan isu hati sebab hati aku terlalu mudah rapuh. oh hati bila kau nak keras. bila kau nak jadi macam besi? bila kau nak jadi macam batu? tapi. besi dipanaskan akan cair. batu lama lama kena air pun akan lekuk. haaaa hati kau nak jadi macam mana?

*angkat tangan letak kat dada*

duhai hati. aku tak tahu selama mana kau mampu bertahan. tapi aku yakin kau mampu. duhai hati. jangan sedih boleh? kalau kau sedih aku pun akan sedih. tolong buat aku gembira boleh? aku rindu kau gembira. duhai hati. boleh jadi bekak bisu tuli tak? aku tak nak tahu apa orang sekeliling cakap pasal aku. duhai hati. kau mampu ajar aku jadi sabar tak? kebelakangan nie aku banyak hilang sabar. duhai hati. ajar aku supaya lebih kuat dari sebelum sebelum nie boleh? aku tak kuat weh. aku tak kuat.

aku mohon untuk kali nie. jaga hati kau leklok.

aku berada di dalam sebuah kotak yang mempunyai 4 sudut. atas keras bawah pun keras. atas ada objek yang berputar pada kelajuan kuasa tiga untuk mengurangkan haba sekeliling. bawah hanya tampat aku berlunjur. 

*betulkan urat leher. usap muka perlahan lahan.*

*pejam mata rapat rapat*

Ya Allah apa selama ini aku lakukan sudah cukup berbakti kepada-Mu? kepada orang tua ku? kepada keluarga ku? kepada guru guru ku? kepada sahabat sahabat ku? kepada saudara seislam ku? cukup?

*tarik nafas dalam dalam*

tetiba tersedar dari lamunan. aku rupanya dah masuk tahun ketiga semester ke-5. cepatnya masa berlalu seperti rasa semalam aku bau badan aku berpeluh pada hari pertama semasa pendaftaran kemasukkan universiti. mungkin masih boleh terbayang keadaan pada waktu itu. hmmm

*sengih*

aku nie pura pura sengih sebab terpaksa atau memang tabiat aku suka sengeh walhal kau tak tahu punca? eh orang cakap sengih (senyum nampak gigi) kadang kadang boleh mempengaruhi diri dan orang sekeliling. sekurangnya kau salurkan aura positif kat diorang. gitu? tak kisahlah. at least cuba walaupun susah.

*tarik nafas dalam dalam kali kedua*

dua perkara. yakin dan percaya setiap yang berlaku ada hikmah. kita jer yang tak nampak ada orang yang tolong kita. ada orang ambik tahu pasal kita. ada orang yang sentiasa support kita. sebab kita nie yang terlalu terbang dan susah nak tunduk. eh?

yes. TERBANG dan TUNDUK.




Wednesday, 22 October 2014

rindu yang tak berapa nak rindu

dalam bilik seperti biasa baring mengadap dinding tetiba timbul perasaan rindu. hmmmmm aku rindu nak berkumpul cukup lapan dan boleh maki hamun mengutuk sana sini melaha sentap menyentap.

*bukak phone tengok whatsapp*

okey meghoyan mengimbau kenangan gambar dulu dulu.

*bukak lappy tengok twitter*

okey abang epul tweet pasal kami.

RINDU

kami ibarat adik beradik lain mak ayah tapi ada jer benda yang tak kena setiap hari sampai satu tahap kami nak BUBAR. okey bubar.

aku banyak family lain kat UPM tapi korang family yang paling aku sayang siaaaaaa. walaupun dah tak macam dulu dan tak rasa ada dekat dengan aku tapi aku selalu bayangkan korang dibelakang aku. okey tetiba nak sedih kenapa gila?

hahahaha walaupun kadang kadang korang nie menyakitkan hati rasa nak bunuh jer sorang sorang tapi setiap manusia ada baik buruk kan? yeahhhh yang lepas kita sama sama terima dan yang bakal mendatang kita sama sama tempuh. sweet tak? puihhhhh

kalau nak describe sorang sorang memang tak habis cita dia. jap aku ada printscreen.








p/s : walaupun ke mana sahaja hala tuju korang selepas nie. korang memang takkan pernah luput sedikit pun dari ingatan.


Tuesday, 21 October 2014

terbang tunduk #1

Semalam aku baru balik dari UPM ke rumah. Dalam perjalanan menaiki bas yang agak agak dalam 6 atau 7 jam tuh aku terdengar satu lagu nie. Sebenarnya lagu nie dah lama aku TERDENGAR kat radio tapi aku ambik acah tak acah jer. So aku main agak jer lah siapa punyer suara tuh. TERUS tangan sepantas kilat search kat YOUTUBE.

"'FYNN JAMAL - TERBANG TUNDUK"

Perati punya perati dalam gelap kecik besar bebola mata aku. Phehhh mula mula agak kabur nak faham. BUT i repeated again and again. Rupanya seyes DEEP siaaaa lirik dia.


Bertahanlah wahai raksa
Jangan kau terhenti
Berpautlah wahai nyawa
Ini bukan mimpi
Saksikan dengan mata
Rasakan dengan jiwa
Kau sedang tinggi
Jauhnya kau terbang– siapa sangka?
Getir yang menghalang tak besar mana
Payah payah semalam, moga mudah selama
Tiap apa yang mematah tegakmu
Tiap yang menolak tiap yang memijak-henyak
Biar di belakangmu, jangan dikenang
Moga dibuang– dendam dan sayu
Tuhan, jangan kau izin aku lupa
Jangan kau biarkan aku mendepang dada
Pasakkan hatiku pada kaki
Paksakan ku tunduk sehingga mati
P/S : Aku mintak satu jer. faham dan hayati. oh well siapa yang bukak blog aku via web mungkin boleh dengar backgroud music. tapi kalau pakai phone sorry you guys cannot hear this. jom kita sama sama terbang tapi jangan lupa tunduk. EH?