Wednesday, 19 August 2015

Hilang

Aku sebenarnya bosan asyik post sedih sedih je tapi sumpah aku pun tak dapat nak elakkan jari dengan otak aku selari dengan perasaan aku. Mungkin aku kena move on dan mencari lebih banyak kegembiraan yang wujud dalam kehidupan ni.

Oh by the way result aku dah keluar. TERUK LAHANET hahahaha sumpah first time aku dapat result seteruk ni. Nak kata down, memang tahap down ke tanah tapi aku tak ada sesiapa nak kongsikan kejatuhan aku kali ni tapi tak tahu kenapa aku positf sangat. Mungkin seketul ummi dah nampak hikmah di sebalik kejadian dan mungkin juga seketul ummi sedar usaha selama ni tidak begitu memberangsangkan dan setimpal dengan keputusan cemgitu. Be strong dear.

Sebenarnya ini baru permulaan. Banyak lagi halangan dan dugaan yang aku kena tempuhi. Aku ingat cubaan aku dah berat tapi rupanya ada lagi cubaan kat orang lain lagi berat. Alhamdulillah aku masih diberikan kerahmatan daripadaNya.

Nak tahu satu cerita tak?

Yang patah tumbuh yang hilang berganti. Aku ingat bila aku kehilangan seseorang, aku akan kehilangan dia sampai bila bila but who's know aturan Allah SWT begitu indah. Aku hilang kau dan mungkin dia yang lebih baik datang untuk membimbing aku. Alhamdulillah sekali lagi aku digantikan dengan seseorang yang mungkin memberikan lebih kebaikkan kepada aku.

Itu hanya andaian tetapi sebenarnya tak berlaku pun.

Aku rindu insan insan yang singgah dalam hidup aku. Gembira, ketawa, suka, duka dan menangis dah menjadi ruji pada setiap hari apabila berhadapan dengan insan insan tersebut. Tapi nak buat macam mana kan? Yang rasa nak stay, teruskan stay dan yang mana nak pergi, dipersilakan pergi. Aku tak paksa.

Cakap pasal hilang ni sebenarnya aku dah penat rasa kehilangan. Kenapa bila kita dah selesa dengan seseorang tu, orang tu mesti hilang. Hurmmmm ye lah hidup ni tak kekal begitu juga manusia manusia di sekeliling kita. Nak tak nak kau kena terima.

Sebab itu aku mulai takut untuk mengenali mereka dan rapat dengan mereka. Aku takut kehilangan mereka.


Tuesday, 4 August 2015

Untuk awak

Awak. 
Saya tahu saya dah banyak berubah. Tapi saya berubah sebab awak. Awak patut tahu. Banyak saya dah belajar daripada awak. Banyak sangat. Dan awak juga patut tahu.

Awak.
Hidup ni tak selalunya indah. Kadang kadang kita berada di atas. Kadang kadang kita berada di bawah. Kadang kadang kita berada di tengah. Kadang kadang kita tersekat di skala dua. Tapi awak dan saya masih lagi sama. Menjadi manusia yang tak pernah serik.

Awak.
Saya dah tak faham dengan apa yang dah berlaku. Saya ibarat terkapai keseorangan sampai lemas dan saya juga ibarat memegang pisau menunggu masa yang sesuai untuk menikam diri sendiri. Apa yang saya mahukan? Dulu mungkin saya mahukan awak tetapi berlainan sekali pada masa sekarang. Saya seperti mahu membuang awak jauh dan lagi jauh dan lagi lagi jauh dan jauhhhhhhh.

Awak.
Saya bukan dah lupakan awak. Tak pernah terlintas dan tak pernah terdetik dalam fikiran mahupun dalam hati nak lupakan awak tapi saya yang memaksa diri saya sendiri untuk melupakan awak. Semuanya demi awak. Demi kebahagiaan awak. Tapi awak tak pernah nampak. Awak masih buta?

Awak.
Setiap kesalahan yang berlaku saya tak pernah jemu memohon maaf. Tapi awak memaafkan saya? Mungkin awak tak pernah nampak betapa bersungguhnya saya mencari kekuatan untuk melupakan pekara yang menyakitkan. Saya sedar awak. Saya sedar mungkin keihlasan itu sukar untuk dicari tetapi percayalah saya sebenarnya sentiasa memaafkan kesalahan awak. Adakah hati ini terlalu besar?

Awak.
Saya percaya awak. Saya percaya apa yang awak cakapkan dan apa yang awak ceritakan kepada saya. Tapi kenapa sampai satu tahap dan satu masa kepercayaan saya sudah hilang? Mungkin kejujuran itu juga susah untuk dicari. Adakah terlalu sukar untuk menjadi seseorang yang jujur?

Awak.
Mungkin saya menjadi penghalang kebahagiaan awak. Mungkin awak lebih baik dan lebih bahagia dengan orang lain. Jauh dari sudut hati mungkin saya sedih tapi saya nak awak tahu kebahagiaan awak juga kebahagiaan saya. Saya sentiasa mendoakan awak supaya awak temui kebahagiaan yang awak cari selama ini.

Awak.
Saya dah penat menangis. Saya dan penat nak membazirkan air mata saya kepada sesuatu yang belum pasti. Bagilah saya peluang untuk menangis lagi. Menangis kegembiraan melihat awak tersenyum bangga dengan diri awak sendiri.

Awak.
Sekali lagi saya minta maaf. Halalkan apa yang tak dihalalkan. Dan terima kasih. Terima kasih yang terhingga. Masa masa awak yang telah awak luangkan dengan saya. I will not forget about it.

Awak.
Saya nak awak tahu yang saya rindu awak dan saya akan sentiasa menyayangi awak.

*Bangun dari mimpi yang panjang dan menangis*