Friday, 15 January 2016

2016

Dah masuk page 15/366 baru nak wish SELAMAT TAHUN BARU phehhhh macam ketinggalan sikit. Maaflah saya jalan kaki je nak berlari tak mampu nanti semput almaklumlah berat pun naik dengan mendadak. Oh jangan salah faham saya tak kutuk awak gemuk, tapi saya nak cakap awak bahagiaaaaa okey.

Dulu ada banyak wishlist 2015 yang tak tertunai, makanya aku anjakkan wishlist 2015 ke 2016. Amacam simple tak hidup aku? HAHAHAHA padahal tak terfikir lagi apa azam tahun baru ni sebenarnya.

Okey lah. Aku dah masuk 23 tahun ni aku rasa dah cukup matang nak fikir masa depan. Nak fikir kerjaya, nak bahagiakan mama abah, nak cari jodoh, nak cari harta benda dan lengkapkan ilmu dunia serta akhirat. Itu azam sepanjang hidup okeyyyyyy, in shaa Allah kalau masih dipanjangkan umur.

Apa azam tahun baru kau? Masih sama atau kau nak buat anjakan paradikma atau macam aku je nak anjakan yang belum belum tertunai tu.

Tak kisahlah weh. Asalkan kau bahagia dan asalkan kau tak susahkan hidup orang. Hidup ni simple je tak payah lah nak complicatedkan. Kan?

Sebenarnya aku punya salah satu wishlist 2016, aku nak aktifkan balik blog ni yang terbiar walaupun aku buka sebab rindu nak baca semula penulisan aku walaupun kadang kadang macam rempitz hahahahaha

KESAH ASALKAN AKU FAHAM.

Sebenarnya banyak sangat wishlist 2016 tapi time macam ni lah otak nak cramp bagai alahaiiiii okey nanti aku ingat aku tulis. Kalau ingatlah sebab aku dah minum air sirap ada semut alamak cemana bengap lah aku nanti.

Cuma aku minta satu je.