Friday, 23 January 2015

LOSER

orang takkan pernah faham apa yang aku rasa. ah loser sentiasa. aku tak suka jadi loser. ermmmmm kau memang loser pun.

semester 5. sumpah banyak gila masalah aku hadapi. tak tahu. tak tahu. kadang kadang aku persoalkan diri aku. kenapa kau macam nie? kenapa kau jadi macam nie? kenapa kau tak macam dulu? kenapa kau dah berubah? kau tahu tak apa yang kau dah buat nie?

persoalan demi persolan yang muncul.

sebelum tidor aku pejam mata. imbas kembali. dan rasa loser mencengkam diri terus air mata keluar. tengok air mata keluar lagi. kau memang loser. kau memang loser.

Ya Allah kau uji aku lagi. aku tak kuat. aku tak kuat.

kadang kadang aku dibiarkan keseorangan sampai aku lemas. aku lemas dalam dangkapan masalah yang aku cipta sendiri. tolong aku. tolong aku wehhhhhh. aku tak mampu. aku tak mampu nak selamatkan diri aku yang dah lemas.

tenang. tarik nafas panjang panjang.

capai roti yang dah expired date. start motor ke bukit ekspo. hentah. hati aku tenang dengan cara begini. aku pernah bagitau orang. kalau ada masalah aku akan cari ikan. ermmmm yes ikan. ikan kat bukit ekspo dapat menenangkan aku. bagi makan ikan dengan roti yang dah expired date dapat mengembalikan senyuman aku. sungguh dasyat magic kau ikan. padahal kau hanya makan roti yang dah expired date.

terus aku bermonolog. "bestnya jadi kau ikan. tak payah nak fikir masalah."

nak atau tak aku terpaksa survive sampai habis. senak jugak lah nak habis. tapi aku masih mampu tersenyum walaupun sakit sebab aku ada korang. terima kasih korang. yer lah korang yang sentiasa sokong aku.

suatu hari, tengah bersiap siap sambil iron baju tetiba terpandang ke luar tingkap dari bilik 102 Arif. nampak sesuatu yang menjengkelkan. kau cuba nafikan. sapu muka sapu muka tengok balik. itu tak tipu itu betul betul. aku terduduk. hati aku bagai dicarik carik dan dibakar bakar. masa itu perkataan loser macam dah jadi zikir di bibir aku. kau loser. kau loser. kau memang loser.

"gilaaaaa aku ada presentation lah nanti"

aku tahan air mata dari tumpah. aku berjalan dan naik bas ke kelas dengan perasaan yang berkecamuk. Ya Allah, time tuh nak jer menangis pastu nak lari dari semua orang tapi tak boleh. aku ada sesuatu yang penting yang kena dilakukan.

alhamdulillah presentation aku going very well walaupun hati aku rasa nak pecah. dan selepas itu aku ke tandas dan air mata aku tumpah jua. tahniah weh, kau mampu untuk kuat walaupun seketika. kau tak loser. kau kuat. kau sebenarnya kuat. terima kasih buat aku sampai menangis.

aku penat. aku dah penat jadi loser begini. setiap hari aku dihadapkan dengan kejadah bagai yang aku tak nak tahu tapi aku terpaksa tahu. penat jaga perasaan diri sendiri rupanya lagi penat jaga perasaan orang lain.

please for this time. don't be a loser again. can?


Monday, 19 January 2015

wishlist 2015

hai 2015. oh my god lama gila tak update. jap nak tiup fuhhhhhhhh.

hari nie dah masuk muka surat yang ke-19 dah aku baru nak buka cerita 2015. sokey aku rasa belum terlambat kot. rasanyalah. disebabkan aku dah lama tak mencoretkan penulisan aku nie maaf kalau hambar atau tunggang langgang ayatnya.

nak throwback 2014 banyak sangat sampai tak sempat nak bernafas nanti. so kita ambik yang melekat lekat kat kepala jer eh.

kisah 2014 :

1. pertama kali aku menerima amanah yang paling terbesar dalam hidup aku. yer lah sampai tak tenang tiga hari tiga malam dengan menangis plus tak tidur. eh?

2. pertama kali juga aku menjadi pengarah program. gila tak kental sampai demam demam haaaa.

3. muncul lagi orang baru dalam hidup aku yang boleh tahan buat aku menggelabah jer. haaaa what's ever.

4. menghoyan dah tak macam dulu tapi aku tetap sayang diorang. aku rindu hmmmmmmmm

cukuplah 4 jer. sebab lately aku banyak telan meggi + semut tuh yang lembap nak mati hilang ingatan hahahahaha

okey cakap pung pang pung pang tak guna juga. aku banyak wishlist 2015 seakan akan azam tapi aku tak nak panggil azam tapi aku nak guna wishlist. boleh kan? ehhhhhh sukati aku lah.

wishlist 2015 :

1. aku harap aku jadi lebih sado lagi. no more loser. no more cengeng. 

2. aku nak bawak orang orang yang aku sayang balik rumah atau tempat aku nak pergi. please make my dream come true bebeh.

3. setiap cerita gempak terbaru keluar wayang aku nak jadi orang terawal yang tengok. okey okey simpan duit dari sekarang.

4. at least seminggu sekali bagi ikan makan kat bukit ekspo hmmmm kesian diorang lapar.

5. belajar jadi anti-sosial terutamanya twitter jangan kemaruk sangat sampai semua benda nak bagitau.

6. bawak orang orang yang aku sayang pergi makan kat soul garden + dip dip + magnum + secret resepi + pizza hut + dominos + etc etc etc yang ala ala mewah.

7. cipta memori banyak banyak sambil ada koleksi gambar yang wahhhhhh cantik siot nak upload kat instagram lah.

8. ambik video banyak banyak buat jadi movie koleksi sendiri. phehhhh mesti cun habis nie. mampu?

9. cipta satu resepi yang buat orang akan cakap "share resepi kau boleh?"

10. buat orang gelak dengan lawak yang hambar sebab gelak tuh boleh salurkan aura positif kat aku.

haaaa dah tersenarai 10 sekaligus. ekceli banyak lagi tapi nantilah tambahkan senarai tuh. oh wislist 2015. aku harap wish kau nie tertunai jua. kahkahkahkah