Friday, 3 July 2015

BODOH

HAHAHAHAHA jap aku nak gelak tengok tajuk. Dalam banyak banyak perkataan yang wujud dalam dunia ni BODOH jugak kau pilih. Well it's a lot of thing about kebodohan yang berlaku sejak akhir akhir ni. Aku bodoh. Kau bodoh. Kita bodoh. Korang bodoh. Mereka bodoh. HAHAHAHAHA okey sambung gelak lagi.

Bodoh lah kalau tak bosan hari hari dihadapkan benda yang sama.

Kita ingat kita dah cukup hebat kita dah bijak pandai kita sangat awesome kita bla bla bla padahal bodoh jugak tak pergi mana. Kita terlalu terikat dengan sistem yang dimomokkan kepada kita sejak kecil. Kalau tak belajar bersungguh-sungguh tak boleh masuk universiti tak boleh dapat kerja. Dan banyak lagi lah contoh yang munasabah. Haaa satu lagi kita terlalu dimomokkan dengan kecantikkan, bila cantik ramai orang suka sebab tu lah berjuta produk kecantikkan yang muncul nak bagi kau cantik.

Eh tuh lah kita ni yang terlalu bodoh percaya. Tapi apa yang korang percaya tuh sebenarnya betul. Cuba korang tak pandai, ada ke dapat masuk universiti kerja hebat hebat? Cuba korang hodoh, ada ke orang nak pandang? Tak releven lah don't judge the book by it's cover tuh. Korang yang suka sangat buat judgemental padahal setiap orang sama je bodoh nak judge orang. Tak payah nak membohong lah aku pun sama suka judge orang.

Yang tuh bodoh satu hal. Yang jenis senang kena perbodohkan macam aku ni. Satu hal lagi. Yang kau bodoh sangat kenapa? HAHAHAHA jangan tanya aku.

Kadang kadang kita ni sengaja perbodohkan diri sendiri padahal tahu diri ni diperbodohkan sebab nak jaga hati orang lah nak jaga tuh lah ni lah. Ahhhh sudahhhhh hidup terlalu tersepit sampai tak ada ruang dan peluang untuk membuat pilihan.

Please, help me.

Moment yang aku takkan lupakan sampai bila bila. Sampai aku down to the earth rasa nak lenyap bersama abu abu nak terbang bersama angin angin. Betapa aku rasa kosong dan bodoh pada masa yang sama, aku tak tahu mana aku dapat kekuatan untuk menangis dan berdiri lagi tapi aku tahu ada unsur positif pada masa yang sama mengalir dalam tubuh aku. Lenyaplah aku dalam alam realiti buat sementara waktu supaya tiada siapa mengenali aku. Aku inginkan ketenangan supaya aku boleh bangkit kembali. Aku tahu aku lemah tapi aku terpaksa kuat untuk diri sendiri.

Wahhh kemain ayat.

Terima kasih kepada pendengar dan penasihat yang masih utuh berdiri di sebelah menghulurkan simpati dan kekuatan. Terima kasih sekali lagi walaupun aku tahu aku teruk suck gila. Keep that positive dear. Abah dengan mama banyak bagi aku semangat walaupun yang tanggung kesusahan itu aku, tapi aku mesti tebus segala kesalahan yang dah pernah aku buat. It's okey ummi, belum terlambat untuk kau berubah, walaupun ambil masa, slow slow eh.

Aku akan buat apa yang aku dah nekad. Harap tiada penyesalan lagi dan harap setiap urusan dipermudahkan. Amin

Well post pasal bodoh tapi tak tahu apa kaitan dengan cerita aku hahahaha mana yang macam tak berapa faham boleh lah rujuk aku. Nanti aku akan jelaskan gittewww.

By the way salam ramadhan, semoga puasa korang pada kali ni lebih diberkatiNya.