Sunday, 31 May 2015

Selamat Tinggal Kenangan

Jarum jam masih berjalan untuk menunjukkan pukul 5 pagi tetapi mata aku masih berjaya dengan cemerlang untuk tidak terus terlelap. Sighhhhh tak guna punya kopi. Disebabkan aku kemalasan dan kesibukkan yang membuak membuak aku masih setia abaikan kau padahal aku rindu kau teramat sangat sampai setiap hari aku benci untuk rasa rindu pada kau.

YE AKU RINDU KAU LAH GILA.

Aku masih menjadi manusia yang setiap hari akan celik mata dan akan tertutup apabila tiba masa yang sesuai. Setiap hari aku masih berbalas whatsapp, scroll twitter, like post di facebook dan double tab di instagram. Walaupun aku rindu kau tetapi rutin harian aku masih belum berubah.

Manusia berubah. Tapi apa yang aku dah berubah? Aku atau kau yang dah berubah sebenarnya?

Aku bosan setiap hari dipaparkan kisah manusia yang hampir sama. Putus cinta. Kawan makan kawan. Meroyan lapar. Sedih rindu rumah. Marah kepada pengguna jalan raya yang terlupa bagi signal. Adakah hidup ini terlalu cliche? Kalau macam tuh kita dah boleh agak apa yang bakal berlaku kepada kita? Tak bro. Hidup ini dah dirancang dan kita sebagai manusia kena menerima takdir yang dirancangkan.

*mengeluh*

Adakah aku manusia yang selalu tak bersyukur? Adakah aku manusia yang tak berhati perut? Adakah aku manusia yang baik di depan padahal celaka di belakang? Adakah aku manusia yang bila bila masa sahaja akan rampas kebahagiaan orang lain?

Untuk siapa aku lemparkan persoalan ini? Untuk siapa?

Aku penat. Terlalu banyak persoalan yang masih belum terjawap dan aku masih berharap ada suara suara sumbang yang akan menjawap persoalan aku. 

Disebabkan aku yang penat ini masih orang yang sama. Aku bertekad untuk ucapkan selamat tinggal kepada kenangan. Hahhhhh sial lah dengar lagu tinggal kenangan yang salem nyanyi pun memberi kesan yang mendalam. Mana taknya suara salem tinggi lah bro. Tak mampu akak nak tiru gaya dia. Hahhhh sudah jadi diri sendiri lagi bagus. 

Too many memories and yes i still cannot forget about it. Lantak lah omputih aku tak betul, janji maksud aku nak sampaikan orang lain boleh faham. Kenangan apa yang kau nak lupakan? Banyak. Antaranya kenangan yang menyedihkan puihhhh gi mati lah dengan kenangan yang menyakitkan hati. Aku kalau boleh nak buang jauh jauh kenangan yang buat aku cukup terseksa. Kau tak serik ke? Oh please gi main jauh jauh lah wahai kenangan. Aku tak nak kenang kau lagi.

Walaupun masih ada kenangan yang buat aku tersenyum tapi cukuplah kenangan itu aku akan coretkan dalam minda untuk tatapan aku pada masa akan datang. At least it can make me smile once. GITU

Sebelum aku berniat untuk menaip pagi nie, aku ke tandas untuk mencari ilham. Tapi bila dah menaip naip, pftttttt idea bersepah semua benda nak tulis. Alahai aku kecewa menjadi seorang ummi afiqah yang masih sama.

"Aku nak pesan kat kau nie"

"Apa?"

"Aku tak nak tengok kau sedih lagi. Dan aku tak nak tengok kau nangis lagi"

"Bila aku sedih? Bila aku nangis?"

"Aku bukan kenal kau semalam lah"

"Hmmmmmm"

"Selagi aku masih bernyawa, aku akan bagi kau kenangan"

"Hah?"

"Hidup ini terlalu mainstream kalau kau nak lupakan kenangan. Kadang kadang kenangan itu yang buat kau masih utuh berdiri depan aku sekarang"

*kesat peluh kesat air mata*

Apa yang ada hari nie kita teruskan sampai habis. Dan apa yang berlaku semalam kita jadikan ia sebagai kenangan.