Wednesday, 10 February 2016

Bajrangi Bhaijaan

Selepas meletop kebaboommmm filem dilwale, muncul lagi satu filem hindustan yang tak seberapa meriah macam dilwale tapi kesan dia menusuk ke jantung hati bebbbbbbb.

BAJRANGI BHAIJAAN

Aku perasan filem ni bila keluar tweet dan post kat facebook dan semua respond best lah sedih lah so aku tak nak ketinggalan lah.

Mula mula aku try search kat youtube ada full movie tapi tak ada subtitle hahahaha tak gila mana ingat aku faham bahasa hindi? Lepas tu aku acah acah nak tengok online tapi masyaallah loadingnya nasib aku ni seorang yang boleh tahan penyabarnya.

Aku ambil satu malam nak khatam filem ni sebab tengok online internet yang semput kan, lepas tu tidur dengan mata bengkak sampai tersedu sedu meleleh air hidung hahahaha lahanat gila sedih namati filem ni oi siapa yang buat filem gini thumb up gila salute gila semua gila lah kesimpulannya.

Tu first time aku tengok tersekat sekat. Nak dijadikan cerita aku tengok filem ni kali kedua kat pawagam, mak aihhhh feel dia lagi terasa sampai menangis kesat air mata kat baju sambil damn aku dah tengok kenapa keluar air mata lagi hahahahaha

Kali ketiga aku tengok kat bilik dengan kawan kawan pakai LCD pancar kat dinding tu pun menangis lagi hahahaha kenapa lembut sangat hati ni alahai.

Kali keempat aku tengok kat rumah dengan family and at the end menangis lagi hahahahahaha seriously sedih sampai ke hati jantung weyyyy kalau tak percaya cuba korang try tengok banyak kali. Lagi tengok lagi menghayati k.

One of the best movie in 2015 dan aku mohon perbanyakkan lagi kualiti filem cemgini okey.

Tak perlu lah nak cerita perjalanan cerita nanti korang boleh tengok sendiri dan yang penting pengambaraan filem semua tempat lawa lawa and i wish i could be there one find day.

Lagu lagu filem ni semua best sampai aku pun boleh hapai bahasa asing omg hahahahaha

Thumb up again.