Sunday, 24 July 2016

Aku Pendendam

Sampai satu tahap, limit untuk aku bersabar telah sampai ke kemuncak tetapi aku masih mampu untuk mangawal pernafasan aku secara normal. Riak wajah menjadi tenang setenangnya. Mulut aku berjaya menguntumkan sebuah senyuman yang paling manis pernah aku pamerkan sepanjang aku hidup.

"Kau dah GILA ke?"

Ye. Aku gila sebab kau.

Aku buka sebuah buku nota bersaiz kecil seakan sama kecil dengan buku nota 555. Aku selakkan satu persatu helaian dengan berhati-hati. Ada pekara mustahak yang perlu aku catitkan. Tanpa berlengah aku capai sebatang pen merah yang berada di atas meja kerana bagi aku warna merah menandakan pekara yang bakal aku tuliskan begitu mustahak dalam hidup aku.

Dengan tarikan nafas yang begitu mendalam secara perlahan-lahan aku mula senyum sehingga menampakkan gigi aku yang tersusun rapi. Aku mula menulis seperti apa yang hati aku mahukan.

CARA MEMBUNUH KAU SECARA KEJAM

1. Ambil semua gambar kau, gambar semua orang yang rapat dengan kau dan gambar orang-orang yang kau sayang untuk ditampal di setiap sudut bilik aku supaya tidak pernah sedetik dalam hidup aku lupa bagaimana raup wajah seorang yang sangat aku benci. Aku takkan lupakan wajah kau dan wajah orang di sekeliling kau kerana wajah ini akan aku susahkan satu persatu.

2. Pastikan kau takkan gembira dan senang setiap hari. Setiap hari aku akan perhatikan semua tindak tanduk kau. Aku akan pastikan kau terseksa dengan gangguan emosi mahupun fizikal. WALAU DENGAN CARA APA SEKALI PUN AKU AKAN PASTIKAN KAU AKAN TERSEKSA

3. Aku akan hantar beberapa orang untuk belasah kau. Belasah tanpa belas kasihan. Belasah sampai kau cacat atau belasah sampai kau lumpuh. Aku takkan biar kau mati senang senang macam tu je. Ikutkan aku boleh je nak upah orang bunuh kau tapi aku tak nak. Aku nak kau menderita sebelum  kau mati. Nak harapkan belas kasihan aku? Pergi mampus dengan kau punya kasihan.

4. Bakar semua harta benda kau. Kalau kau ada kereta aku bakar. Kalau kau ada rumah aku pun bakar. Kalau kau ada kekasih hati, dengan dia sekali aku bakar. Aku nak pamerkan semua kebakaran itu kat depan mata kau. Biar kau tahu erti betapa peritnya benda yang disayangi diperlakukan sedemikian.

5. Setelah kau cacat dan lumpuh aku akan kurung kau di kawasan yang terpencil dalam sebuah rumah  usang yang jauh dari kesibukkan kota tanpa ada belakan air, makanan mahupun elektrik. Aku akan biarkan kau secara perlahan-lahan merintih untuk dilepaskan dan meluntut meminta maaf. Mungkin aku akan lepaskan, tapi aku akan lepaskan di kawasan hutan tebal yang penuh dengan binatang buas.

6. "Kenapa kau buat aku macam ni? Kenapa kau tak bunuh je aku?"- mangsa. Kenapa aku tak bunuh kau? Sebab ambil nyawa manusia bukan tugas aku.

Aku mengesat peluh yang menitik di atas buku nota bersaiz kecil itu. Mungkin ruangan di sekelilingku agak begitu bahang. Rupanya bukan mudah untuk menyampaikan isi hati yang terperap busuk selama ini. Aku tutup buku itu dengan riak wajah yang masih sama seperti sewaktu mula mula aku buka tadi. Aku bergerak ke jendela dan membukanya dengan luas seluasnya. Aku ambil sebatang wingston dan acukan ke mulut. Lighter dalam poket aku seluk. Aku ada dua misi penting. Bakar rokok yang ada di mulut dan bakar buku nota kecil itu.

HAPUSKAN BUKTI SEBELUM AKU TERTANGKAP.

No comments:

Post a Comment