Sunday, 1 February 2015

Percaya


percaya nie bukan sesuatu benda yang remeh. aku percaya kau. kau percaya aku. TAK. percaya nie bukan semudah diungkapkan dengan kata kata tapi TAK pernah nak percaya apa yang diungkapkan. faham apa yang aku cuba sampaikan?

it's complicated.

okey lah aku bagi contoh yang mudah. ada orang percaya hantu tuh wujud. ada orang percaya hantu tuh TAK wujud. mungkin jenis yang percaya nie sebab dia terlalu pengaruh dengan sekeliling dia misalnya selalu tengok filem seram. mungkinlah. yang jenis TAK percaya hantuh tuh wujud pula sebab dia TAK pernah tengok hantu depan mata dia makanya dia TAK percaya hantu tuh wujud.

tak faham lagi. ermmmm cemana aku nak explain eh?

okey lah macam nie. yang percaya hantu tuh wujud sebab dia percaya ada hantu. manakala yang TAK percaya hantu tuh wujud sebab dia TAK percaya ada hantu. 

HAHAHAHA kalau yang masih samar samar tuh persentankanlah.

tak ada kena mengena dengan hantu pun post kali. cuma nak kongsikan apa yang terlintas kat fikiran aku. bila aku sebut jer percaya. apa yang korang bayangkan? kita sayangkan seseorang tuh sebab tuh kita percaya dia. gitu?

makanya aku buat kesimpulan. sayang = percaya. benci = TAK percaya.

tak tahu lah teori aku nie betul atau tak tapi dominannya nampak macam tuh lah. maknanya apa yang aku perhatikan sekeliling aku kebanyakkan macam tuh. isu dalam perhubungan pun kaitan dengan kerpercayaan kan. kalau nak hubungan itu panjang kena ada kepercayaan bla bla bla. hah bosan.

hentah. aku lagi bosan cakap pasal teori aku nie. hahahahahambar

bukan senang kita nak percaya kat seseorang. kau cemana? kau jumpa orang baru dalam hidup kau. kau terus percaya dia? atau kau ambik masa yang lama nak kenal dia baru kau nak percaya dia?

aku? aku nie jenis mudah percaya orang. sebab tuh selalu kena tipu. hahaha kesian kat diri sendiri. tapi bila orang dah tipu aku sekali lepas tuh untuk dapat kepercayaan balik tuh susah. aku rasa bukan aku jer. kebanyakkan orang macam tuh. yer lah bagi peluang kepercayaan kat dia balik mana tahu dia dah berubah bla bla bla bosan lagi.

sebab apa bosan? sebab benda yang aku cakap semua nie cliche. mungkin pernah terjadi dalam hidup korang. dan mungkin korang lebih mengetahui bagaimana kalau kepercayaan kita diragut oleh seseorang yang paling kita percaya.

kadang kadang aku rasa aku seorang tak boleh dipercayai. hentah. aku bukan seorang yang baik. dan aku mungkin seseorang yang boleh tikam kau dari belakang bila bila masa jer. so please don't get easily trust me.

sumpah aku rasa TAK adil gila bila orang percaya kau tapi kau tak percaya dia. bukan tak nak percaya dia tapi ermmmmmmmmmmm tekanan sekeliling kau yang buat kau tak nak percaya dia. you know what? i'm really suck this kind of thing. aku kalau boleh nak jer percaya kau lebih dari aku percaya diri aku sendiri tapi tak boleh. orang pesan jangan terlalu percayakan orang lain 100% sebab akan menyakitkan kau suatu hari nanti. sebab sakitnya tuh di sini. *tangan kat dada*

bukan tak boleh langsung percaya orang tau. tapi berpada-pada. walau apa pun yang berlaku ingat everything is gonna be okeyyyyyyy. haaa positif sangat aku nie.

by the way terima kasih sebab percayakan aku. dan aku masih ingat aku pernah tanya kau kenapa kau percayakan aku dan jawapan kau.

"sebab kau sayang aku"