Tuesday, 23 December 2014

Move ON

Setiap kali aku dengar perkataan "MOVE ON" nie mesti rasa nak tergelak. Sebab? Mungkin aku muak. Mungkinlah. Mana kau tak muak dohhhh asyik hari hari kau dengar. Bukan muak jer. Rasa nak sepak terajang siapa yang bisik kat telinga aku hampir saban hari. HAHAHAHA emosi gila.

Jap nak cool down meh.

Kadang kadang ada benda yang kita senang nak move on dan kadang kadang ada benda yang susah kita nak move on. Aku? aku jenis susah nak move on. Sebab tuh emosi terlebih gitu.

Contoh senang nak move on macam seluar kau dah kecik dan koyak. Move on lah tak payah pakai lagi beli yang baru atau pakai yang lain yang masik elok. Kan senang nak move on? Ke tak? Nak pakai lagi yang koyak tuh? Pakai jer lah tak ada sesiapa yang halang. Tapi malu tanggung sendiri. K

Contoh susah nak move on macam kau suka hello kitty pastu kawan kawan kau juga suka hello kitty. Bukan kawan kawan kau jer yang suka, malah jiran tertangga, selimut tertangga, musuh ketat, musuh longgar, scandal, sandel dan ramai lagi lah yang suka. Kau pulak jenis tak suka orang sama dengan kau. Hati nie suruh jer move on suka benda lain tapi tak boleh sebab kau dah suka. Nak tak nak kau tak boleh nak move on dan kau teruskan jugak lah sukakan hello kitty tuh. Tak dose pun wehhh minat kau sama dengan orang lain.

K overnya perbandingan. 

Masalahnya sekarang MOVE ON hati nie lain beb. Bila kau dah tersuka kat seseorang bukan sesenang jer nak ubah hati tuh. Mulut memang boleh cakap "aku dah move on lah gilaaaa" tapi hakikatnya susah. Sakit yang tanggung kat sini. Ha'ah kat sini kat hati. Hati nie kalau kental sado tak apa lah. Nie rapuh semacam jer. Kena tolak dengan angin pun rebah.

Mungkin kau tak berada kat tempat aku sebab tuh kau susah nak faham. Everybody just can say "Ummi please move on. You deserve better." HAHAHAHAH gelak keluar air mata. Aku tahu air mata fake sebab nak tutup sakitnya aku nak nafikan perasaan sendiri. BODOH nak nafikan buat apa?

Masalah datang bertimpa timpa. Dengan belajarnya suck. Dengan organisasinya tenggelam timbul. Dengan hubungan kawan kawan tunggu masa nak retak dan dengan hatinya rasa nak pecah.

Aku tak faham apa yang korang cuba nak buat? Nak sakitkan hati aku? Apa salah aku? Atau aku nie yang kejam? Mohon wehhhh berhenti aku tak kuat.

Menangis. Yer menangis berhak untuk kau yang loser.

Please. Where are you now? What happen to you?

Aku perlukan masa. Aku perlukan ruang. Aku perlukan kekuatan. Aku perlukan diri aku kembali. Aku perlukan KAU.