Sunday, 20 December 2015

Zaman Kejatuhan dan Zaman Kebangkitan

Aku dah jauh tersimpang tapi nasib baik aku sempat U-turn. Well said, terlalu banyak aku nak tulis tetapi aku buntu aku tepu aku tak tahu mana arah nak tuju.

Aku dah buat keputusan paling terbesar dalam hidup aku. Yes, that totally change my life 100 percent, maybe. Selama aku belajar 3 tahun as degree student in the Educational Courses, akhirnya aku buat keputusan untuk menukar semuanya sekali. YE SEKARANG AKU MASIH DI UPM DAN MASIH BERJUANG DALAM PROGRAM YANG BARU.

Bacelor Sains Pembangunan Manusia.

Bila semua orang keep asking that question why, why and why? I don't know how to answer and i don't know how to explain.

"Kenapa kau tukar kos?"

"Kau sepatutnya dah final year kan sekarang?"

"Tak rasa rugi ke 3 tahun buang macam tu je?"

"Kau memang minat lah kos tu sekarang?"

"Kenapa kau pilih kos tu?"

"Mama abah kau cakap apa je?"

"Serius lah kau nak sambung tahun lagi?"

*DIAM*

Kalau kau kat tempat aku, apa yang kau rasa? Rasa nak menangis sekuat hati supaya diberikan cukup kekuatan untuk menjawap soalan soalan itu. Nahhhh itu bukan alasan, aku cuba untuk bangkit dari zaman kejatuhan aku. Aku cuba untuk tenang sebab aku tahu Allah sentiasa ada untuk aku.

Terima kasih tak terhingga kerana sanggup berada di sisi semasa aku mengharungi zaman kejatuhan terutamanya kepada mama dan abah. Sumpah kalau tak ada diorang mana mungkin aku mampu bangkit dan cuba berdiri sama taraf seperti yang lain. Terima kasih juga kepada insan insan di sekeliling yang tak jemu memberi nasihat dan motivasi serta jadi penguat semangat kepada seketul ummi yang hampir give up sampai ke tanah.

Bila semua dah berubah, aku menjadi sangat positif. Alhamdulillah, aku tahu setiap kejadian ada impak dan hikmah disebaliknya. Aku gembira dengan perubahan aku. Aku suka dengan susana baru aku. Mungkin ramai yang nampak itu adalah sesuatu yang sia-sia tetapi bagi aku

SELAGI KITA MENUNTUT ILMU. ITULAH JIHAD DI JALAN ALLAH.

Hahahaha baru perasan post kali ni serius semacam, aku baca pun scary.